Diskusi : Ada Peminat Hanya Kenal Sadio Mane Daripada Youtube

Disebabkan banyak sangat cerita tentang Philippe Coutinho yang tidak berakhirnya.

Memecah hening petang dalam sembang group WhatsApp LMReds 2, muncul Satu artikel yang santai tetapi padu.

Sebelum perlawanan menentang Crystal Palace, & secara santainya, termasuk menaikkan semangat, saya ingin ubah topik.

Dan pada kali ini, saya ingin ceritakan tentang “permata hitam Liverpool” iaitu Sadio Mane.

Ketibaan pemain berusia 25 tahun ini ke Liverpool sebenarnya disambut biasa-biasa sahaja oleh kebanyakan peminat Liverpool.

Pada asasnya, kumpulan Liverpool terbahagi dalam 4 kumpulan besar ketika itu.

GOLONGAN PERTAMA – PEMINAT GEMBIRA

Kumpulan yang gembira kerana dengan Sadio Mane berpindah ke Liverpool.

Mereka sebenarnya mengetahui bahawa Sadio Mane ini sangat bagus. Ada yang mengatakan gerakan Sadio bijak & ditambah kelajuannya yang memukau di Red Bulls Salzburg Dan Southampton.

Sadio Mane telah jaringkan 70 gol dalam 4 musim dalam kedua-dua kelab tersebut.

GOLONGAN KEDUA – PEMINAT “RASA BIASA”

Kumpulan yang biasa sahaja. Peminat ini rasakan Sadio Mane tidak konsisten.

Rata-rata mereka mengetahui “kepoweran” Sadio Mane, tetapi menyatakan bahawa prestasi Sadio Mane tidak konsisten.

Terutama perbincangan yang utama adalah ketika Sadio Mane berpindah di Southampton, apabila tidak menjaringkan sebarang gol dalam masa 3 bulan atau sekurang-kurangnya 12 perlawanan

GOLONGAN KETIGA – PEMINAT BOSAN

Mana tidaknya, Southampton telah menjadi pasukan “tidak rasmi akademi Liverpool”.

Sudah 3 musim sebelum itu, Liverpool membeli pemain daripada Southampton. Ianya dilakukan secara berturut-turut.

Nama-nama seperti Nathaline Clyne, Adam Lallana, Dejan Lovren Dan Adam Lambert mengundang “rasa bosan”.

Seolah-olah, tiada lagi pemain daripada pasukan lain yang perlu dibeli.

GOLONGAN KEEMPAT – FAN KELIRU, TETAPI LIHAT YOUTUBE.

Saya adalah dari golongan ini juga. Pada awalnya tidak mempunyai sebarang idea tentang Sadio Mane.

Setelah melihat YouTube, akhirnya mungkin berpuas hati.

Pada asalnya, golongan ini tidak begitu kisah tentang khabar angin tentang Sadio Mane.

Yang hanya diketahui, layan YouTube bertajuk, “Sadio Mane : Goals & Skills”.

Keempat-empat golongan ini sebenarnya tidak salah sama sekali.

Setelah Sadio Mane berpindah ke Liverpool, Mane buktikan bahawa pembeliannya adalah berbaloi.

Dengan jentera serangan Jurgen Klopp yang tumpul selepas pemergian Raheem Sterling dan Luis Suarez, ditambah “kekacaan” Daniel Sturridge.

Sadio Mane membawa impak segera yang dinantikan oleh peminat Liverpool sebenarnya.

Bagi saya, dalam banyak-banyak pembelian FSG, Sadio Mane memberi impak yang segera.

Sadio Mane jugalah Kunci kepada kecemerlangan beberapa pemain lain seperti Philippe Coutinho, Adam Lallana & Roberto Firmino.

Tidak ramai pemain Liverpool yang mampu lakukan apa yang Sadio Mane lakukan dalam pasukan.

Gelecek pemain dan jaringkan gol. Jika masih ingat kepada debut Sadio Mane, perlawanan pembukaan musim lepas, Sadio Mane melepasi kawalan 2 pemain Arsenal & jaringkan gol.

Saya merasakan Sadio Mane ada ciri-ciri yang ada pada Luis Suarez.

Kesungguhan dan keghairahan yang sudah lama hilang dalam pasukan ini sebenarnya.

CIRI JUARA

Keghairahan dan kesungguhan ini saya lihat sebagai ciri penting untuk membangkitkan semangat pasukan.

Secara peribadinya, saya seronok melihat kesungguhan Luis Suarez, bagaimana pemain ini meraikan golnya, ianya memberikan Satu semangat.

Sesiapa yang patahkan semangatnya, pasti Suarez akan “gigit”Kan.

PRESTASI MISIM INI

Musim 2017/18, Sadio Mane bermula dengan baik Dan jaringkan gol menentang Watford. Ini dilakukan ketika pasukan bermain dengan tidak baik.

Ketika menetang Hoffenheim, larian Mane sebabkan sepakan percuma Dan akhirnya Arnold Trent jaringkan gol dalam debut Eropah, impiannya. Sadio Mane membuatkan pemain Hoffenheim seperti mengejar “bayangan gurauan”.

Kita dapat lihat Sadio Mane tidak ambil Masa yang banyak untuk sesuaikan diri dalam pasukan. Dalam musim “debut”nya pun, telah memberi impak yang besar.

Sehinggalah Sadio Mane cedera, semua barisan serangan menjadi “huru-hara”.

Ketika ini Sadio Mane baru sahaja pulih, & dalam masa yang sama, terpaksa ditukarkan posisinya dengan Mo Salah pula.

Betapa anda dapat melihat Mane tidak memerlukan Masa yang lama bukan?

Masa untuk adaptasi daripada kecederaan dan bertukar posisi sekaligus.

Pemain ini telah jaringkan gol dalam dalam setiap 124 minit di Liverpool. Bermaksud Satu gol dalam 1 1/2 perlawanan atau 2 gol dalam 3 perlawanan.

Dalam msa yang sama cipta 5 gol pada musim lepas.

Bagi saya satu “kedasyatan” kepada pemain ini.

Bagi saya, sistem Liverpool masih boleh berfungsi Tanpa Coutinho. Tetapi sisyem ini akan mati Dan gagal tanpa Mane.

Sadio Mane adalah tidak ternilai. Dan harapkan Liverpool boleh berikan kontrak baru.

Apa yang merisaukan adalah Bayern mencari pengganti Robben dan Ribery. Manakala Real Madrid mencari pengganti Ronaldo dan Bale.

Liverpool perlu lakukan segalanya untuk kekalkan Mane.

Benarlah kata pujangga Melayu, hitam-hitam Si Tampuk Manggis, sungguh pun hitan, isinya manis

Sampai sini sahaja ambil Masa tuan-tuan & puan-puan membaca.

Saya minta diri dahulu. Dan moga Liverpool menang malam ini.

Come on you reds!! YNWA!!

Artikel ini ditulis dalam group WhatsApp LMReds 2.

Diedit semula oleh Mohd Zahari

Related posts