2 Gol Sadio Mane & Van Dijk Bawa Liverpool Ke Suku Akhir UCL

The Reds berjaya atasi Bayern 3 – 1 di Allianz Arena.

Jurgen Klopp melakukan sedikit rombakan di bahagian tengah apabila menggandingkan Wijnaldum, Henderson dan Milner dalam perlawanan yang bakal menentukan pasukan dari mana yang akan layak ke Suku Akhir.

Perlawanan berlangsung dengan amat berhati hati, dengan hanya satu percubaan luar petak oleh Thiago pada minit ke 8 perlawanan berikutan kesilapan hantaran Firmino namun keluar.

Liverpool menerima “pukulan” di awal perlawanan setelah terpaksa mengeluarkan Henderson pada minit ke 14, setelah beliau mengalami kecederaan.

Minit ke 24, Firmino menerima satu hantaran lambung dari Mo Salah dan melepaskan rembatan namun percubaan itu hanya sipi dari pintu gol Bayern.

Seminit selepas itu, akhirnya Liverpool mendapat gol yang mereka cari iaitu gol tempat lawan apabila Sadio Mane yang menerima hantaran jauh Van Dijk, berjaya memperdaya penjaga gol Bayern Manuel Neuer dan melakukan satu sepakan lambung ke gawang yang terbuka untuk Liverpool mendahului.

Minit ke 34 menyaksikan Mane pula membuka ruang untuk Robbo melakukan larian dan melepaskan rembatan namun Neuer bertindak cemerlang menepis rembatan itu.

Situasi perlawanan seperti berubah ke arah Bayern pada minit ke 38, apabila Gnabry berjaya melepasi kawalan Robbo dan melakukan hantaran silang pendek di hadapan gol namun Matip tertolak bola ke gawang sendiri.

Jika Matip tidak tertolak sekalipun, Lewandoski berada di belakang Matip untuk menolak bola itu masuk ke gawang sahaja.

Minit ke 43 menyaksikan sepakan percuma Gnabry berjaya menemui sudut gol namun Alisson bertindak cemerlang mendakap kemas bola tersebut.

Babak kedua bersambung dengan seolah olah Liverpool menguasai perlawanan dengan 3 minit wisel permulaan ditiupkan, Mo Salah melakukan larian dari tengah padang dan melakukan percubaan tepat namun ditepis Neuer.

Liverpool berterusan membuka ruang pertahanan Bayern Munich selepas itu dengan Mo Salah, Firmino dan Sadio Mane melakukan gerakan gerakan berbahaya hingga pertahanan Bayern lebih banyak bertahan dan mengasak pemain Liverpool.

Dan akhirnya pada minit ke 68, Liverpool mendapat gol yang mereka cari apabila sekali lagi mendahului menerusi tandukan free header Virgil Van Dijk yang menumpaskan Neuer hasil sepakan sudut oleh Milner.

Tersentak dengan gol itu dan Bayern cuba kembali dengan menjaringkan dua gol, namun satu peluang keemasan oleh Lewandowski hanya melintasi pintu gol Liverpool.

Minit ke 80 menyaksikan Firmino cuba melakukan percubaan tepat namun didakap kemas Neuer.

Seminit selepas itu, Renato Sanches yang menggantikan James Rodriguez cuba merapatkan kedudukan namun rembatan jarak jauh beliau tidak tepat ke gol.

Firmino digantikan dengan Origi pada minit ke 82, dengan beliau bermain di sebelah kiri dan Mane sebagai penyerang.

Dan strategi itu berhasil apabila satu serangan pantas Liverpool pada minit ke 83 membolehkan Mo Salah melakukan satu hantaran lambung ke dalam petak dan tepat kepada Mane untuk disudahkan beliau sekaligus memadamkan sisa sisa perjuangan Bayern Munich untuk menewaskan Liverpool.

Milner dikeluarkan pada minit ke 86 untuk Lallana, namun di penghujung saingan Andy Robertson akan terlepas perlawanan Suku Akhir Pertama apabila dilayangkan kad kuning pada perlawanan ini.

Namun itu semua akan difikirkan Klopp kemudian setelah barisan staf dan pemain Liverpooo meraikan kejayaan mereka menewaskan Bayern di bumi Germany sekaligus melangkah ke Suku Akhir UCL.

ADMIN

Satu perlawanan yang mendebarkan namun hebat dari semua pemain Reds! YNWA.

Into Quarter Final UCL.

Post Author: Mohd Nuruzzaman