Liverpool berjaya mendapatkan Tony Gallacher, pemain pertahanan yang bermain untuk Falkirk iaitu salah satu kelab di Skotland dengan yuran sebanyak £200,000.

Pemain berusia 18 tahun ini menjalani percubaan di Kirkby pada awal bulan ini dan kagum kerana Reds bertindak cepat untuk mendapatkannya secara kekal di Kirkby.

Gallacher akan beraksi bersama Neil Critchley berbanding pasukan senior yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp di Melwood dan terlihat sebagai salah satu potensi masa hadapan.

Pemain remaja kebangsaan Skotland tersebut sebelum ini menarik perhatian Manchester United dan Stoke City.

Gallacher membuat penampilan senior pertama untuk Falkirk dalam Scottish Cup ketika menentang Fraserburgh ketika dia hanya berumur 16 tahun pada November 2015.

Dia seterusnya terus melakukan 26 penampilan untuk pasukan utama dalam saingan Scottish Championship.

Gallacher kini bole beraksi buat kali pertama untuk pasukan Liverpool B-23 pada perlawanan menentang Derby County Ahad ini di Prenton Park.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo