Stevie G : Saya Menerangkan Kepada Pertahanan Saya Untuk Bermain Seperti Carra

Beliau berazam untuk mengetatkan lagi pemain pertahanan beliau menjelang pertemuan Merseyside Derby Jumaat ini dengan menjadikan legenda pertahanan Liverpool itu sebagai idola. Pasukan bawah 18 tahun Liverpool setakat ini telah menjaringkan 12 gol sepanjang perlawanan, namun apa yang merisaukan adalah mereka telah bolos 10. Setelah kemenangan 4 – 3 ke atas pasukan Middlesbrough Bawah 18 Tahun, Steven Gerrard telah melakukan latihan tambahan untuk bahagian defensif bagi menjamin kekentalan selain daripada kreativiti di bahagian tengah dan serangan. Dan salah seorang bekas pemain yang dijadikan contoh, dengan Steven Gerrard mahukan perubahan permainan…

Read More

Statistik : Pasukan Yang Kalah Awal Dalam Piala Liga Akan Lebih Menyinar Dalam Liga

Kekalahan dalam perlawanan menentang Leicester City di Stadium King Power dengan jaringan 2-0 menyebabkan Liverpool terkeluar daripada saingan Piala Carabao (Piala Liga yang diberi nama berdasarkan penaja), pada musim ini di pusingan ke-3. Briged #Kloppout telah mula kedengaran terutama kepada peminat-peminat yang kurang melihat kepada satu skop yang sangat besar. STATISTIK SEMASA Untuk Liga Perdana Inggeris pada musim 2017/18 hanya berumur 1 bulan atau 5 perlawanan. Dan Liverpool telah terlibat dalam 2 perlawanan Kelayakan Liga Juara Eropah, 1 perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara Eropah dan 1 perlawanan Piala Liga. Jumlah…

Read More

Kasper Schmeichel Takut Kepada “Dendam” Liverpool Di Piala Carabao

Penjaga Gol Leicester City memberi amaran kepada pemain pasukannya dan menjangkakan Liverpool akan laksanakan ‘dendam’nya respon kepada kekalahan di Piala Carabao pada perlawanan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini. Ketika itu, skuad The Foxes telah menyingkirkan Liverpool daripada saingan dengan kemenangan itu hingga menyebabkan pengurus Liverpool mula menyatakan ‘sakit jiwa’ terhadap bek nya. Baca: Jurgen Klopp ‘Sakit Jiwa’ Dengan Bolosnya Melalui Kaedah Yang Sama. Penjaga Leicester City ini sebelum ini direhatkan dalam perlawanan Piala Carabao tersebut setelah pengurusnya Craig Shakespeare telah melakukan 7 pertukaran dalam perlawanan tersebut. Dijangka, pemain ini…

Read More

Emre Can Telah Mula Latihan, Joel Matip & Dejan Lovren Masih Tidak Cergas

Ini mungkin berita gembira kepada Liverpool apabila Emre Can telah mula turun latihan walaupun gagal turun berlatih ketika latihan pertama kelmarin. Namun, kedua bek tengah Liverpool, Dejan Lovren dan Joel Matip masing-masing masih lagi tidak menunjukkan perkembangan yang baik. Pemain antarabangsa Jerman ini turun latihan sepenuhnya setelah dilaporkan menerima cedera ringan sebelum ini. Emre Can telah dilaporkan melepasi ujian kecergasan dan boleh diturunkan dalam perlawanan Leicester City nanti. Pemain ini dilaporkan mula menerima kecederaan kecil ketika perlawanan menentang Burnley lepas dan tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Leicester City dalam Piala…

Read More

Keputusan Liga Fantasi LMREDS – Minggu 1 Hingga 5

Pengumuman dua keputusan dalam satu post, Classic League dan Head To Head League dari minggu 1 hingga 5. LIGA KLASIK ( Classic League ) Tahniah kepada Bayangan FC oleh Razis Redzuan yang mengungguli carta liga. Hanya dipisahkan 3 mata dari Healer di bawah kendalian Syazwi Azizi. LIGA “HEAD TO HEAD”   Tahniah juga kepada Bugima dengan 5 kemenangan berterusan. ADMIN Masih ada masa untuk mempersiapkan pasukan anda untuk gameweek 6 dan seterusnya. Dan kami telah menutup kemasukan baru untuk Liga Fantasi ini beberapa jam sebelum sepakmula Gameweek 1.

Read More

Liverpool FC Tidak Terlalu Terburu Buru Memasukkan Harry Wilson Ke Dalam Skuad Utama

Pemain antarabangsa Wales berusia 20 tahun itu hanya melakukan satu penampilan sahaja musim lepas. Kapten pasukan bawah 23 tahun ini masih diberikan lebih banyak masa untuk menyerlahkan lagi potensinya dan jurulatih Bawah 23 Tahun Neil Critchey tidak mahu terburu buru memasukkan beliau ke dalam skuad utama. Beliau telah menjaringkan 28 gol bersama skuad 23 tahun musim lepas, namun hanya bermain selama 25 minit dalam skuad utama dengan ketika ini Ben Woodburns yang lebih muda dari beliau mendapat tempat dalam skuad utama. Wilson bukanlah pemain muda yang tidak perlu diperkenalkan lagi…

Read More

Klopp Tetap Positif Walau Ox Dikritik Hebat Peminat Liverpool

Berikutan kekalahan 2-0 Liverpool kepada Leicester, Alex Oxlade-Chamberlain dipilih umum untuk menjadi mangsa kritikan bagi ‘debut’ beliau bersama Liverpool selepas perpindahan musim panas dari Arsenal. Klopp mengakui yang dia tidak terkejut dengan semua kritikan yang dilemparkan itu, malah dia yakin yang pemain dengan yuran perpindahan sebanyak £ 40 juta itu pasti akan mempersembahkan sesuatu pada The Reds nanti. Malah terang Klopp juga, itulah hakikat dunia bolasepak sebenar. Bukan semua pemain setaraf Mane dan Salah, untuk cepat menyesuaikan diri. Bagi Klopp, Ox mempunyai situasi yang sangat baik dan kemudian beberapa situasi…

Read More

Mereka Kritik Seolah Liverpool Pasukan Terburuk Dalam Liga : Klopp

Jurgen Klopp menolak pendapat dan kritikan yang mengatakan Liverpool tidak mempunyai karekter sebenarnya Liverpool di padang, bagi meraih kemenangan. Jurgen Klopp mengatakan, reaksi terhadap perjuangan Liverpool baru-baru ini telah melampaui batas, menunjukkan terdapat persepsi seakan pasukannya sebagai ‘pasukan yang terburuk dalam liga‘. Liverpool kini tidak menang dalam empat perlawanan terakhir, selepas tersingkir di pusingan ketiga Piala Carabao dengan Leicester City pada malam Selasa. Klopp menegaskan, pemainnya mempunyai misi untuk membantu Liverpool kembali memenangi perlawanan, menjelang pertembungan semula dengan Leicester dalam Liga Perdana Inggeris. Jelas Klopp, kritikan-kritikan yang dilemparkan seolah menggambarkan…

Read More

Solanke Perlu Diberi Masa & Sementara Itu Posisi Tengah Diambilalih Oxlade-Chamberlain

Dominic Solanke dan Alex Oxlade-Chamberlain pasti sukar untuk mengingati ‘debut’ penuh mereka untuk Liverpool ketika menentang Leicester. Dominic Solanke Walaupun Solanke terlepas peluang, tetapi apa yang diperlihatkan beliau dalam perlawanan tersebut, beliau akan menjadi semakin baik. Solanke dilihat menunjukkan satu aksi yang bertenaga dan beliau sangat terdesak untuk mendapatkan gol. Solanke merupakan penyerang muda yang belum bermain di peringkat ini sebelum ini, jadi dia perlu diberikan masa. Sungguh memalukan Solanke tidak mengambil salah satu peluang yang datang, tetapi seharusnya dia tidak dibebani dengan tekanan yang tinggi pada peringkat ini. Lebih…

Read More

Dean Saunders : Ini Bukan Salah Dejan Lovren Sahaja, Tetapi Dirinya Tiada Perlindungan

Bekas pemain Liverpool ini selepas perlawanan Piala Carabao yang mana Liverpool telah tewas dengan Leicester City dengan jaringan 2-0 telah memberi pandangan tentang Dejan Lovren yang dikritik peminat. Penjelasan Saunders tertumpu kepada majoriti peminat yang mengkritik prestasi Dejan Lovren. Namun, bekas pemain ini berpendapat bahawa ianya bukanlah disebabkan oleh Dejan Lovren semata-mata. Dejan Lovren berpindah ke Liverpool pada musim 2015/16 setelah kegemilangannya berada di skuad Southampton ketika itu. Pemain itu menjadi antara bek tengah berkelas dunia di samping Jose Fonte setelah berpindah daripada Dynamo Zagreb. Sejak berpindah ke Liverpool, pemain…

Read More

Danny Ings : Sebelum Ini Saya Terlalu Paksa, Disebabkan Itu Cedera Lagi

Kekalahan amat memedihkan ketika Liverpool berkunjung ke Stadium King Power lepas dan terkeluar daripada saingan Piala Carabao pada musim ini di tangan Leicester City. Di satu sudut yang kecil, mungkin peminat seperti saya, sangat teruja apabila nama Danny Ings ada dalam pemain bangku simpanan. Keterujaan namanya lebih besar daripada melihat Lazar Markovic. Ketika Liverpool telah didahului dengan 1 gol, kelihatan Danny Ings sudah mula bersiap untuk masuk menggantikan Gyni Wijnaldum. Melakukan larian yang pantas dan nampak begitu tajam pergerakannya. Ada satu peluang di mana Jon Flanagan melakukan hantaran, deflection dan…

Read More