Liverpool Mungkin Pasukan Terbaik Di Dunia Sekarang – Pep

Pep Guardiola menyatakan bahawa Manchester City harus “menerima hakikat” bahawa sainganya Liverpool boleh menjadi “pasukan terbaik di dunia sekarang”. Juara bertahan City, yang mengalahkan Southampton 3-1 pada hari Ahad, bakal melawan Liverpool di Etihad hari Jumaat nanti(4Jan2019, 4pagi). “Masalahnya ialah pasukan lain yang hebat,” Guardiola memberitahu BBC Sport. “[Liverpool adalah] mungkin pasukan terbaik di Eropah […]

Pemain Muda Porto Eder Militao Dalam Radar The Reds Untuk Isi “Kubu pertahanan Liverpool”

Pemain pertahanan Porto telah menarik perhatian dari kelab-kelab seperti Barcelona, ​​Man City dan Borussia Dortmund – tetapi Liverpool dan Manchester United lebih berminat menandatangani pemain itu lebih awal. Liverpool telah menyertai Manchester United dalam perlumbaan untuk menandatangani Eder Militao, menurut laporan Miror dan Express. Pemain muda Porto boleh didapati dengan harga £ 42.5 juta kerana […]

Van Dijk Jawab Sebab Kenapa Dia ‘Melindungi’ Salah

Liverpool mempamerkan aksi persembahan yang sangat bertenaga dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan, ketika menentang Arsenal, yang menunjukkan skuad Reds ini masih mampu untuk memberi tentangan sengit dengan menjaringkan 4 gol secara pantas dalam meraih kemenangan 5-1. Yang mana, kebanyakan perlawanan Reds sebelum ini tidak begitu ‘bengis’ di musim ini kerana Klopp lebih menggunakan pendekatan […]

Luis Suarez Menyesal Tinggalkan Ajax Demi Liverpool

Meninggalkan kelab dalam waktu kesusahan oleh setiap pemain adalah sangat sukar dan menyakitkan dan itu yang terjadi kepada pemain bintang Uruguay Luis Suarez. Luis Suarez sentiasa membayangkan penyesalan meninggalkan Ajax untuk menyertai Liverpool. Bintang Barcelona, ​​Luis Suarez menyesal telah meninggalkan Ajax apabila gergasi Belanda mengalami itu kesukaran dalam liga. Seperti yang diketahui, pada musim 2011/12, […]

Martin Keown : Liverpool Menemui ‘Next Gerrard’ – Tetapi Beliau Salah Posisi!

Beliau mengagumi pemain muda antarabangsa ini namun percaya Klopp tidak menggunakan bakat pemain itu sepenuhnya. Dan pemain yang dimaksudkan oleh Martin Keown itu adalah Trent Alexander Arnold, yang menegaskan bahawa beraksi di bahagian pertahanan tidak dapat mengeluarkan sesuatu yang terbaik dari pemain itu. Trent Alexander Arnold menikmati zaman kemuncak kariernya pada umur yang amat muda, […]

Analisis Taktikal Liverpool vs Arsenal Daripada Nouman

Perlawanan yang melibatkan “quick transition” namun apa yang silap buat pasukan Arsenal dan juga Liverpool FC di awal perlawanan? Kedua dua pasukan adalah pasukan yang gemarkan taktikal menyerang, namun apa yang diperkatakan oleh segelintir peminat bolasepak ada juga benarnya mengenai pertahanan rapuh Arsenal. Saksikan : ADMIN Liverpool mempunyai pemain yang amat laju di barisan hadapan, […]

Disebalik ‘Final’ Liga Juara-Juara Eropah 2005 – Kisah Di Bilik Persalinan

Tamat separuh masa pertama semua pemain menuju ke bilik persalinan dengan muka yang kelat. Ketinggalan 3-0 pasti satu tugas yang berat. Suasana amatlah tegang, Gerrard menyumpah-nyumpah dalam pelat Inggeris nan pekat. Namun biar aku terjemahkan ke Bahasa Melayu versi Kelantan, : Baso sumbak, 3-0 bohh bek tidur ko guano sapa kito keno berat ?!!. Gerrard […]

Jurgen Klopp Mengenai Kekalahan Spur :”Saya Bukanlah Seorang Yang Naif”

Beliau enggan terlalu yakin dengan kejuaraan meskipun membenam cabaran Arsenal dan sekaligus meletakkan Liverpool 9 mata dari pencabar terdekat. Dan beliau menyatakan beliau bukanlah terlalu “naif ” apabila melihat kedudukan Liverpool di kedudukan liga buat masa sekarang. Roberto Firmino meledakkan hatrik ke atas Arsenal, dan satu gol masing masing daripada Sadio Mane dan Mo Salah. […]

Kelakar, Ayat Yang Spontan Terpacul Dari Mulut Robertson, Buat VVD Ketawa Terbahak-Bahak

Bukan hanya Van Dijk suka, para peminat yang menyaksikan pun turut sama geli hati dengan ayat yang terpacul dari mulut Robertson, setelah dikirimkan untuk memberi trofi ‘MOTM’ kepada Firmino. Bek kiri yang juga merupakan kapten Scotland itu, meletakkan prestasi yang sangat-sangat mengkagumkan apabila Liverpool meranapkan ‘meriam’ Arsenal 5-1 di Anfield. Kerjasama yang erat itu, berjaya […]

Roberto Firmino Terima Bonus Durian Runtuh Dari Liverpool

Gaji Roberto Firmino sememangnya kecil berbanding bintang lain di Liverpool namun bonus untuk gol pemain itu amat tinggi atas kontraknya. SetrlSe menjaringkan tiga gol ataupun hat trick dalam perlawanan menentang Arsenal pada awal pagi tadi, Roberto Firmino dilaporkan bakal menerima habuan bonus sebanyak £135,000 ataupun RM712,566. Menurut Mirror UK, berdasarkan laporan sulit bola sepak “The […]

‘Rock and Roll’ – Lagenda Barcelona Lontar Pujian Kepada Liverpool Setelah Kalahkan Arsenal

Lagenda yang merupakan pemain pertahanan ini, Carles Puyol telah memuji Liverpool, selepas menang penuh bergaya keatas Arsenal di Anfield. The Reds mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan 9 mata lebih, selepas hatrik dari Roberto Firmino membantu Reds mengalahkan Arsenal 5-1. Pasukan Klopp sebelum ini, telahpun memperoleh pujian demi pujian dari seluruh […]

Klopp Hampir ‘Menitiskan Airmata’ Ketika Salah Membenarkan Firmino Mengambil Penalti

Roberto Firmino membuat hatrik, dalam kemenangan 5-1 Liverpool keatas Arsenal di Anfield, dan Jurgen Klopp memuji tindakan Mohamed Salah itu sebagai sesuatu yang sangat baik. Jurgen Klopp berkata, yang dia hampir-hampir nak ‘menitiskan airmata’, sebak sangat beliau rasa dimasa Mohamed Salah membiarkan Roberto Firmino mengambil penalti kedua Liverpool, bagi menyempurnakan hatriknya pada pertembungan vs Arsenal […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: