Alex Oxlade Chamberlain : “Liverpool Masih Mempunyai Pemain Yang Hebat”

Beliau percaya Liverpool tidak terkesan mengenai pemergian Coutinho ke Barcelona baru baru ini. Coutinho telah meninggalkan Liverpool untuk ke Barcelona dengan yuran perpindahan £142 juta sekaligus meletakkan harapan Top Four Liverpool musim ini dalam keadaan samar samar buat masa sekarang. Namun Alex Oxlade berpendapat skuad Jurgen Klopp buat masa sekarang cukup besar untuk menampung ketiadaan […]

Liverpool Meletakkan Harga £30 Juta Untuk Daniel Sturridge

Penyerang Reds itu dilaporkan mahu meninggalkan Anfield untuk mengejar impiannya beraksi di Piala Dunia 2018. Beliau telah memaklumkan kepada kelab untuk melepaskan beliau bulan ini namun kelab telah memaklumkan bahawa mereka mahukan £30 juta untuk mana mana kelab yang mahukan khidmatnya. Jurgen Klopp mahu penyerang itu kekal di Anfield sekurang kurangnya hingga penghujung musim ini […]

Tarikh Perlawanan FA Cup vs West Brom, Telah Disahkan

Perlawanan FA Cup Liverpool menentang West Brom telah disahkan tarikh dan masanya. Perhitungan akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 27 Januari ini di Anfield, dan ia akan bermula pada jam 7:45 petang, waktu UK. Bagi waktu Malaysia, rujuk dibawah. Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds Sumber : Liverpool Echo #ynwa #oncearedalwaysared🌹

Tiada Perpindahan Untuk Kieta Pada Januari

Pengurus Leipzig Ralph Hasenhuttl, telah menolak sebarang langkah perpindahan untuk Keita pada jendela perpindahan Januari ini. Bos Leipzig Ralph Hasenhüttl dalam sidang akhbar berkata, tidak ada sebab untuk Leipzig membiarkan Keita pergi sekarang, dan jawapannya itu telah mengakhirkan segala persoalan sebelum ini. Desas desus berlegar-legar dalam dunia bolasepak Liverpool, apabila timbul laporan Keita ingin meninggalkan […]

Xabi Alonso Mengimpikan Untuk Mengurus Liverpool Satu Hari Nanti

Xabi Alonso yang menghabiskan 5 tahun di Merseyside diantara tahun 2005-2009 dan membentuk reputasi sebagai pemain tengah berkelas di Eropah ketika berada di Anfield. Bekas pemain ini masih lagi diingati oleh sebahagian besar penyokong Liverpool walaupun setelah berpindah ke Real Madrid dengan yuran perpindahan £30 juta. Alonso bersara pada Mei tahun lalu dan mengambil langkah […]

Cameron Brannagan Melengkapkan Perpindahannya Ke Oxford

Pemain tengah Liverpool ini telah melengkapkan perpindahannya secara kekal ke kelab yang bersaing di Liga Satu, Oxford United dan mengakhiri kariernya di Merseyside. Brannagan menyertai Liverpool ketika berumur 5 tahun pada 2001 di Kirkby sebelum debut pertama pasukan senior Liverpool pada tahun 2015. Musim tersebut membuatkannya berjaya membuat sembilan penampilan di bawah Brendan Rodgers dan […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: