Trivia – AS Roma vs Liverpool

Debaran kian terasa menjelang perlawanan pagi ini di mana kita akan bertandang ke Rome untuk aksi timbal balik separuh akhir kedua Liga Juara-juara Eropah, dengan bekalan 5-2. Berikut merupakan beberapa trivia perlawanan menjelang kunjungan ke ibu kota Itali itu.

  • AS Roma hanya menang sekali dalam 5 pertemuan terakhir bertemu Liverpool pada 2001, dengan The Reds menang 3 daripadanya dan 1 lagi seri.
  • Liverpool tidak pernah tewas di Stadium Olimpico, kubu kuat pasukan Roma (dengan perlawanan pertama adalah ketika final 1984 – Liverpool menang 4-2 menerusi sepakan penalti.
  • AS Roma telah mencatatkan 3 jaringan dan ke atas dalam 8 perlawanan (untuk semua kejohanan), di mana 3 daripadanya terhasil dalam 6 perlawanan terakhir.
  • ‘Giallorossi’ tidak pernah bolos di tempat sendiri musim ini dalam Liga Juara-juara, melibatkan Barcelona, Chelsea serta Atletico Madrid.
  • AS Roma hanya dibolosi 18 gol dalam saingan Seria A musim ini, dan mencatat 5 ‘clean sheet’ di Stadium Olimpico

  • Liverpool pula telah mencetak 38 gol dalam 11 perlawanan Liga Juara-juara musim ini, dengan hanya gagal menjaringkan gol sekali sahaja ketika bertemu FC Porto di Anfield.
  • Untuk rekod, Liverpool tidak pernah tersingkir dari saingan kalah mati di Eropah selepas mendahului dengan aggregat 3 gol, yang sebenarnya telah dilakukan sebanyak 21 kali.
  • Liverpool tidak tewas dalam 6 perlawanan untuk semua kejohanan, dengan memenangi 5 daripadanya.
  • Daripada 49 aksi kalah mati yang bermula di laman sendiri, The Reds telah layak ke pusingan seterusnya sebanyak 38 kali.
  • Kali terakhir Liverpool dibolosi sebanyak 3 gol adalah ketika kekalahan kepada West Brom dalam saingan Piala FA Januari lalu.
  • Liverpool juga hanya dibolosi sebanyak 3 kali dalam 36 perlawanan peringkat Eropah di tempat lawan. Rekod yang agak baik.
  • Dalam 8 perlawanan terakhir Liga Juara-juara di tempat lawan, Liverpool tidak pernah gagal menjaringkan gol (hanya tewas sekali dalam 13 perlawanan di tempat lawan).
  • Kali terakhir kejohanan ini diwakili oleh setiap satu pasukan dari England, Germany, Italy dan Spain adalah pada 1981 – tahun di mana Liverpool muncul juara menewaskan Real Madrid di Paris. Kemungkinan sejarah untuk bertemu Madrid bakal berulang sekali lagi tahun ini di Kiev.

Sumber : This is Anfield, Wikipedia, The Telegraph

Admin AwanAlonso

Kali terakhir kejohanan ini diwakili oleh setiap satu pasukan dari England, Germany, Italy dan Spain adalah pada 1981 – tahun di mana Liverpool muncul juara menewaskan Real Madrid di Paris. Kemungkinan sejarah untuk bertemu Madrid bakal berulang sekali lagi tahun ini di Kiev.

Post Author: Wan LMreds