Tiga Perkara : Menjelang Perlawanan Liverpool vs Spartak Moscow

Liverpool akan bertemu dengan wakil Russia ini bagi menentukan siapa yang akan meneruskan cabaran ke Pusingan Kedua Kalah Mati UCL 2017 2018. Berikut adalah 3 perkara yang akan menjadi tumpuan peminat awal pagi ini. Pertama : Sistem Penggiliran Pemain Jurgen Klopp telah menurunkan Loris Karius sepanjang kempen UCL musim ini dan dijangka akan meneruskan lagi penggiliran ini. Selain itu beliau juga menggilirkan pemain pertahanan kanan, antara Joe Gomez dan Trent Alexandre Arnold. Namun begitu minggu lepas kita menyaksikan 6 pertukaran pemain dilakukan ketika menentang Stoke, dan 6 lagi ketika menentang…

Read More

Liverpool FC vs Spartak Moscow : Info Perlawanan Awal Pagi Esok

Previu ringkas mengenai perlawanan 6, Kumpulan E dalam UCL. All or Nothing. SEPAKMULA 7.45 malam waktu tempatan. Di Malaysia, 3.45 pagi. TONTONAN Untuk di yang berada di England, siaran langsung boleh diikuti menerusi BT Sports 2 dan BT Sports 4K UHD. Manakala di Malaysia, Astro Supersports 816 / 834 HD. Kami tidak menyediakan link live streaming dan live FB, jika ada kami akan kongsikan. PENGADIL PERLAWANAN  Syzmon Marciniak dari Poland, dan semua pembantu pengadil adalah dari Poland. Beliau telah mengadili perlawanan ke atas Man City dan Spurs dalam kancah UCL…

Read More

‘Besok Kami Akan Main Bolasepak Ikut Cara Kami’ : Massimo Carrera

Kempen Perlawanan | Apa Kata Lawan : Spartak Moscow Akan Pamerkan Kehebatan Sebenar Taktikal Mereka Sidang media pra perlawanan bagi pasukan pelawat Spartak Moscow, yang kini telahpun berada di Anfield. Sidang media tersebut disempurnakan oleh Massimo Carrera dan Andrei Eshchenko. Massimo Carrera Bercakap tentang persaingan sengit tiga pasukan Liverpool, Sevilla dan Moscow sendiri, yang kini dalam perebutan tempat teratas kumpulan E berkata, hanya pasukan yang mampu menunjukkan tahap motivasi dan keinginan untuk menang yang lebih tinggi sahaja, yang dapat mencapainya. Beliau turut menyentuh tentang kelemahan Liverpool, yang jelas lagi ketara…

Read More

Guillem Balague : Liverpool Tidak Akan Mampu Menarik Minat Antoine Griezmann

Beliau menolak desas desus pemain tersebut dikaitkan dengan kelab England itu. Pemain antarabangsa France itu dikhabarkan menjadi sasaran Liverpool secara mengejut walaupun buat masa sekarang Liverpool dipenuhi dengan bakat terbaik di barisan serangan. Griezmann pernah menjadi prospek perpindahan Liverpool bernilai £7 juta pada 2010, namun gagal mencapai persetujuan dan beliau berhijrah ke Spain seterusnya menjadi antara penyerang berbakat di La Liga. Beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United musim panas lepas tetapi penggantungan perpindahan Atletico membuatkan beliau berfikir semula untuk kekal di kelab tersebut buat sementara waktu. Hanya Man…

Read More

Pasukan Liverpool Yang Terakhir Bermain Dalam Perlawanan Penentuan Kumpulan UCL

Liverpool amat memerlukan kemenangan ke atas Basel ketika itu namun ….. The Reds sedang menghadapi pasukan Spartak Moscow dalan perlawanan terakhir UCL 2014 2015 awal pagi esok. Liverpool hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke pusingan seterusnya, dan kembali ke kancah pusingan kalah mati selepas kali terakhir menjejakinya pada 2009. Mudah bukan? Namun inilah mimpi ngeri yang telah melanda kem Liverpool 3 tahun lepas. Liverpool memerlukan kemenangan ketika berhadapan Basel di Anfield, namun mereka hanya mampu mencatatkan kemenangan seri 1 – 1 dan seterusnya meneruskan cabaran di Europa League. Kelab…

Read More

Mane Hormat Keputusan Klopp Untuk Letakkan Beliau Di Bangku Simpanan

Sistem pertukaran pemain yang mula diamalkan Klopp kini, telah banyak menyaksikan Mane direhatkan dalam pertembungan Liverpool dilaman sendiri baru-baru ini ketika menentang Chelsea, dan juga untuk perlawanan hujung minggu lalu ketika Liverpool kalahkan Brighton. Pemain antarabangsa Senegal ini menegaskan, yang ianya sama sekali tiada kaitan dengan kecederaan ‘hamstring’, yang beliau alami semasa tugas antarabangsa bulan lepas. Hakikatnya, sememangnya Mane tidak suka untuk terlepas sebarang perlawanan Liverpool, tapi dalam masa yang sama akui beliau begitu menghormati keputusan Klopp. Yang mana jelas, Klopp ingin menguji setahap mana kekuatan kedalaman skuadnya. Jelas Mane,…

Read More

Ramalan Kebarangkalian ‘Line-up’ Liverpool vs Spartak Moscow

Liverpool bakal menghadapi perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara yang terakhir, yang mana sangat jelas, hanya seri atau kemenangan sahaja yang boleh melayakkan diri ke peringkat enam belas. Kelayakan boleh disahkan awal, sekiranya Liverpool berjaya memenangi perlawanan ke atas Sevilla tempoh hari. Walaupun seri sudah cukup untuk melayakkan diri, Jurgen Klopp semestinya mahu memenangi perlawanan ini, untuk Liverpool berada dipuncak kumpulan E. Berikut adalah ramalan ‘line-up’ bagi kesebelasan Liverpool untuk menentang Moscow .. Penjaga Gol Karius Loris Karius akan terus sebagai penjaga gol Liverpool. Kerana, untuk sepanjang kempen Liga Juara-Juara musim…

Read More

Pengurus PSG, Unai Emery Nafikan Perpindahan Keluar Julian Draxler

Pemain Jerman ini dikaitkan oleh media berikutan khabar angin bahawa pemain ini bakal berpindah ke Liverpool nanti. Ini berikutan, pemain ini yang mempunyai bakat yang besar disisihkan oleh pengurus PSG, Unai Emery pada musim ini, terutama setelah mendapatkan kelibat Neymar daripada FC Barcelona. Berita ini bolehlah dikatakan berita palsu kerana tiada sebarang sumber yang sahih mengesahkan tentang perkembangan perpindahan pemain ini ke Liverpool. Dan yang terbaru, pengurus Paris Saints Germain sendiri, Unai Emery mengesahkan potensi perpindahan Julian Draxler berpindah keluar pada Januari nanti adalah palsu. “Dia (Julian Draxler) adalah evolusi…

Read More

Emre Can & Alberto Moreno Bakal Digantung Perlawanan Eropah Seterusnya Jika Perolehi Kad Kuning

Duo pemain Liverpool iaitu Emre Can dan Alberto Moreno mungkin akan berdepan dengan penggantungan 1 perlawanan di Liga Juara Eropah sekiranya kedua pemain ini memungut kad kuning ketika Liverpool melayani pasukan Spartak Moscow di Anfield nanti. Ini adalah perlawanan terakhir Liverpool bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya Liga Juara Eropah peringkat kalah mati nanti. Jika pemain antarabangsa Jerman dan Sepanyol ini menerima satu lagi kad kuning dalam perlawanan ini, maka kedua pemain ini akan terlepas perlawanan berikutnya. Kedua pemain ini telah bermain dalam semua perlawanan, iaitu 5 perlawanan dan kedua…

Read More

Video : Gol & Bantuan Gol Philippe Coutinho 2016/17 Setakat Ini

Philippe Coutinho telah meledakkan 4 gol dan 2 bantuan gol dalam Liga Perdana Inggeris untuk musim ini. Manakala dalam Liga Juara Eropah, Philipe Coutinho telah meledakkan 2 gol dan 2 bantuan gol sepanjang kempen setakat ini. Dengan perlawanan & musim Liverpool hanya pada pertengahan Disember ini sahaja, secara keseluruhannya, Philippe Coutinho telah meledakkan 6 gol dan membantu rakan sebanyak 4 gol dalam semua kejohanan setakat ini. Ini membolehkan Philippe Coutinho telah terlibat secara langsung dalam 10 gol untuk semua kejohanan atau 6 gol dalam Liga Perdana Inggeris sahaja. Mengikut rekod,…

Read More