Eden Hazard : Saya Tidak Akan Mengundi Mo Salah Untuk Anugerah PFA

Beliau menegaskan bahawa Kevin De Bruyne lebih baik musim ini. Menurut pemain itu juga, Mo Salah tergolong dalam tiga pemain terbaik musim ini di samping Harry Kane dan Kevin De Bruyne namun tidak akan meletakkan undi buat pemain sayap Liverpool tersebut. Mo Salah menjaringkan gol ke 32 peribadi beliau musim ini selepas membantu Liverpool mencatatkan kemenangan 2 – 0 ke atas Newcastle semalam. Gol itu sekaligus mengatasi pencapaian Luis Suarez pada musim 2013 2014 dengan 31 gol, di mana beliau dijangka tercalon untuk pemain yang akan dinobatkan sebagai pemain terbaik…

Read More

Penilaian Dari Awal Pemilikan FSG Ke Atas Liverpool

Sudah enam tahun semenjak akaun Liverpool memperlihatkan kos-kos sebenar untuk membersihkan kekacauan yang telah dilakukan pemilik terdahulu iaitu George Gillette dan Tom Hicks. Keputusan kewangan pada 2011 yang diterbitkan pada bulan Mei 2012 menunjukkan Liverpool menanggung kerugian tahunan hampir £50 juta tidak termasuk cukai. Jumlah perolehan kelab jatuh mendadak hanya dibawah £1 juta hingga £183.6 juta dimana Liverpool menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa Liga Juara-Juara. Fenway Sports Group baru sahaja menulis kira-kira £35 juta berkaitan dengan reka bentuk, kos perundangan dan pentadbiran untuk projek stadium baru yang pernah dijanjikan oleh…

Read More

Kapten Fiorentina Davide Astori Meninggal Dunia Beberapa Jam Sebelum Perlawanan Dengan Udinese

Beliau dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di Udine Hotel, tempat penginapan mereka sebelum perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung. Kesemua perlawanan Serie A yang sepatutnya berlangsung pada hari ini (Ahad) ditangguhkan buat sementara waktu untuk memberi penghormatan terhadap pemergian pemain tersebut. Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Fiorentina : “Fiorentina dengan sedihnya mengumumkan bahawa kapten pasukan kami Davide Astori telah meninggal dunia akibat kesakitan mengejut”. “Untuk situasi yang mengejutkan ini, dan juga menghormati keluarga mendiang kami mahu media menjaga sensitiviti terhadap semua pihak yang terlibat”. Pemain pertahanan berusia 31 tahun ini…

Read More

Alex Oxlade : Itu Yang Kami Lakukan Semasa Berlatih Di Melwood

Beliau menyatakan pelan itu telah dilakukan di Melwood berikutan kemenangan 2 – 0 Liverpool ke atas Newcastle. Pasukan pelawat yang gemarkan bertahan sepanjang perlawanan menggusarkan sebahagian penyokong Liverpool, tetapi Liverpool menggunakan pendekatan yang sabar dan hasilnya Mo Salah membuka jaringan yang terhasil daripada gerakan Oxlade Chamberlain sendiri pada minit ke 40. Sadio Mane kemudian menambah gol di separuh masa kedua di mana memberikan kemenangan penting buat Liverpool untuk berada di kedudukan kedua EPL buat masa sekarang. Menurut Oxlade Chamberlain semasa temubual selepas perlawanan : “Kami telah menjangkakan bahawa kami akan…

Read More

Jurgen Klopp : Tepisan Loris Karius Ibarat “Menjaringkan Gol” Buat Liverpool

Penjaga gol itu menafikan percubaan Mo Diame pada kedudukan 1 – 0. Pemain tengah Newcastle United itu dilihat akan menyamakan kedudukan sejurus sebelum separuh masa pertama apabila rembatannya melencong ke sudut atas gol Liverpool, namun Loris Karius melayangkan badannya untuk menepis percubaan itu. Pengurus Liverpool itu berpendapat tepisan itu sangatlah penting setelah Mo Salah menjaringkan gol pendahuluan buat Liverpool, dan diikuti gol kedua oleh Sadio Mane di separuh masa kedua. Menurut Klopp : “Tepisan itu sangatlah penting. Saya tidak menyatakan bahawa kami tidak akan memenangi perlawanan itu namun jika percubaan…

Read More

Hightlight Liverpool VS Newcastle United, Perlawanan mudah untuk Liverpool

Liverpool mudah menundukkan Newcastle United di Anfield. Gol masing-masing dijaringkan oleh Mohamed Salah dan Sadio Mane memberikan Liverpool tiga mata penuh. Liverpool terus melebarkan kemenangan untuk memberi tekanan kepada pendahulu liga buat masa ini. Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds Sumber : Stadium Astro

Read More

Liverpool Teruskan Rentak Kemenangan – Menang Ke Atas Skuad Rafa Benitez 2 – 0

Jaringan Mo Salah dan Sadio Mane cukup untuk membawa Liverpool buat sementara waktu di tangga kedua. Liverpool merombak barisan kesebelasan utamanya dengan menurunkan kembali Jordan Henderson sambil mengekalkan Emre Can dan Alex Oxlade Chamberlain di samping beliau. Namun kedua dua pasukan bermula agak perlahan, dengan skuad Rafa Benitez kali ini lebih selesa untuk bermain ‘deep defending’ sambil Liverpool berusaha untuk membuka ruang antara pertahanan dan tengah Newcastle United. Liverpool menampakkan usaha untuk melakukan serangan apabila Mo Salah melakukan voli pertama pada minit ke 11 namun dihadang oleh pertahanan Newcastle. 5…

Read More