Jurgen Klopp : Liverpool Bukan Kelab Yang Memerlukan Wang Dengan Menjual Pemain

Pengurus Liverpool itu sekali lagi mengingatkan pendiriannya bahawa Coutinho tidak akan dijual musim panas ini. Bidaan kedua dari Barcelona yang bernilai £90 juta itu telah ditolak oleh Liverpool dengan berikrar untuk tidak menjual pemain bintangnya terhadap Barcelona. Jurgen Klopp masih memegang kukuh kata katanya yang tidak mahu melepaskan Coutinho buat masa sekarang dan menerusi Sky Sports Germany, beliau mengulangi pendiriannya. Menurut Klopp : “Liverpool bukanlah kelab yang memerlukan wang dengan menjual pemainnya. Itu sudah dipersetujui di sini dan berapa pun bayarannya ia bukan masalah kami”. “Berdasarkan situasi kewangan semasa, tiada…

Read More

Analisa : Tidak Boleh Gembira Lagi Walaupun Van Dirk Lakukan “Transfer Request”

Virgil Van Dirk adalah satu nama yang cukup sinonim dengan peminat Liverpool terutama musim ini. Mempunyai susuk tubuh yang tegap, ketinggian hampir mencecah 2.0m, ianya seolah satu tembok besar kepada Liverpool. Bek Tengah Liverpool Walaupun, Jurgen Klopp menyatakan bahawa beliau sudah berpuas hati dengan jumlah bek yang ada, namun, adakah beliau tidak menipu dirinya? Adakah anda tidak ingin memiliki Ferrari walaupun anda memiliki BMW ketika ini? Jawapannya, Jurgen Klopp merasakan bek tengah yang ada boleh berkembang dengan pesatnya. Namun, sekiranya anda memiliki satu kualiti tambahan, mana mungkin anda melepaskannya. Walaupun…

Read More

Liverpool Menamakan Skuad Untuk Perlawanan Play Off UCL Menentang Hoffenheim

Ianya termasuk Phil Coutinho, Nathaniel Clyne dan Sturridge yang telah dihantar kepada UEFA. Liverpool menyenaraikan barisan terkuat mereka dengan harapan untuk layak ke peringkat kumpulan UCL untuk musim 2017 2018. Mereka akan berkunjung ke Germany pada Selasa depan dan akan kembali beraksi dalam timbal balik di Liverpool pada 23 Ogos. Coutinho yang menghadapi masa depan yang tidak pasti telah disenaraikan, dan sedang berusaha untuk pulih dari kecederaan belakang. Manakala Nathaniel Clyne yang terlepas aksi menentang Watford pada Sabtu ini turut disenaraikan dalam skuad walaupun berusaha untuk pulih dari kecederaan belakang…

Read More

Simon Mignolet Mendedahkan Kenangan “Save” Terbaik Beliau Menerusi Sepakan Penalti

Penjaga gol antarabangsa Belgium ini telah menyelamatkan hampir setengah dozen sepakan penalti lawan sepanjang 4 tahun di Liverpool. Mignolet mendedahkan penampilan pertamanya di Liverpool merupakan impian yang menjadi kenyataan apabila berjaya menepis sepakan penalti Jonathan Walters ketika memenangi perlawanan itu dengan jaringan 1 – 0. Sejak menyelamatkan sepakan penalti itu, beliau telah melakukan sekurang kurangnya 5 sepakan penalti dari dan beliau dianggap sebagai ‘pakar’ membaca sepakan penalti lawan. Mignolet juga telah menyelamatkan sepakan penalti dari Theo Walcott dalam aksi pertama musim lepas, dan menjelang musim baru EPL beliau mendedahkan perlawanan…

Read More

Tidak Mungkin VVD Ke Chelsea Kerana Dia Tidak Diperlukan Disana

CHELSEA mempunyai ramai pilihan pemain pertahanan, dan tidak perlu untuk menggangu Liverpool dalam percubaan menandatangani bek tengah Virgil van Dijk. Itu menurut kata pakar dan lagenda Liverpool, Steve Nicol, yang mengatakan Blues tidak akan membelanjakan lebih £ 50 juta kepada pemain Belanda itu. Van Dijk telahpun menyatakan permintaan perpindahan kepada Southampton pada hari Isnin, bagi memaksa perpindahan beliau diizinkan kelab itu. Pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool awal jendela perpindahan dibuka, tetapi pendekatan yang Liverpool lakukan, telahpun dilapor ke Liga Perdana oleh Saints dan Liverpool pun…

Read More

Liverpool TOLAK Bidaan Kedua Barcelona Untuk Philippe Coutinho

Liverpool kekal teguh dengan pendirian untuk tidak menjual Coutinho, walaupun Barca berterusan memberi tekanan. Yang mana, Liverpool telahpun menolak tawaran kedua bernilai € 100 juta dari Barcelona untuk Philippe Coutinho. Gergasi Catalan akhirnya membentangkan tawaran kedua sebanyak £ 90.4 juta dalam tempoh tiga minggu selepas pakej awal bernilai £ 72 juta ditolak. Barcelona percaya yang tawaran hebat itu akan meyakinkan Liverpool untuk memberi dan merundingkan perjanjian bagi mendapatkan pemain antarabangsa Brazil itu. Walau bagaimanapun, pegawai ‘senior’ Anfield telah mengulangi pendirian untuk kekal teguh, Coutinho tidak akan dijual pada jendela perpindahan…

Read More

Coutinho Mungkin Terlepas Aksi Pembukaan Premier League

Midfielder sensasi Liverpool, Philippe Coutinho dalam keadaan diragui untuk turun beraksi dalam perlawanan pembukaan PL menentang Watford di Vicarage Road. Hal ini berikutan kecederaan belakang yang dialaminya yang turut menyebabkan beliau tersisih dari sesi latihan sepanjang minggu ini. Menurut Chris Bascombe, Coutinho tetap turun ke Melwood setiap hari untuk proses rawatan bersama team medical. The 25-year-old Brazilian has been assessed by the club’s medical team and has been attending the training ground at Melwood every day for treatment. Beliau yang kesuntukan masa untuk membuktikan kecergasannya sebelum sabtu ini, dijangka hanya…

Read More