Wagner Mengharapkan Tuah Bersama Huddersfield Disamping Guna Kelebihan Laman Sendiri Kalahkan Liverpool

Ketua jurulatih pasukan Huddersfield, David Wagner menyampaikan sedikit penerangan dalam sidang media pra perlawanan, menjelang perlawanan Liga Perdana tengah malam ini menentang LFC.

Jelasnya, beliau berasa yakin untuk menghadapi perlawanan vs Liverpool nanti, berdasarkan kepada persembahan yang dipertunjukkan oleh skuadnya sebelum ini. Yang mana, pasukan Huddersfield telah melaksanakan perlawanan secara konsisten sejak beberapa minggu yang lalu.

Dengan berdepan Liverpool nanti, perlawanan yang merupakan tahap seterusnya bagi Huddersfield menghadapi cabaran dalam Premier League musim ini.

Kata Wagner lagi, setiap perlawanan adalah peluang baru, dan menentang Liverpool di laman sendiri, beliau mahu menggunakannya dengan sebaik yang mungkin, walaupun sedar pasukan lawan bukan calang-calang pasukan.

Sekiranya bernasib baik, Wagner pasti yang pasukannya berkesempatan untuk meraih lebih mata. Seandainya pasukan beliau terus bekerja keras, nasib baik akan berpihak kepada mereka. Kerana, dengan prestasi terbaik lagi bijak akan meningkatkan kemajuan.

Wagner juga menjangkakan yang Klopp akan menurunkan kebanyakan pemain utamanya dalam perlawanan tengah malam ini.

Menghadapi Liverpool adalah satu perlawanan yang ditunggu-tunggu Wagner. Yang mana, ini merupakan satu perlawanan khas lagi istimewa bagi Wagner sendiri secara peribadi dan Huddersfield khasnya. Jelas, Liverpool FC adalah sebuah kelab besar untuk Huddersfield hadapi di laman sendiri. Telah banyak yang dilakukan Wagner dan Huddersfield bagi menghadapi pertembungan ini, jadi mereka berhasrat untuk mempersembahkan sesuatu yang luar biasa.

Dengan Liverpool berdepan masalah kecederaan pemain, Huddersfield juga tidak terkecuali.

Klopp ‘Update’ Terkini Kecederaan Keita, Van Dijk, Salah, Mane & Milner

Terdapat tiga pemain yang terkecuali terlibat dalam perlawanan nanti, Tommy Smith (pangkal paha), Terence Kongolo (‘hamstring’) dan Danny Williams (lutut). Manakala Isaac Mbenza masih belum ditentukan penglibatan beliau, dan untuk Ramadan Sobhi, beliau telah kembali menjalani latihan, namun tetap perlukan penilaian terakhir berdasarkan bagaimana dia melalui sesi latihan.

Kesempatan bermain di laman sendiri, dengan disaksikan ramai penyokong, Wagner andaikan menjadi satu kelebihan buat pasukannya menghadapi Liverpool.

Kini, tumpuan mereka terarah kepada Liverpool. Dengan membuat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi pertembungan ini. Wagner mengharapkan pasukannya bersatu hati dan tenaga dalam menunjukkan semangat dan keinginan untuk bersedia menghadapi cabaran ini.

Dengan matlamat mereka, berjuang demi untuk kekal di Liga Perdana, Wagner juga merasakan yang pasukannya sebuah pasukan berdaya saing, walaupun tidak mempunyai permulaan yang terbaik, pasukannya berupaya untuk memberi saingan sengit kepada pasukan lawan.

Philip A Billing telah menjalani rawatan dengan jurulatih pemulihan Huddersfield. Menurut Wagner, pemain itu juga telah mula berlatih dengan pasukan utama. Segala tanda awal menjalani latihan adalah positif, dan Wagner mengharapkan dia akan menjadi lebih baik selepas itu.

Harapan terakhir Wagner menjelang perlawanan vs Liverpool nanti, agar Huddersfield akan beraksi dengan sebaik mungkin, juga semoga tuah bersama pasukannya, disamping stadium di meriahkan dengan suasana yang luar biasa hebat daripada para penyokong mereka.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Huddersfield Town

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds