UEFA Champions League Fantasy – Kini Dibuka

Adakah anda ‘Top Manager’ untuk pertandingan paling berprestij di Eropah musim ini? Berikut adalah syarat syarat penyertaan : Terbuka untuk semua peminat Liverpool dan bolasepak secara amnya. Tujuan adalah untuk suka suka dan santai sesama peminat dan lebih kepada menjalinkan silaturahim sesama peminat Liverpool. Bermakna tiada hadiah disediakan untuk pertandingan ini. Nama pemenang akan terpampang di dalam artikel setiap bulan sepanjang UCL dijalankan. Peminat tidak dibenarkan sama sekali “tampal” ( paste )  kod liga di dalam ruang komen. Hanya share artikel ini sahaja. Penganjur berhak menggantung penyertaan liga sekira terdapat…

Read More

Rayuan Liverpool, Sadio Mane Kekal Digantung 3 Perlawanan

Dilaporkan bahawa Liverpool telah melakukan rayuan terhadap penggantungan 3 perlawanan yang bakal diterima oleh Sadio Mane. Disebabkan menerima kad merah terus dalam perlawanan menentang Man City, bertembung dengan penjaga gol, Ederson. Pada awalnya Jurgen Klopp, memaklumkan bahawa tiada sebaran rayuan akan dibuat. Mentakrifkan ianya sebagai membuang “masa”. Namun, disebabkan beberapa kejadian,terutama 2 kejadian berasingan 48 jam setelah kejadian Sadio Mane. Pertamanya Ritchie dari Newcastle yang mengangkat tinggi kaki ke atas Alfie Mawson daripada Swansea. Hukuman diberikan hanyalah kad kuning. Juga satu lagi kejadian terbaru, Wilson Reid daripada West Ham yang…

Read More

Timo Horn : Saya Tidak Menyesal Tidak Berpindah Ke Liverpool

Timo Horn bolehlah dikatakan salah satu penjaga gol terbaik di Bundesliga atau di Jerman. Penjaga gol FC Koln ini akan menentang Arsenal dalam Piala Europa awal pagi Jumaat nanti. Akhirnya mendedahkan bahawa dirinya berpeluang untuk menyertai Liverpool ketika remaja. Ketika saya berumur 15 tahun – 16 tahun, Liverpool memang benar-benar ingin mendapatkan saya. Tetapi saya memutuskan untuk kekal. Horn tidak mahu berpindah dah kekal di Jerman untuk meneruskan pembelajaran dan menimba pengalaman. Hinggalah kini, Horn adalah antara penjaga gol terbaik. Namun, mungkin Jerman memiliki banyak penjaga gol yang bagus ketika…

Read More

Penjaga Gol Kelab Bundesliga Ini Pernah Menolak Tawaran Bermain Di Liverpool

Timo Horn dari FC Koln mendedahkan bahawa beliau pernah menolak untuk menyertai Liverpool ketika remaja. Penjaga gol berusia 24 itu merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di Bundesliga bersedia untuk menghadapi Arsenal pada awal pagi Jumaat nanti. Sebelum itu Horn pernah dikaitkan dengan perpindahan ke EPL. Beliau sebenarnya ditawarkan untuk menyertai Liverpool namun menolak dengan alasan masih mahu meneruskan pengajiannya di Germany. Menurut Timo Horn menerusi Independent : “Secara prinsipalnya saya boleh memohon untuk ke England namun ianya sesuatu yang bukan dalam pilihan fikiran saya sekarang”. “Saya tidak menafikan terdapat…

Read More

Sam Allardyce Mempertahankan Sadio Mane Dan Liverpool

Beliau mengkritik layangan kad merah terhadap Sadio Mane. Bekas pengurus Bolton itu yang pernah menyatakan Jurgen Klopp sebagai “lembut” menyatakan pengurus itu mempunyai sebab untuk marah terhadap insiden yang menyaksikan Liverpool dibelasah Man City 5 – 0. Menurut Allardyce dalam Sky Monday Night Football : “Beliau hanya mahu mendapatkan bola, beliau pergi ke arah bola dan beliau hanya boleh pergi dengan menggunakan kaki sahaja. Beliau tidak melihat jelas kehadiran penjaga gol”. “Dalam undang undang, sewajarnya kad merah namun caranya salah. Tidak sepatutnya seorang pemain itu dibuang padang kerana beliau tidak…

Read More

Mohamad Salah : Rakan Sepasukan Liverpool Ibarat Seperti Satu Keluarga

Reaksi pemain dari Mesir itu selepas dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan LFC oleh Standard Chartered. Pemain itu telah mula menyesuaikan diri di Liverpool, dengan menjaringkan 3 gol dari 6 penampilan dan memainkan peranan penting dalam kempen awal Liverpool musim ini. Usaha Mohamad Salah setelah berhijrah dari Roma ke Liverpool berbaloi setelah diundi sebagai Pemain Terbaik Bulanan Standard Chartered. Semasa menerima trofi itu, beliau memberikan kredit kepada rakan sepasukannya untuk membolehkan beliau menyesuaikan diri dalam keadaan di Liverpool. Bercakap menerusi Liverpool FC : “Saya gembira melihat pasukan bermula dengan baik musim…

