Liverpool Melancarkan Jersi “Away” Untuk Musim 2018 2019

Ianya dilancarkan dan dijual di seluruh gedung Liverpool FC dan di atas talian bermula hari ini. Rekaan New Balance ini mempamerkan warna ungu yang terang, di mana kali terakhir terdapat warna itu pada jersi Liverpool adalah pada musim 2012 2013. Ianya warna jersi alternatif untuk jersi utama Liverpool. Rekaan jersi ini mempunyai satu jaluran berwarna di bahu, dengan mengambil inspirasi daripada rekaan Main Stand Anfield. Manakala warna oren pada jaluran itu melambangkan kejayaan yang dilakukan Liverpool ketika menggunakan jersi ketiga yang berwarna oren pada musim ini. Manakala jersi penjaga gol…

Baca Lagi

Atletico Madrid & Monaco Mencapai Persetujuan Awal Untuk Perpindahan Thomas Lemar

Pemain itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan Liverpool. Namun begitu bekas pemain sasaran Liverpool ini berkemungkinan besar akan beraksi di Spain apabila Atletico Madrid dan Monaco difahamkan telah mencapai persetujuan awal untuk perpindahan pemain tersebut. Pemain tengah itu yang kini bersama skuad kebangsaan France ke Piala Dunia 2018 – akan melengkapkan perpindahan dalam masa beberapa hari lagi. Menurut kenyataan daripada laman web Atletico : “Dalam masa beberapa hari, kedua dua kelab akan cuba mencapai persetujuan untuk urusan perpindahan”. Pemain berusia 22 tahun ini telah menarik minat Liverpool…

Baca Lagi

Sah – Neil Redfearn Dilantik Liverpool Sebagai ‘Pengurus Baru’

Ya ! Neil Redfearn telah sah diumumkan Liverpool sebagai pengurus yang baru bagi Liverpool Ladies. Bekas jurulatih Doncaster Rovers Belles menandatangani perjanjian untuk memimpin skuad Liverpool Ladies bagi kempen 2018-19. Jelas Redfearn, ini merupakan satu keistimewaan dan penghormatan yang besar untuk beliau, setelah dilantik sebagai pengurus Liverpool Ladies yang baru. Yang mana menurut beliau lagi, skuad Liverpool Ladies adalah sebuah pasukan yang mempunyai potensi besar dalam cabaran merebut trofi secara tetap. Jelasnya lagi, Kelab Bolasepak Liverpool adalah kelab besar dan beliau yakin untuk bersaing sehingga penghujung Liga Super Wanita bagi…

Baca Lagi

Liverpool ‘Kit Away’ 18/19 Bakal Dilancarkan

Berjuta penyokong Liverpool didunia tertanya-tanya, dan dengan penuh harapan menjangkakan satu pelancaran yang menampilkan satu pandangan mata yang segar untuk dilihat pada kit baru Liverpool ‘away’ ini. Terutamanya, warna dan rekaan bentuk jersi itu sendiri. Boleh dikatakan, bagi setiap musim berganti, kit baru Liverpool ini sangat-sangat dinantikan. Setelah berlangsungnya pelancaran kit ‘home’ baru Liverpool untuk musim 18/19 bulan lepas, para peminat mula ghairah menantikan pula pelancaran kit ‘away’ musim 18/19 skuad merah Liverpool ini. Ianya begitu penting, kerana saat inilah bakal terjawab segala persoalan di minda. Melalui pelancaran ini, para…

Baca Lagi

Divock Origi Mendedahkan Masa Depan Seterusnya Untuk Musim Hadapan

Pemain Belgium ini akan kembali ke Melwood musim hadapan setelah mengharungi musim yang sukar di Germany. Dan beliau yakin bahawa beliau boleh meningkatkan tahap prestasi beliau – dan di Liverpool adalah tempat terbaik buat beliau untuk melakukan itu. Origi akan kembali ke Melwood bagi menjalani latihan pramusim bulan hadapan setelah bersama Wolfsburg secara pinjaman musim ini. Pemain berusia 23 tahun ini hanya menjaringkan 7 gol dari 36 penampilan bersama Wolfsburg, dan prestasi beliau hanya meningkat ketika membantu Wolfsburg untuk memenangi perlawanan play off Bundesliga. Dan penyerang itu telah berkongsi bagaimana…

Baca Lagi

Liverpool Terus Menilai Posisi Penjaga Gol Meskipun Tidak Memburu Allison

Penjaga gol Brazil ini dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sepanjang musim ini. Dan Liverpool akan terus menilai calon berpotensi untuk menjaga gawang meskipun masa depan Allison mungkin akan berakhir ke kelab lain. Dalam masa 6 bulan sebelumnya, Liverpool dikaitkan dengan perpindahan pemain itu untuk menambahbaik kualiti pemain di posisi tersebut. Terdapat laporan dari Brazil yang mendakwa Liverpool telah mengemukakan bidaan sebanyak €65 juta untuk khidmat penjaga gol tersebut. Namun laporan itu dianggap tidak benar apabila Liverpool sebelum ini telah memaklumkan kepada ejen Allison bahawa berkemungkinan kelab itu tidak meneruskan hasrat…

Baca Lagi