Bekas Pemain Liverpool Nabil El Zhar Bantu Leganes Atasi Real Madrid Dalam Copa Del Rey

Kelab itu berjaya mencipta sejarah untuk melangkah ke separuh akhir Copa Del Rey buat pertama kali setelah menyingkirkan Real Madrid. Nabil El Zhar merasai salah satu malam paling bermakna dalam kariernya apabila membantu Leganes menewaskan Real Madrid 2 – 1 di Santiago Bernabeu sekaligus memberikan tekanan buat pengurusnya, Zinedine Zidane. Ketinggalan 1 – 0 dari segi aggregat di gelanggang sendiri, Leganes tidak diberikan harapan untuk mara ke separuh akhir Copa Del Rey. Namun, pasukan itu mengejutkan Real Madrid menerusi tandukan Gabriel Pires sekaligus melayakkan pasukan itu ke separuh akhir menerusi…

Baca Lagi

Jurgen Klopp Akan Menghadapi Dilema Untuk Memilih Bek Kiri Dengan Moreno Bakal Kembali

Perlawanan menentang West Brom mungkin terlalu awal untuk Moreno, tetapi kembalinya Moreno kelak akan memberi dilema pemilihan bek kiri kepada Klopp. Bek kiri dari Sepanyol tersebut diketepikan sejak mengalami kesakitan di pergelangan kaki kirinya ketika kemenangan 7-0 ke atas Spartak Moscow pada 6 Disember lalu. Moreno mengalami kecederaan tersebut ketika prestasinya sedang memuncak dan menikmati permainan terbaiknya di Liverpool sejak perpindahannya dari Sevilla. Dikeluarkan awal separuh masa kedua kerana kecederaan, pemain Sepanyol tersebut menikmati itu menikmati perjalanan kariernya setelah diketepikan pada musim lepas dan hampir dijual pada jendela perpindahan musim…

Baca Lagi

Daniel Sturridge Mungkin Akan Kembali Beraksi – Dan Perpindahan Ke Inter Ditangguhkan

Inter Milan mahu mendapatkan khidmat pemain ini secara pinjaman dan difahamkan Liverpool berpuas hati dengan tawaran yang dikemukakan. Namun begitu, pemain ini menangguhkan dahulu proses perpindahan ke Inter dengan menunggu tawaran daripada Sevilla. Namun itu bukan merupakan pilihan kerana kelab La Liga itu belum lagi menawarkan sebarang tawaran untuk penyerang Liverpool tersebut. Dan jika penangguhan ini berterusan maka Jurgen Klopp mempertimbangkan untuk menurunkan beliau dalam perlawanan menentang WBA pada minggu ini. Penyerang berusia 28 tahun ini tidak turut serta dalam skuad ke Swansea minggu ini, tetapi beliau kelihatan cergas dalam…

Baca Lagi

Lazar Markovic Bakal Meninggalkan Liverpool – Destinasi Moscow

Beliau mungkin akan ke ibu negara Russia dengan Lokomotiv dan Spartak menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain tersebut. Markovic merupakan pemain yang tidak diperlukan dalam skuad Klopp di dalam pasukan, dan telah menerima hakikat bahawa beliau harus berpindah ke kelab lain Januari ini bagi memulakan semula perkembangan karier bolasepak beliau. Liverpool menerima tawaran mana mana kelab yang mahukan khidmat pemain berusia 23 tahun ini, dengan kontrak beliau memasuki 18 bulan terakhir di Melwood. Selain itu West Bromwich Albion, yang akan berdepan dengan skuad The Reds Sabtu ini dalam kempen FA Cup…

Baca Lagi

Tiga Pemain Muda Akan Keluar Sebagai Pemain Pinjaman Sebelum Jendela Perpindahan Berakhir

Bos B-23, Neil Critchley mengesahkan bahawa dia akan kehilangan tiga pemain utama sebelum jendela perpindahan ditutup. Skuad Critchley akan berkurangan pada kali ini setelah Matty Virtue dan Corry Whelan dipinjamkan keluar, Cameron Brannagan berpindah secara tetap ke Oxford United dan Rhian Brewster mengalami kecederaan pergelangan kaki. Kemungkinan lebih lagi pemain bakal berpindah sebagai pemain pinjaman termasuklah kapten B-23 Harry Wilson, Ovie Ejaria dan Lloyd Jones yang turut akan diberi peluang keluar dari Academy. Critchley memberitahu kepada Echo : “Kemungkinan banyak pemain akan dipinjamkan.” “Anda lihat Wilson, Ejaria dan kami masih…

Baca Lagi