Jurgen Klopp Memaklumkan Situasi Kecergasan Emre Can Dan Adam Lallana

Timbul tanda tanya di kalangan peminat Reds mengenai situasi mereka buat masa sekarang. Emre Can dan Adam Lallana akan bersama dalam skuad kebangsaan masing masing meskipun kedua dua mereka tidak beraksi secara total dalam perlawanan menentang Watford di Anfield. Can dikeluarkan seawal minit ke 27 perlawanan dan digantikan dengan Milner manakala Adam Lallana tidak disenaraikam dalam skuad Liverpool untuk perlawanan menentang Watford. Emre Can akan turut serta dalam skuad Germany dalam perlawanan pemanas badan sebelum Piala Dunia menentang Spain pada 23 Mac sebelum menentang Brazil 4 hari kemudian. Manakala Adam…

Baca Lagi

Pengurus Besar Juventus, Beppe Marotta: Juventus Masih Menunggu Maklum Balas Emre Can

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita dan dakyah yang mengatakan Emre Can telah bersetuju berpindah dalam pelbagai media sejak Disember mahupun permulaan musim 2017 – 2018 yang lepas. Namun yang pastinya, Emre Can tidak lagi membuat keputusan. Pengurus besar kelab gergasi Itali, iaitu kelab Juventus, Beppe Marotta memberi maklumat terkini mengenai situasi Emre Can dan Juventus. Pada asalnya, pertanyaan menjurus kepada pengurusnya Max Allegri yang dilaporkan mahu dirisik oleh PSG pada musim hadapan. Namun, Marotta terus mengubah subjek dan bercerita tentang Emre Can. Di dalam temuramah yang dilakukan oleh Mediaset Premium sebelum perlawanan Juventus pada Sabtu lepas,…

Baca Lagi

Reaksi “Humble’ Salah: Mohon Maaf Kepada Penjaga Gol Watford & Terima Kasih Kepada Rakannya

Liverpool telah menjaringkan 5 gol tanpa balas ketika menerima kunjungan daripada Watford pada awal pagi tadi. Ini adalah reaksi kekalahan Liverpool terhadap Man Utd di Old Trafford pada minggu lepas. Mohamed Salah telah menjaringkan 4 gol dan 1 bantuan gol kepada Roberto Firmino dalam perlawanan ini. Ini menjadikan Mohamed Salah berada di kedudukan selesa dalam senarai penjaring terbanyak dengan 25 gol berbanding pencabarnya Harry Kane, 21 gol, dengan perbezaan 4 gol bagi merebut Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Mohamed Salah telah berpindah ke Liverpool daripada AS Roma…

Baca Lagi

Mohamed Salah Telah Pecahkan Lama Rekod Fernando Torres

Mohamed Salah ketika ini hampir merapati dan memecahkan rekod seterusnya iaitu yang dipunyai oleh Ian Rush setelah memusnah rekod yang dilakukan oleh Fenando Torres sebelum ini. Pemain Mesir ini telah memahat kembali namanya dalam lipatan sejarah Liverpool apabila merekodkan 36 gol dengan baki 7 perlawanan dan 2 perlawanan Liga Juara Eropah pada musim pertamanya di Anfield ini. Mohamed Salah telah memecahkan rekod yang dimiliki oleh Fernando Torres yang telah mencipta 33 gol dalam perlawanan kompetitif untuk musim debut di Anfield dan kini, bakal memecahkan rekod Ian Rush pula. Penjaring prolifik Liverpool…

Baca Lagi

Mohamed Salah: Saya Mahu Kekal & Memenangi Trofi Bersama Liverpool

Mohamed Salah mungkit komited dengan masa depannya bersama Liverpool dengan mengatakan Liga Perdana Inggeris adalah sempurna untuk dirinya. Pemain Mesir ini telah menjaringkan 32 gol dalam musim debutnya di Anfield pada musim ini. Penyerang sensasi Liverpool ini mengatakan Liga Perdana Inggeris adalah sempurna bagi dirinya dan menafikan ‘hubungan’ tentang Real Madrid. Penmain antarabangsa Mesir ini dikategorikan sebagai pembelian yang berisiko setelah kembali ke liga ini semula pada awal musim ini yang mana ketikanya berada di Chelsea sangat mengecewakan. Namun 36 gol dalam semua kejohanan menjadikan pembeliannya 36.7 juta pound daripada AS Roma adalah satu pembelian yang sangat berbaloi…

Baca Lagi

Pengurus Watford: Liverpool Antara Terbaik Di Eropah, Mohamed Salah Terbaik Di Dunia

Liverpool adalah salah satu pasukan terbaik di Eropah dan Mohamed Salah adalah salah satu pemain terbaik di dunia, itulah yang dikatakan oleh pengurus Watford, reaksi kepada kekalahan pasukan Hornet 5-0 pada awal pagi tadi dengan Mohamed Salah menjaringkan 4 gol. Javi garcia, pengurus Watford mengakui tentang kehebatan pasukan Liverpool setelah dibelasah di Anfield semalam. Watford tewas dengan 4 jaringan dilakukan oleh Mohamed Salah dan satu gol dijaringkan oleh Roberto Firmino. Ianya menyebabkan pasukan Liverpool berada di tangga ke 3 liga dengan 7 mata berbeza dengan pasukan yang berada di tangga kelima ketika ini…

Baca Lagi

Jurgen Klopp: Melakukan Perbandingan Mohamed Salah & Lionel Messi Tidak Akan Membantunya

Penyerang sensasi Liverpool tidak mahu dibandingkan dengan Lionel Messi, kata Jurgen Klopp. Pengurus Liverpool itu setuju bahawa tiada sebarang penanda aras untuk melakukan perbandingan dengan pemain Argentina dan bintang Barcelona itu. Perbandingan Mohamed Salah & Lionel Messi tidak akan membantu pemain Mesir itu. Salah telah menjaringkan 4 gol dan 1 bantuan gol dalam kemenangan terhadap Watford 5-0 pada awal pagi tadi dan menjadikan reko jaringannya sebanyak 27 gol pada musim ini yang mana merupakan penjaring terbanyak liga buat waktu ini. Pemain ini memberi impak yang besar dalam liga setelah berpindah semula ke England daripadaAS Roma, yang…

Baca Lagi

Media : “Lampu Tinggi” Perlawanan Liverpool – Watford

Mohamad Salah menjaringkan 4 gol dan 1 gol daripada Roberto Firmino membantu The Reds mencatatkan kemenangan 5 – 0 ke atas Watford. Saksikan kembali highlight perlawanan awal pagi tadi. ADMIN Semestinya kepuasan bagi semua penyokong Liverpool setelah kembali semula ke landasan kemenangan. Sumber : Youtube – Stadium Astro

Baca Lagi

Roberto Firmino Adalah Pemain Yang Sangat “Unik”

Jurgen Klopp memuji mengenai persembahan Roberto Firmino. Dan pengurus Liverpool itu juga menyatakan Firmino memberikan sesuatu yang pasukan EPL lain tidak berikan. Skil pemain Brazil itu telah membantu Liverpool menjaringkan gol ketiga ketika menentang Watford menerusi satu “flick” yang cantik. Namun begitu Klopp memuji usaha penyerang Liverpool itu yang seringkali berebut bola dari pemain pertahanan Watford untuk membina serangan dari beliau. Menurut Klopp : “Anda perlukan seseorang yang bergerak ke sisi padang namun malam ini saya mahu menyatakan permainan Sadio Mane amat matang sekali”. “Beliau tenang dengan bola. Dalam beberapa…

Baca Lagi