Liverpool FC vs Crystal Palace : Info Perlawanan Malam Ini

Liverpool akan kembali ke Anfield pada hari ini untuk musim 2017 2018 untuk Matchday 2. SEPAKMULA. Jika di England, jam 3 petang. Manakala di Malaysia, jam 10.00 malam. SIARAN & TONTONAN Di stadium? Tiket sudah habis terjual. Manakala di Astro, siaran Supersport 816 / 834 HD. Paparan untuk “link live streaming dan live fb” boleh didapati di grup Lmreds Talk. PENGADIL PERLAWANAN Kevin Friend. Kali terakhir beliau mengadili perlawanan ialah semasa kekalahan Liverpool ke atas Swansea di Anfield 3 – 2. Kali terakhir Liverpool memenangi perlawanan di bawah kendalian Friend…

Read More

Liverpool v Crystal Palace : Kunci Pertarungan Di Padang

Liverpool akan menerima dan melayan Crystal sebentar nanti. Oleh itu mari Kita lihat Kunci Pertarungan beberapa pemain utama kerana mungkin merekalah menentu keputusan nanti. Dejan Lovren v Christian Benteke Jika prestasi Lovren tidak meningkat seperti mana perlawanan lepas, maka pasti Christian Benteke akan tersenyum lebar. Buat masa ini, Lovren kelihatan agak gementar terutama dalam minit awal perlawanan khasnya. Kaedah “tackling” dan sering “hilang dari radar” untuk marking sering sahaja menjadi permasalahan. Ini juga tidak dibantu oleh Alberto Moreno yang akan menerobos ke atas “Tanpa memikirkan” keselamatan di bahagian bek Kiri.…

Read More

Liverpool v Crystal Palace : Previu Ringkas Perlawanan

Prestasi Pasukan Crystal Palace memulakan kempen dengan buruk pada musim ini bersama jurulatih baru iaitu Frank De Boer, yang pernah berhasrat untuk memegang kerusi panas Liverpool setelah kekosongan disebabkan pemecatan Brendan Rodgers sebelum ini. Untuk minggu lepas Crystal Palace telah tewas 3-0 di tempat lawan dengan pendatang baru Huddersfield Town, yang dibimbing oleh rakan Klopp, David Wagner. De Boer datang ke lembah Liga Perdana Inggeris dengan rekod yang impresif di Liga Belanda bersama Ajax. Tidak pasti adakah skuad Crystal Palace mampu untuk melakukan ‘comeback’ di Anfield atau tidak. Yang pastinya,…

Read More

Teka Skor Dan Penjaring Pertama : Liverpool vs Crystal Palace

Hadiah merupakan tajaan daripada G8 Store ( Gedung Jersi Anda ). SYARAT SYARAT PENYERTAAN  Hanya dibenarkan MENEKA SKOR dan PENJARING PERTAMA mengikut format yang diberikan. Format lain tidak dibenarkan termasuk singkatan nama. Cth : Liverpool 2 Crystal Palace 0 (Firmino) Kemudian “tag” tiga orang rakan anda. Hanya JAWAPAN TERPANTAS dan BETUL sahaja dikira sebagai pemenang. Hanya komen di PAGE LMREDS sahaja yang diterima. Komen yang dishare dari post rakan rakan tidak akan diterima. Penyertaan akan ditutup 10 MINIT sebelum SEPAKMULA dan akan ada tanda “Penyertaan Ditutup” Tidak dibenarkan MENGUBAH (…

Read More

De Boer Positif Menghadapi Liverpool Di Anfield

Kempen Perlawanan | Reaksi Lawan : De Boer Positif Menghadapi Liverpool Di Anfield Selepas perlawanan pertamanya sebagai pengurus Liga Perdana, Frank de Boer mengatakan, dalam rasa kecewa menghadapi kekalahan, terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari. Yang mana terang De Boer lagi, kekuatan Palace yang sebenarnya adalah sokongan dari para penyokong yang tidak berbelah bagi, dengan sedar yang semuanya tidak akan berubah dalam satu hari kerana ia memerlukan masa. Palace tetap positif dan belajar dari perlawanan hujung minggu lalu dan akan melakukan yang lebih baik lagi supaya keputusan cemerlang boleh diraih…

Read More

Southampton | Untuk Beli Pemain Baru, Harus Jual Pemain Sedia Ada

Untuk Beli Pemain Baru, Harus Jual Pemain Sedia Ada | Baik Untuk Liverpool Buruk Untuk Pellegrino Pengurusan atasan Southampton telah mengarahkan Mauricio Pellegrino untuk menjual pemain sedia ada, jika ingin membeli pemain baru. Ia menjadi musim panas yang mengecewakan bagi Liverpool, setakat ini, yang mana dilihat begitu sukar untuk memujuk Southampton agar melepaskan pemain pertahanan utama mereka, Virgil van Dijk. Dan sekarang, laporan mengatakan Saints berkemungkinan perlu menjual pemain sedia ada mereka, untuk membuat dana tambahan bagi pelaburan membeli pemain baru. Menurut Times, bos Southampton Mauricio Pellegrino sekarang dikatakan bergelut…

Read More

Philippe Coutinho Tidak Mahu Bermain Bersama Liverpool Lagi

Sedikit Melegakan buat para penyokong Liverpool apabila bidaan ketiga bernilai 118juta buat Coutinho ditolak lagi untuk barcelona memiliki pemain Brazil itu. Sementara itu sesetengah penyokong berpendapat Coutinho harus dikekalkan dalam skuad Reds bagi saingan liga musim ini namun ada yang memberikan pendapat Coutinho harus dijual secepat mungkin bagi mengelakkan masalah besar berlaku dan duit itu juga boleh mendatangkan 2 atau 3pemain lagi ke Anfield. Namun Jurgen Klopp tetap dengan pendirian beliau untuk mengekalkan Bintang brazil itu dalam perancangan beliau. Klopp juga merasakan sesuatu yang ganjil kerana pemain yang ingin keluar…

Read More

Liverpool Tidak Perlukan Virgil van Dijk Kerana Adanya Mamadou Sakho

Ini diluahkan oleh bekas penyerang Liverpool sendiri, John Aldridge yang percaya Sakho boleh mengisi kekosongan Van Dijk. Ianya berikutan dengan lanjutan Liverpool mendapatkan pemain pertahanan Southampton itu. Dan sepatutnya, Liverpool mula menukar perhatian kepada pemain pertahanan yang sedia ada, yang mana tertumpu kepada Mamadou Sakho, yang telah memberi impak besar pada Crystal Palace musim lalu. Aldridge berkata, Jurgen Klopp sepatutnya lebih bertindak bijak dengan mula memberi tumpuan kepada Sakho, selepas cubaan mendapatkan Van Dijk ditolak mentah-mentah oleh Saints di sepanjang musim panas ini. Menurut Aldridge juga, agak mustahil bagi Liverpool…

Read More

Bidaan Ke-3 Barcelona £ 118 Juta Ditolak Liverpool Lagi

Liverpool telah menolak tawaran ketiga Barcelona sebanyak £ 118 juta untuk pemain tengah Philippe Coutinho. Pemain antarabangsa Brazil itu kini dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, ​​yang mana Barca dilihat mencari penyerang lain selepas menjual bekas bintang mereka, Neymar ke Paris Saint-Germain dengan bayaran bernilai € 222 juta. Menurut Melissa Reddy, tawaran ketiga dari Barcelona untuk Coutinho telah ditolak oleh Liverpool, yang sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang sama, tetap bertegas dengan kenyataan berbunyi, : Coutinho TIDAK akan dijual, walau dengan bayaran berapa sekalipun ! #LFC have immediately rejected a third…

Read More