Klopp : Minggu Ini Cuma Berfokuskan Persiapan Pasukan

Perlawanan pramusim Liverpool berakhir dengan perlawanan persahabatan di Dublin selepas kunjungan ke Hong Kong dan Germany. Kempen baru musim 2017 2018 akan bermula minggu ini dengan perlawanan pertama di Vicarage Road. Namun sebelum itu Jurgen Klopp yang tidak sabar mahu memulakan musim baru masih berhati hati dalam menambah keperluan dan melatih pasukannya. Menurut Jurgen Klopp : “Kami menunggu pemain kembali cergas, itu yang akan terjadi”. “Taktikal – kami harus melihat keperluan dan kehendak dalam perlawanan menentang Watford dan menjalankan sistem dengan baik – persediaan demi persediaan”. “Kami akan bersedia dan…

Read More

Carra : Penjualan Coutinho Boleh Menyebabkan ‘Pemberontakan’ Penyokong Ke Atas FSG

Liverpool telah menegaskan beliau bukan untuk dijual. Barcelona dilaporkan bersedia untuk membayar lebih daripada £100 juta untuk khidmat Coutinho. Namun lagenda Liverpool itu menjangkakan Coutinho akan kekal di Anfield, dengan FSG akan tetap dengan keputusannya untuk tidak melepaskan Coutinho dengan berapa harga sekalipun. Dan beliau juga mengingatkan bahawa kehilangan Coutinho boleh menyebabkan perancangan Klopp untuk membangkitkan Liverpool terbantut begitu sahaja. Menurut Carragher menerusi Sky Sports : “Saya berpendapat beliau akan kekal. Sekurang kurangnya untuk 12 bulan lagi”. “Beliau akan pergi. Siapa yang tidak mahu menyertai Barcelona? Coutinho akan mahu menyarung…

Read More

Analisa : Philippe Coutinho Ke Barcelona, Realiti & Fantasi

Coutinho gembira untuk kekal berada di Liverpool pada asasnya. Pernah melaungkan mahu menjadi lagenda terutama dalam Majlis Makan Malam Bekas Pemain pada Mei lepas. Philippe Coutinho dinobatkan sebagai Pemain Terbaik bagi organisasi bekas pemain Liverpool mengalahkan Sadio Mane yang menang secara rasmi hasil undian pemain dan peminat. Apa yang berlaku sekarang adalah Media Sepanyol yang memainkan cerita itu & ini. Jika dilihat kembali, Philippe Coutinho telah dilaporkan menandatangani kontrak bersama Barcelona sejak Januari 2017. Kalaulah dihitungkan berita tersebut, maka Coutinho telah beberapa kali keluar dan masuk ke Barcelona Serta menandatangani…

Read More

Amaran | Permintaan Perpindahan VVD Tidak Menjanjikan Beliau Ke Liverpool

Lagenda Liverpool Robbie Fowler mengakui yang beliau suka untuk melihat Virgil van Dijk di Anfield, tetapi dalam masa yang sama memberi amaran kepada Liverpool. Katanya, permintaan pemindahan kapten Southampton itu tidak bermakna, semestinya beliau akan berpindah ke Anfield. Fowler bercakap kepada ECHO, memang sangat jelas yang Liverpool mahukan VVD, tetapi sekarang dengan banyak kelab juga yang turut menaruh minat yang sama, keadaan sudah berubah. Fowler tidak terkejut dengan laporan yang mengatakan kelab seperti Chelsea dan Manchester City pun turut sama cuba untuk membida VVD. Terang Fowler lagi, heboh sebelum ini…