Read More

Liverpool Akhirnya Lakukan Rayuan Penggantungan Kad Merah Sadio Mane

Pada awalnya Jurgen Klopp menafikan sebarang usaha untuk melakukan rayuan selepas ditanya oleh wartawan sebelum ini. Klopp mengatakan ianya “membuang masa” dan “tidak berguna” pada awalannya. Mungkin disebabkan beberapa kejadian lain yang mungkin mengubah pendiriam Klopp. Jika dilayangkan kad merah secara terus, pemain akan digantung sebanyak 3 perlawanan berturut-turut dalam liga atau perlawanan piala domestik. Ini membuatkan Sadio Mane akan terlepas perlawanan 3 perlawanan termasuk Burnley dan 2 perlawanan menentang Leicester City. Sadio Mane dijangka akan diturunkan pada 1 Oktober 2017 sahaja nanti. Disebabkan beberapa kejadian ,mungkin Liverpool mahu merayu…

Read More

Perpindahan | Peminat Liverpool Harus Mempercayai Klopp

Bekas penyerang The Reds Emile Heskey berkata, memerlukan kesabaran untuk memperkukuhkan skuad merah Liverpool. Peminat Liverpool telah digesa untuk tetap berpegang teguh pada kaedah perpindahan yang digunapakai Jurgen Klopp di Anfield, kerana yakin yang bos The Reds ini boleh membina skuad yang mampu mencabar penghormatan yang tertinggi. Para penyokong begitu kecewa pada musim panas baru ini, apabila Klopp memilih untuk tidak membeli pemain lain bagi menggantikan kegagalan mendapatkan sasaran utama Virgil van Dijk, dan sanggup menunggu sehingga musim panas depan untuk ketibaan pemain tengah Naby Keita dari RB Leipzig. Dan…

Read More

Media : Situasi Sama Tetapi Kad Kuning, Tunjukkan Ketidak Konsisten Keputusan Pengadil

Jika semalam 24 jam daripada insiden Sadio Mane, kejadian berlaku, kejadian di antara Matt Ritchie (Newcastle) yang menyepak Alfie Mawson (Swansea) dilayangkan kad kuning sahaja. Klik : Peminat Keliru kejadian yang sama dengan Sadio, tetapi tiada kad merah, Kali ini, 48 jam selepas itu, satu lagi kejadian melibatkan Wilson Reid (West Ham) dan Steve Mounie ( Huddersfield). Reid kelihatan mengangkat butnya sangat tinggi lebih darii ketinggiannya,dan pasti, but nya terkena kepada muka (pipi) Mounie. Keputusannya, Reid tidak dikenakan kad merah. Situasi yang sama apabila pundit atau pengadil yang berseteju dengan…

Read More

Media Sepanyol : Philippe Coutinho ‘Marahkan’ & “Merajuk’ Dengan Barcelona

Akhbar media Sepanyol ini sememangnya bukanlah bahan yang boleh dijadikan rujukan yang utama memandangkan ianya sangat pro kepada pasukan Barcelona atau Real Madrid. Berita yang dikeluarkan mempunyai elemen ‘yang direka-reka’ sahaja demi sebagai senjata psikologi kepada kedua pasukan itu khasnya. Jika menurut berita daripada Sepanyol ini, Philippe Coutinho telah bersetuju ke Barcelona dan kelab Liverpool telah membenarkan pemergian pemain ini sejak Januari lagi. Nah, sehingga bulan September, Philippe Coutinho masih memegang jersi nombor 10, berlambangkan ‘Liverbird’ di dada. Tetapi, pada kali ini berlainan sedikit beritanya, dan ianya lebih ‘pro’ kepada…

Read More

Kisah : Yossi Benayoun , Perjuangan Seorang Pemain

Gurun Negev di Israel Dudu, bapa kepada bayi yang comel tersebut memeluk erat anaknya dengan perasaan kasih-sayang yang mendalam. Beliau mempunyai satu cita-cita murni,Dudu berkeinginan bayi kecil ini satu hari nanti bakal menyinari bola sepak Israel dengan skil bola sepak bertaraf dunia yang tiada tolok banding. Yossi Benayoun diasuh sejak kecil oleh bapanya dengan penuh perhatian, anak kecil tersebut dilatih menggelecek bola, teknik sepakan lencong dan segala rupa bentuk skil bola sepak yang diperlukan untuk menjadi bintang bola sepak dunia. Ketika Yossi Benayoun berusia 9 tahun, seorang pencari bakat dari…

Read More

Ekslusif : Saya Bukan Pengurus Ketika Suarez & Sterling Dijual, Tetapi Saya Pengurus Sekarang

Secara peribadinya saya begitu lantang ‘mengkritik’ pengurusan FSG sebelum ini terutama dalam pengurusan kewangan, polisi pembelian pemain, penggunaan Lembaga Perpindahan dan kebanyakannya memberi profit semata-mata. Sudahlah memberi profit, namun, perbelanjaan tidak seperti yang diharapkan pada musim perpindahan. “TRANSFER NET” LIVERPOOL SANGAT RENDAH Jika kita imbau kembali pada pertengahan musim lepas, banyak koresponden Liverpool menyatakan bahawa Liverpool tidak ‘takut’ berbelanja sebanyak 200 juta pounds pada musim ini. Maklumat itu walaupun tidak dinyatakan secaa rasmi, pasti disalurkan oleh wakil-wakil Liverpool yang rasmi ketika itu. Ya, sememangnya kita telah ditipu dengan angka tersebut…

Read More