Bibit Cinta Solanke & Anfield Berputik Sejak 5 Tahun Lalu

Kisah Tweet 5 Tahun Lalu Membawa Kepada Perjanjian Sah Dominic Solanke Ke Liverpool. Pemain baru yang ditandatangani dari Chelsea sudah jelas mendapat perhatian dari penyokong Anfield, yang berterima kasih kepada sesuatu yang beliau telah utarakan, lima tahun yang lalu. Kebiasaannya, pemain baru sering mengambil masa untuk mendapat kepercayaan dan rasa teruja dari penyokong pasukan barunya. […]

Liverpool Tidak Akan Mendapatkan Gael Clichy

Terdapat dakwaan Liverpool telah bersetuju untuk mendapatkan pemain tersebut dengan nilai kontrak 2 tahun.  Echo difahamkan bahawa Jurgen Klopp telah menyatakan Gael Clinchy bukan sasaran perpindahan beliau, walaupun terdapat ura ura bahawa beliau sedang mencari bek kiri baharu. Sasaran Liverpool adalah Ryan Sessegnon, namun dilaporkan bahawa The Reds telah mengintai pemain sasaran lain dengan Spurs […]

Tahun Pertama Ian Ayre Di 1860 Munich Berakhir Dengan Keadaan Yang Memalukan

Kelab itu tersingkir ke liga tingkat ketiga, Liga 3 di Germany.  Bertemu dengan kelab Jahn Regesburg di halaman sendiri dalam penentuan untuk kekal di Bundesliga 2 , perlawanan itu ditamatkan lebih awal dengan kedudukan 1860 Munich ketinggalan 2 – 0, dengan keadaan agregat 3 – 1 disebabkan kekecohan penonton dalam stadium. 1860 Munich mengakhiri liga […]

Liverpool vs Crystal Palace | Asia Trophy | 19 Julai

Liverpool bakal menghadapi Crystal Palace dalam perlawanan Asia Trophy separuh akhir di Hong Kong pada bulan Julai ini. Palace, yang kini kekal tanpa pengurus, akan menjadi lawan pertama bagi The Reds dalam kejohanan tersebut. Perlawanan ini akan bermula pada jam 1.30 petang BST (8.30 malam waktu tempatan) pada hari Rabu 19 Julai di Stadium Hong […]

Mengatasi Bahagian Serangan Liverpool Disarankan Menandatangani Jamie Vardy

Bekas pemain tengah Everton Leon Osman, percaya yang Liverpool seharusnya cuba untuk mendapatkan penyerang Leicester, Jamie Vardy. Vardy bergelut dalam separuh pertama musim 16/17, tetapi semakin meningkat prestasinya selepas pemecatan bekas pengurus Foxes, Claudio Ranieri. Vardy mengakhiri musim dengan 13 gol Liga Perdana dalam 35 penampilan, selepas membawa Leicester merangkul gelaran kejuaraan liga pada tahun […]

Pepe Reina Mungkin Mengikuti Jejak Langkah Benitez Di Newcastle?

Bekas pengurus Liverpool itu mengakui beliau berminat untuk membawa Reina kembali bersamanya.  Benitez telah berjaya membawa Newcastle United ke EPL, dan beliau dijangka merombak skuadnya semula bagi menghadapi musim depan. Dilaporkan posisi penjaga gol adalah posisi yang dijangka akan dirombak, dan menjangkakan Pepe Reina adalah pemain yang layak mengisi posisi itu musim depan. Reina melakukan […]

Sah : Dominic Solanke Ke Liverpool

Laman web rasmi Liverpool telah mengesahkan bahawa Liverpool telah bersetuju untuk mendapatkan khidmat Dominic Solanke. Penyerang England ini baru berusia 19 tahun dan kini berada di Korea untuk Piala Dunia Bawah 20 Tahun. Mampu bermain sebagai penyerang dan juga bahagian serangan kiri Telah melakukan debut senior pada Oktober 2014 bersama skuad Chelsea. Dipinjamkan ke Vittese […]

Analisa : Ringkasan Tentang Dominic Solanke

Pemain penyerang remaja ini dilaporkan akan tamat kontrak pada musim ini. Liverpool mungkin akan berjaya mendapatkan tandatangan penyerang remaja daripada England ini. Mungkin berjaya menewaskan Chelsea untuk kontrak baru. Liverpool berpeluang besar bagi mengukuhkan skuad bawah 23 Liverpool musim hadapan. Pemain berumur 19 tahun ini, mungkin tidak mempunyai peluang yang cerah di Stamford Bridge berada […]

Pemain 16 Tahun Adalah Perjanjian Pertama Liverpool Musim Panas Ini

Liverpool telah membuat pembelian pertama musim panas dengan menandatangani bintang kecil berusia 16 tahun, Dal Varesanovic. Pemain muda ini dari FK Sarajevo menyertai Liverpool dengan bayaran dipercayai dalam lingkungan £ 43k. Pemain tengah remaja ini berasal dari Bosnia & Herzegovina dilaporkan menolak tawaran Barcelona dan Dinamo Zagreb, semata-mata untuk menandatangani perjanjian bersama The Reds. Varesanovic […]

Liverpool Hampir Melengkapkan Perpindahan Pemain Muda Chelsea Dominic Solanke

Dijangka Liverpool akan membayar sejumlah £3 juta kepada Chelsea apabila kontrak pemain muda ini berakhir 30 Jun nanti.  Jurgen Klopp melakukan perpindahan pemain remaja England ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan prestasi pasukan bawah 23 tahun Liverpool. Kontrak Solanke hampir tamat di Chelsea dan beliau melihat Liverpool sebagai suatu tempat untuk meningkatkan lagi prestasi […]

Liverpool Mengesahkan Satu Lagi Perlawanan Persahabatan Menentang Athletic Club Di Dublin

Ianya sebagai salah satu persiapan pasukan dalam menghadapi musim liga untuk 2016 2017. Sepakmula akan dilakukan pada 5.15 petang 05 Ogos 2017, di Aviva Stadium Dublin Ireland. Ini merupakan pertembungan pertama kedua dua kelab sejak 1983 – 1984, di mana tahun itu merupakan tahun Liverpool menjulang Piala Eropah di Rom. Manakala perlawanan di Aviva Stadium […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: