Mo Salah Meraih Anugerah Pemain Terbaik Bulanan EPL Untuk Disember

Pemain ini telah meraih anugerah itu bulan lepas dan ini merupakan gelaran yang diraih secara berterusan. Beliau mendapat undian sebanyak 50% dari peminat menerusi talian, dengan 6 jaringan peribadi serta 4 bantuan gol dari 8 perlawanan, sekaligus memberikan Liverpool 5 kemenangan dan 3 seri dalam bulan Disember lepas. Baru baru ini beliau juga telah menerima Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2017 oleh CAF atas persembahan beliau yang memberangsangkan untuk negara dan juga kelab yang diwakilinya. Pemain ini telah menunjukkan prestasi yang baik sejak berhijrah dari Roma ke Liverpool pada musim panas…

Baca Lagi

Pendedahan Trent Alexandre Arnold Mengenai Kekuatan Diri Jurgen Klopp

Beliau menyatakan kemahiran pengurusan pemain adalah kekuatan diri pengurus itu. Pemain muda itu merupakan pemain muda dari yang diserap masuk ke skuad utana dari Akademi Liverpool, melakukan penampilan penuh dalam EPL dan juga UCL musim ini sejak dua musim lepas. Dan beliau mendedahkan kepada This Is Anfield apakah kekuatan sebenar Jurgen Klopp sebagai pengurus. “Beliau sangat bagus dari segi pengurusan pemain”. “Beliau tahu berapa lama badan pemain itu boleh bermain dan juga bertahan dalam satu perlawanan”. “Beliau juga tahu bila seorang pemain itu boleh dikeluarkan dan memasukkan pemain lain dan…

Baca Lagi

Undian Piala FA 2017 2018 : Siapa Diundi Bertemu Liverpool?

The Reds menempah tempat ke Pusingan Keempat setelah menewaskan jiran setempat Everton 2 – 1. Liverpool adalah salah satu pasukan yang telah menempah slot 32 pasukan dalam pusingan keempat, di mana musim ini mahu lebih berjaya dalam saingan piala domestik setelah musim lepas dikecewakan Wolves 2 – 1 dalam pusingan yang sama. Jurgen Klopp telah menunjukkan rasa hormat kepada pertandingan ini berdasarkan kesebelasan utama yang diturunkan dalam perlawanan tersebut. Setelah tewas kepada Leicester City dalam kejohanan League Cup musim ini, pertandingan ini adalah satu satunya pertandingan yang mampu memberikan Liverpool…

Baca Lagi

Liverpool Menangguhkan Untuk Meminjam Ben Woodburn Selepas Kehilangan Coutinho

Liverpool belum memberi kata putus mengenai masa depan Ben Woodburn yang diinginkan oleh Sunderland bagi tujuan meminjam pemain tersebut. Woodburn pada musim ini hanya sekali beraksi untuk Liverpool itupun ketika saingan Piala Liga menentang Leicester City dimana Liverpool tewas 2-0 pada perlawanan tersebut. Pemain berusia 18 tahun ini dikatakan mahu dipinjam sehingga habis musim ini oleh bekas pengendali Wales, Chris Coleman yang kini menguruskan Sunderland di Liga Kejohanan bagi memberikan pengalaman kepadanya diperingkat senior. Tetapi dengan perginya Philippe Coutinho ke Barcelona dengan rekod perpindahan kedua termahal di dunia memberikan kesan…

Baca Lagi

5 Perkara : Liverpool vs Everton

Debut Van Dijk Suasana yang mengujakan di Anfield apabila pemain termahal kelab diletakkan di dalam barisan permulaan Liverpool. Sudah pasti akan ada jangkaan yang besar kepada Van Dijk selepas berpindah ke Liverpool dari Southampton pada harga £75 juta. Tiada rahsia apabila Liverpool kekurangan pemimpin yang padu di bahagian pertahanan dan kedatangan Van Dijk dilihat akan menyelesaikan kekurangan tersebut. Ia hanya mengambil 3 minit di Anfield bahawa Van Dijk melangkah masuk mengisi kekosongan tersebut dengan segera. Mengarahkan pemain disetiap sisinya untuk berada di mana posisi mereka perlu berada. Kuat di udara…

Baca Lagi

Dengan Menandatangani Van Dijk, Telah Membuktikan Liverpool Berstatus Kelab Besar : Robbie Fowler

Dalam keriuhan memperkatakan tentang perpindahan Coutinho, kita sebenarnya terlupa, yang Van Dijk adalah pelakon utama buat Liverpool semasa jendela perpindahan dibuka untuk Januari 2018 ini. Jika Barca mendapat pemain ketiga termahal didunia, Liverpool lebih gah, kerana berjaya menandatangani pemain pertahanan yang termahal didunia. Ya ! Tidak sama, tapi lebih kurang serupa, ceritanya. Liverpool begitu mendambakan Van Dijk, yang sejak dari jendela perpindahan musim panas lalu lagi telah cuba mendekati beliau. Sehingga Liverpool terpaksa membuat satu kenyataan memohon maaf secara terbuka, selepas didakwa Southampton. Akhirnya, pemain pertahanan idaman Klopp, malah pujaan…

Baca Lagi

Analisis : Kenapa Barca Perlu Menandatangani Coutinho

Semestinya, sesuatu yang sangat-sangat pasti, Coutinho merupakan seorang pemain yang hebat, begitu cemerlang. Tetapi, setakat itu sahaja tidak cukup, disini pakar bolasepak Sky Sports di Sepanyol Guillem Balague, telah mendedahkan kesemuanya. Yang mana menurutnya … Iniesta semakin tua. Dan dia telahpun dicadangkan yang musim ini adalah musim terakhirnya di Barcelona, dalam masa yang sama telah ada satu tawaran yang hebat dari China untuknya. Barcelona sangat memerlukan pemain tengah yang berkualiti tinggi. Walaupun Coutinho bukanlah setanding Iniesta, tetapi Barca melihat Coutinho banyak peningkatan pada masa ini, dan tidak mustahil bekas PC10…

Baca Lagi

Roberto Firmino Bakal Terlepas Kem Latihan Liverpool Di Dubai

Pemain itu bercuti di Cyprus bersama sama isterinya. Jurgen Klopp membawa anak buahnya bercuti ke Dubai sambil menjalani latihan di sana – selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat pada bulan Disember. Dengan berbaki 8 hari lagi menjelang pertemuan penting dengan pendahulu liga Man City, Klopp memberikan peluang pemainnya berehat di Dubai sejak hari Sabtu. Begitu juga dengan beberapa staf kejurulatihan dan juga pakar kecergasan yang turut serta ke Dubai namun Firmino dilihat tidak turut serta dalam lawatan tersebut. Pemain itu berada di Cyprus untuk bertemu dengan Allan, di mana pemain…

Baca Lagi

Analisis : Alasan Disebalik Liverpool Melepaskan Coutinho

Sesuatu yang menarik, hasil nukilan James Pearce … Bertenang, tarik nafas, sediakan minuman, dan berikan sedikit masa sibuk anda, sekitar 10 minit untuk membacanya. FSG telah menyatakan dengan sangat jelas, sesuatu perjanjian yang dipersetujui adalah berkait rapat dengan Klopp sendiri yang telah memberikan lampu hijau. Secara dasarnya, pengurusan Anfield sendiri, kesemuanya bersetuju yang jumlah perpindahan Coutinho ini adalah wajar. Yang mana, pakej perpindahan sebanyak € 160 juta ini yang bersamaan dengan £ 142 juta, adalah satu jumlah yang betul-betul menggandakan dengan apa yang pertama kali ditawarkan oleh Barcelona kepada Coutinho…

Baca Lagi

Coutinho Mengeluarkan £ 9 Juta Duit Poket Sendiri Demi Mencapai Impian Ke Barcelona

Coutinho dilaporkan membayar £ 9 juta dari poketnya sendiri untuk memastikan perpindahannya ke Barcelona tercapai. Coutinho, yang telah pun ke Camp Nou, membayar kira-kira £ 9 juta dari saku sendiri dan komited untuk membayar £ 2.5 juta lagi pada masa akan datang, menurut wartawan Times, Paul Joyce. 👋 Barça fans – @Phil_Coutinho has something to say! 👋Find out more about #CoutinhoDay: https://t.co/344oHdw9AB pic.twitter.com/yEORWXMllE — FC Barcelona (@FCBarcelona) January 7, 2018 Kontroversi yang berkaitan dengan iklan Nike yang bocor, yang muncul di laman web pada hari Sabtu lalu, yang mana menawarkan…

Baca Lagi