Jurgen Klopp Memohon Maaf Ke Atas Chris Hughton Disebabkan “Salah Faham”

Pengurus Brighton itu tidak gembira kerana Jurgen Klopp enggan berjabat tangan dengannya selepas perlawanan Sabtu lepas. Beliau menegaskan beliau tidak bermaksud untuk menimbulkan masalah kerana ketika itu Mo Salah mendapatkan Klopp dan memeluknya. “Ianya cuma salah faham, tidak lebih daripada itu”. “Saya memohon maaf atas perkara tersebut, walaupun ianya bukan salah saya tetapi ia terjadi secara kebetulan”. “Saya mahu bergerak ke arah Chris dan mahu berjabat tangannya, namun Salah terlebih dahulu mendapatkan saya dan memeluk saya. Chris tidak gembira dengan situasi itu”. “Beliau menjelaskan yang saya perlu berjabat tangan dengan…

Read More

Luis Suarez ‘Tidak Tahu’ Bahawa Barcelona Memburu Khidmat Coutinho

Kedua dua pemain itu merupakan kawan rapat semasa di Liverpool selama 18 bulan. Luis Suarez menegaskan beliau ‘tidak tahu’ akan sebarang perpindahan masuk buat Barcelona, walaupun terdapat dakwaan beliau telah membantu dalam melobi kepada lembaga pengarah Barcelona untuk memburu khidmat pemain itu. Mereka berdua masih rakan baik selama 18 bulan kerjaya Suarez di Liverpool ketika itu. Pemain Uruguay itu telah berbicara dengan Coutinho mengenai itu, dengan laporan di Spain mendakwa beliau telah bercakap dengan ahli lembaga pengarah di Barca untuk mendapatkan pemain itu pada Januari depan. Kelab Catalan itu menyaksikan…

Read More

Loris Karius Akui Permulaan Yang Sukar Dalam Kerjaya Beliau Di Anfield

Penjaga gol, Loris Karius mengakui, yang dia tidak berada di musim terbaik untuk Liverpool kini, tetapi menegaskan yang dia belajar banyak perkara yang sukar di awal penglibatannya dalam menjalani kehidupan di Liga Perdana Inggeris. Penjaga gol Jerman yang berusia 24 tahun itu menyertai Liverpool dari Mainz 05 pada musim panas 2016, dengan yuran perpindahan sekitar £ 4.7 juta dan dijangka menjadi pesaing hebat kepada penjaga gol utama The Reds, Simon Mignolet. Walau bagaimanapun, setelah mengalami kecederaan dengan patah jari pada permulaan musim ini, secara tidak langsung merencatkan lagi prestasi bekas…

Read More

Kerja ‘Kotor’ & “Pengacau” Daripada Roberto Firmino Lebih Menggembirakan Saya

Jurgen Klopp sangat gembira dengan persembahan Roberto Firmino yang sangat ‘menjengkelkan lawan’ dalam mencetuskan 2 gol ketika menentang Brighton pada Sabtu lepas. Pemain Brazil itu ketika ini telah menjaringkan 11 gol setelah menjaringkan 2 gol ketika menentang skuad Chris Hughton pada hujung minggu lepas. Selain daripada gol yang dijaringkan, apa yang lebih menggembirakan pengurus Liverpool itu adalah Roberto Firmino yang sentiasa ‘bertarung’ dan bergelut untuk mengucarkacirkan pertahanan pasukan itu. “Roberto jaringkan dua gol. Tetapi sejujurnya, apa yang sangat mengujakan saya adalah ‘ apa yang dilakukannya’ oleh Firmino untuk mendapatkan gol…

Read More

Liverpool Akan Membuat Keputusan Mengenai Harry Wilson Minggu Hadapan

Kelab akan menilai untuk langkah perkembangan karier pemain muda ini yang telah menjaringkan 11 gol musim ini. Beliau yang merupakan kapten Liverpool Bawah 23 Tahun, adalah pemain utama dan juga kapten pasukan tersebut namun belum lagi membuat penampilan bersama skuad senior Liverpool musim ini. Ramai pemain muda yang telah menunjukkan pencapaian terbaik mereka dalam beberapa perlawanan, namun tidak dapat masuk ke dalam skuad utama dan peminjaman untuk bermain ke kelab lain akan membantu meningkatkan prestasi pemain tersebut. Musim lepas, penyerang muda Wales itu telah menjaringkan 28 gol untuk membantu skuad…

Read More

Leon Goretzka Akan Membuat Keputusan Kariernya Pada Januari Nanti

Leon Goretzka menyatakan bahawa dirinya dalam ‘fas terakhir’ untuk membuat keputusan ke atas kariernya. Pemain tengah Schalke ini bakal menamatkan kontrak bersama kelab itu pada musim panas akan datang, namun, destinasi kelab seterusnya masih tidak diputuskan oleh pemain antarabangsa Jerman ini. Juventus, Bayern Munich, Liverpool, Tottenham, Arsenal dan Manchester United kesemuanya sedang memantau perkembangan pemain ini yang juga bolehlah dikatakan salah satu bakat muda terbaik di Bundesliga. Schlake juga masih tidak berputus asa ke atas pemain ini dan dilaporkan telah menawarkan kontrak baru bernilai £150,000 seminggu untuk kekalkannya di Gsenkirchen. Di…

Read More

Wijnaldum : Quincy Promes Adalah Ancaman Utama Buat Liverpool

Beliau memberi amaran supaya berhati hati dengan kelibat rakan sepasukan beliau dalam skuad Belanda ini. Pemain tengah Liverpool ini akan menghadapi rakan sepasukan beliau dalam skuad kebangsaan ketika melayani kunjungan Spartak Moscow dalam aksi terakhir peringkat kumpulan UCL awal pagi Khamis ini. Promes telah terlepas aksi bersama Spartak Moscow ketika seri 1 – 1 di Russia September lepas akibat kecederaan namun difahamkan akan kembali memperkuatkan skuad itu ketika perlawanan di Anfield nanti. Menurut Wijnaldum : “Promes adalah ancaman utama”. “Beliau telah membuktikan kualitinya di dalam liga. Beliau telah menjaringkan banyak…

Read More

Craig Pawson Akan Menjadi Pengadil Untuk ‘Derby’ Merseyside Liverpool vs Everton

Tahukah anda, Craig Pawson telah melayangkan empat kad merah dan 51 kad kuning setakat ini, untuk musim ini. Craig Pawson akan mengadili ‘derby’ Merseyside pada hari Ahad ini, dan lebih membimbangkan kerana perlawanan derby ini sendiri merupakan satu perlawanan yang meraih lebih banyak kad merah bagi sejarah Liga Perdana, dan Pawson juga merupakan salah seorang daripada pegawai yang mesra menghadiahkan kad. Dalam 15 perlawanan yang berlangsung di laman sendiri, dan juga dilaman lawan, pengadil dari South Yorkshire ini telah melayangkan empat kad merah, dan salah satunya kepada Idrissa Gueye dalam…

Read More

Coutinho Berhasrat Untuk Menghadiahkan Sesuatu Buat Peminat Liverpool Semasa ‘Derby’ Merseyside

The Reds ‘playmaker’ ini mengatakan, yang dia menyedari betapa besarnya perlawanan ‘derby’ ini, dan berhasrat untuk membantu Liverpool meraih kemenangan ‘derby’ keempat berturut-turut. Philippe Coutinho telah menyampaikan hasrat hatinya itu dengan berkeinginan untuk menghadiahkan sesuatu kepada peminat Liverpool pada derby Merseyside yang akan berlangsung Ahad ini. Liverpool menjadi tuan rumah buat The Blues di derby Merseyside kali yang ke-229 pada Ahad depan, dan Coutinho dengan harapan berupaya untuk menjaringkan gol bagi membantu Liverpool meraih kemenangan keempat berturut-turut terhadap Everton di bawah kekuasaan Jurgen Klopp. Coutinho, yang menyertai The Reds pada…

Read More

Liverpool Akan Menghadapi Everton Di Anfield Dalam Pusingan Ke-3 FA Cup

The Reds akan bertemu dengan Everton, bagi perlawanan ‘derby’ Merseyside kali yang ke-230, dalam perlawanan pusingan ke-3 FA Cup bulan depan. The Reds yang telah diundi bakal menentang Everton itu, pada malam Isnin dan dijangka mengadakan perlawanan pada minggu pertama Januari. Liverpool yang diwakili dengan nombor 23, berada dalam kotak undi pada petang Isnin, telah terbukti menjadi satu nombor yang mengujakan apabila The Reds telah diundi untuk di pertemukan sekali lagi dalam perlawanan ‘derby’ dengan pasukan Sam Allardyce. Yang mana, pada 10 Disember ini juga, Liverpool terlebih dulu menyambut kedatangan…

Read More