Read More

Wijnaldum Tidak Gentar Persaingan Dalam Kelab Sehebat Liverpool

Wijnaldum tekad usaha untuk perebutan tempat dalam kesebelasan utama Liverpool musim 17/18. Wijnaldum yang beraksi dalam separuh masa kedua perlawanan persahabatan di Dublin pada hari Sabtu, yang mana Liverpool menamatkan program pra-musim dengan penuh bergaya setelah meraih kemenangan 3-1 ke atas pasukan Sepanyol, Athletic Bilbao. Dan kini, Wijnaldum berasa sangat gembira kerana perlawanan yang sebenarnya akan bermula. Begitu teruja sekali Wijnaldum untuk memulakan kempen 17/18, ditambah lagi selepas Liverpool meraih keputusan yang positif ketika menentang pasukan yang hebat lagi kuat. Sebagai seorang pemain bolasepak, Wijnaldum sentiasa teruja apabila pra-musim berakhir,…

Read More

Fokus Utama Liverpool Adalah Watford Bukan Hoffenheim : Klopp

Cabaran yang dihadapi Liverpool dalam perlawanan Liga Juara-Juara, tidak akan mengalih perhatian kepada persediaan bagi menghadapi perlawanan pembukaan Liga Perdana di Watford, tegas Jürgen Klopp. Malah, orang kanan beliau Zeljko Buvac dan Peter Krawietz, telahpun melakukan lawatan ke Hoffenheim pada Sabtu lalu untuk memantau aksi permainan mereka, ketika The Reds berkunjung ke Dublin mengalahkan Athletic Club 3-1. Rombongan The Reds kembali ke Liverpool minggu ini, selepas lawatan musim panas, sedang berkobar-kobar untuk ke Vicarage Road mengadakan perhitungan permulaan musim 17/18. Yang mana tegas Klopp, Watford adalah perlawanan yang pertama, semestinya…

Read More

Paul Joyce : Southampton Kekal Dengan Pendirian Not For Sale

Seperti yang kita sedia maklum, sasaran utama Liverpool Virgil van Dijk telahpun menghantar transfer request kepada Southampton demi untuk memaksa perpindahannya. Beliau yang kecewa kerana didakwa tidak mahu turun latihan bersama skuad Mauricio Pellegrino turut dimahukan oleh Arsenal dan Chelsea selain Liverpool. Bagaimanapun, Southampton masih kekal dengan pendiriannya bahawasanya van Dijk tetap ‘not for sale’ meskipun pemain itu sudah menghantar transfer request.

Read More

Teori | Southampton Lebih Suka Menjual VVD Kepada Chelsea Daripada Liverpool

Southampton lebih suka menjual Virgil Van Dijk ke Chelsea daripada melihatnya menyertai Liverpool. Ini kerana cara The Reds mendekati pemain Belanda pada musim panas ini telah menimbulkan kemarahan kelab Liga Perdana itu, yang seterusnya berusaha berterusan mempertahankan pemain ‘centre-back‘ itu. Southampton dilaporkan tidak gembira apabila Liverpool terus-menerus mengejar Van Dijk, selepas diminta menunggu sehingga akhir musim bagi memulakan rundingan. Menurut beberapa laporan, Saints telah memberitahu kepada semua kelab yang berminat untuk membuat tawaran kepada VVD, supaya menunggu sehingga tamatnya musim, tetapi mereka percaya yang Liverpool menghubungi Van Dijk sebelum hari…

Read More

Paul Joyce: Barcelona Sedia Laburkan £120 Juta Untuk Coutinho

Barcelona sedia melabur £120 Juta untuk menjadikan Philippe Coutinho pemain kedua termahal dunia. Bukan satu rahsia pemain Brazil itu berminat untuk beraksi bersama Barcelona. Bagaimanapun, beliau tidak mahu berpindah ketika baru 4 tahun berbakti bersama Liverpool sejak tiba pada Januari 2013 dengan nilai £8.5 juta. Liverpool kekal dengan pendirian ‘not for sale’ untuk pemain berusia 25 tahun ini. Malahan tiada klausa pelepasan yang disertakan dalam kontrak beliau yang baru ditandatangani januari lalu. Bermakna Liverpool mampu kekalkan pendirian mereka, berbeza dengan Barcelona yang tidak punya kuasa untuk menghalang perindahan Neymar apabila…

Read More