Liverpool Berkemungkinan Besar Kembali Untuk Thomas Lemar Dan Van Dijk Pada Januari?

Kelab itu dijangka akan mengemukakan bidaan terbaru apabila pintu perpindahan Januari dibuka. The Reds cuba melakukan sesuatu dalam saat saat akhir perpindahan awal pagi ini namun tidak dapat direalisasikan sebelum tamat waktu perpindahan. Kegagalan mendapatkan pemain pertahanan itu telah menyebabkan rungutan sebahagian Liverpool, dengan menyatakan penambahan seorang lagi pemain pertahanan adalah keutamaan. Manakala pemain sasaran lain seperti Mohamad Salah, Dominic Solanke, Alex Oxlade Chamberlain, Andy Robertson menyertai LFC selain Naby Keita pada Julai 2018. Dan jika laporan terbaru itu benar, Liverpool akan datang untuk kedua dua pemain itu dalam masa…

Read More

Neymar : Phillippe Coutinho Sedih Perpindahan Ke Barcelona Tidak Menjadi Kenyataan

Beliau membantu Brazil menjaringkan gol ketika aksi antarabangsa pagi tadi. Coutinho dilaporkan telah pulih dari kecederaan belakang yang ‘misteri’ di mana telah menyebabkan beliau tersisih dalam usaha untuk memaksa Liverpool mendengar tawaran Barcelona untuknya. Pemain berusia 25 tahun itu telah berada di bangku simpanan dalam perlawanan pagi tadi dan dimasukkan menjelang 30 minit terakhir perlawanan. Selepas jaringan Paulinho pada 20 minit terakhir, beliau menjaringkan pula gol kedua untuk mengesahkan mengapa Liverpool memang berhasrat untuk tidak menjualnya musim ini. Beliau menerima hantaran dari Gabriel Jesus sebelum menyudahkan untuk membantu Brazil selesa…

Read More

Diskusi : Liverpool Lebih Bijak Berbelanja – Namun Adakah Masalah Di Pertahanan Bakal Menghantui Jurgen Klopp Lagi?

Alex Oxlade Chamberlain adalah pemain terakhir dibeli sebelum pintu perpindahan ditutup pagi tadi. Ianya satu penamat kepada musim perpindahan musim panas yang mendebarkan buat Liverpool FC. Liverpool gagal mendapatkan dua sasaran pemain seterusnya, Thomas Lemar dengan gagal mencapai kata persetujuan antara kedua dua kelab dan Virgil Van Dijk pula dengan situasi kelab Selatan England itu tidak mahu menjalankan urusniaga perpindahan pemain itu. Terlepasnya Virgil Van Dijk merupakan satu keputusan yang mengecewakan buat pemain itu dan penyokong Liverpool sendiri. Pemain itu dilaporkan menjalani latihan bersendirian setelah memaklumkan kepada kelab hasrat untuk…

Read More

Sah : Pemain Sayap Ryan Kent Menyertai SC Freiburg Secara Pinjaman Untuk Semusim

Beliau menunjukkan aksi terbaik semasa kempen pramusim tetapi akan menghabiskan musim ini di Bundesliga. Jurgen Klopp melepaskan pemain itu ke Freiburg musim ini setelah melakukan keputusan beliau akan beroleh sesuatu di sana musim ini. Freiburg akan membayar dana pinjaman berjumlah £1 juta termasuk kesemua bayaran gaji untuk Ryan Kent. Pintu perpindahan di Germany ditutup pada jam 5 petang namun difahamkan semua kertas kerja untuk peminjaman sudah diselesaikan sebelum itu. Kent, yang telah menghabiskan musim lepas di Barnsley berkemungkinan besar akan diturunkan oleh Freiburg dalam aksi menentang Dortmund Sabtu depan. Beliau…

Read More

Nantwich Town Mendahului Barcelona Dengan Kejutan Pengumuman Philippe Coutinho

Di tengah-tengah kegelutan tekanan yang dahsyat hari perpindahan, pasukan di Liga Perdana Utara cuba menyiapkan beberapa bantuan ringan. Nantwich Town membuat pengumuman secara tiba-tiba, yang begitu mengejutkan pada hari terakhir perpindahan. Dengan mendedahkan yang mereka telah berjaya menolak saingan dari Barcelona dengan menandatangani Philippe Coutinho dari Liverpool. Pemain antarabangsa Brazil itu telah dikejar Barcelona di sepanjang musim panas ini, dan Liverpool menolak tiga tawaran mereka untuk Coutinho, yang telah juga membuat permintaan perpindahan awal bulan ini. The Reds tetap teguh untuk tidak menjual Coutinho ke La Liga – menolak tawaran…

Read More

Sah : Divork Origi Dipinjamkan Ke Wolfsburg Setahun Tanpa Klausa Pembelian

Pemain berusia 22 tahun ini disahkan berpindah ke Wolfsburg semusim untuk meneruskan kariernya di sana. Divork Origi telah jaringkan 22 gol dalam 71 penampilan. Kali terakhir adalah sebagai pemain gantian dalam perlawanan pertama Wolfsburg. Sehingga kini, Origi tidak pernah bermain dalam perlawanan liga atau Liga Juara Eropah. Bahkan tidak disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam 2 perlawanan terakhir. Ini menjadikan Spurs dan West Brom berminat mendapatkannya. Namun, Origi mahu untuk bermain di kelab luar England. Marseille dan Werder Bremen turut mahukan Origi. Tetapi Wolfsburg telah berikan tawaran yang terbaik untuk pasukan…

Read More

Sah: Mahmadou Sakho Berpindah Ke Crystal Palace Bernilai £ 26 Juta

Tamatlah karier salah satu pemain kegemaran peminat Liverpool. Crystal Palace dan Liverpool telah bersetuju untuk hargaperpindahan pemain itu bernilai £26 Juta. Liverpool menolak tawaran asal Palace pada harga £22 juta dan £3 juta tambahan beberapa hari lepas. Tetapi, pada kali ini, Liverpool bersetuju dengan harga tersebut Karier Mahmadou Sakho sangat pudar di Liverpool. Kali terakhir Sakho bermain dalam skuad utama adalah menentang Man Utd dalam Piala Europa , April 2016. Skandal bahan terlarang menyaksikan Sakho tidak bermain selepas itu termasuk Piala Negara Eropah 2016. Beberapa bulan selepas itu, Sakho dilepaskan…

Read More

Ucapan Terakhir Alex Oxlade-Chamberlain Buat Arsenal

Kita sedia maklum, yang Oxlade-Chamberlain telahpun sah bersama Liverpool. Absolutely delighted to be a red! Can't wait to get started with the boys after the International break! 🔴 @liverpoolfc A post shared by Alex Oxlade-Chamberlain (@alexoxchamberlain) on Aug 31, 2017 at 6:15am PDT 🔴 A post shared by Alex Oxlade-Chamberlain (@alexoxchamberlain) on Aug 31, 2017 at 7:36am PDT Dengan itu, sampailah masanya beliau melafazkan beberapa kata buat bekas kelabnya Arsenal. Katanya, : Selepas enam tahun, tiga Piala FA telah dimenangi, dan banyak kenangan yang luar biasa hebat diraih bersama. Kini,…

Read More

Klopp : Saya Telah Memerhati Perkembangan Alex Oxlade Sejak Saya Di Dortmund

Jurgen Klopp melahirkan rasa gembiranya mendapatkan pemain itu untuk Liverpool setelah 3 tahun memantau perkembangan pemain itu. Menurut Jurgen Klopp : “Saya sangat sangat gembira apabila mendengar Alex menyertai kami secara rasmi. Saya telah berharap.dan menunggu perpindahan itu berlaku sejak perlawanan menentang mereka minggu lepas. Apabila beliau sah menyertai ianya menggembirakan”. “Saya masih teringat bila saya melihat beliau pertama kali semasa di Dortmund pada 2014, beliau diturunkan dari bangku simpanan dan memberikan impak besar. Beliau sangat menyerlah dengan kepantasan dan skil beliau ketika itu, dan impak yang besar dalam perlawanan…

Read More

James Pearce : Mungkin Tiada Lagi Perpindahan

Tengah scroll FB ke tu? atau tak henti-henti refresh twitter? James Pearce kata besar kemungkinan tiada lagi perpindahan dan Chamberlain adalah yang terakhir.   Liverpool berancang untuk membawa 2 lagi pemain iaitu Thomas Lemar dan Virgil van Dijk. Bukan satu rahsia bahawa kedua-dua pemain ini mahu berkerjasama dengan Klopp. Van Dijk mengenepikan Chelsea kerana mahu menyertai Liverpool. Lemar enggan berpindah ke Arsenal kerana mahu bersama Liverpool.   Tetapi malangnya jodoh tidak ada untuk mereka berdua buat masa ini. Southampton kekal dengan pendirian mereka bahawa van Dijk “Not For Sale” walaupun…

Read More

Staf Medikal Bersedia Di Perancis, Tapi Thomas Lemar Mungkin Kekal Di Monaco

Dalam jam-jam terakhir sebelum tempoh perpindahan berakhir pada 1159 waktu UK,  atau 0659 waktu Malaysia,  Liverpool masih berbincang dengan kelab Monaco. Ketika ini,  Lemar berada dalam persiapan sebelum perlawanan untuk Pasukan Jerman nanti. Wakil Liverpool masih berada di Perancis bersama staf Medikal untuk pemeriksaan perubatan  jika persetujuan harga dicapai di antara Liverpool dan Monaco. Namun,  kelihatannya,  Monaco tidak mahu lakukan  sebarang perbincangan yang positif lagi untuk Liverpool. Dilaporkan juga Arsenal turut membida,£100 juta untuk pemain ini bagi menggantikan Alexis Sanchez. Turut kelihatannya Alexis Sanchez kekal di Arsenal,  dan pasukan itu…

Read More

Monaco Terima Bidaan £92 Juta Arsenal, Lemar Lebih Pilih Liverpool

Thomas Lemar menjadi rebutan antara Liverpool dan Arsenal. Liverpool memiliki kelebihan apabila pemain itu dikatakan ingin bernaung dibawah Klopp.   “Lemar has vocalised his desire to play for Jurgen Klopp”- Melissa Reddy   Bagaimanapun, bidaan pertama dan kedua Liverpool yang masing-masing bernilai £55.5 Juta dan £64.8 Juta ditolak mentah oleh Monaco. Monaco menegaskan mereka tidak akan menjual Lemar, kecuali menerima bidaan £92 Juta.   Liverpool cuba berunding dengan bidaan ketiga bernilai £75 Juta berserta Divock Origi, namun Monaco tidak berminat dengan Origi dan tetap dengan pendirian bahawa Lemar bukan untuk…

Read More