5 Klausa “Merepek” Barcelona Dalam Tawaran £ 118 Juta Untuk Coutinho

Kecoh sebenarnya dunia bola sepak buat seketika apabila Barcelona telah melakukan bidaan sebanyak £ 118 juta kepada Liverpool untuk dapatkan Philippe Coutinho.

Jika Tawaran in diterima, maka Philippe Coutinho akan menjadi pemain kedua termahal di dunia sehingga tempoh 2017 sekurang-kurangnya.

Iany juga bakal melenyapkan rekod £ 89 juta Paul Pogba daripada Juventus ke Man Utd.

Namun sebenarnya keikhlasan “Tawaran” tersebut, bolehlh dipertikaikan. Dan tawarannya seolah-olah “memperbudakkan” Philippe Coutinho Dan Liverpool sekaligus.

Menurut Mirror, tawaran asas yang tetap until jumlah want adalah sekitar £ 82.1 juta. Selebihnya, sekitar £ 36.5 juta adalah klausa tambahan tertakluk kepada prestasi pemain Brazil itu di Sepanyol, peringkat Eropah Dan dunia.

Utk pembayaran £82.1 juta, ianya distruktur untuk pembayaran dalam tempoh 5 tahun. Agak normal untuk pembayaran dilakukan dalam tempoh yang sedikit lama. Sebagai contoh, pembayaran yuran perpindahan Luis Suarez dilakukan dalam masa maksima 3 tahun.

Bagi pembayaran hingga maksima 5 tahun, itu adalah tidak masuk akal tatkala Barcelona turut menerima bayaran daripada PSG untuk Neymar hampir 200 juta, hampir 2 Kali ganda daripada yang ditawarkan kepada Liverpool.

Di sini adalah stipulasi pembayaran klausa yang dicadangkan oleh Barcelona untuk yuran perpindahan Coutinho sekitar £ 36 juta.

  • Coutinho menang pelbagai Trofi dalam Satu musim.
  • Coutinho menang Liga Juara Eropah beberapa musim.
  • Coutinho menang Ballon d’Or selaku Pemain Terbaik Dunia.
  • Pembayaran 80 juta pound distruktur dalam 5 tahun.

Adakah Liverpool terlalu naif untuk menerima Tawaran in?

Melalui Gullem Balague, Scouser yang pakar dalam perpindahan La Liga menyatakan bahawa Barcelona turut memberi “Masa terakhir” untuk Liverpool menerima bidaan. Jika tidak, Barcelona tidak akan datang semula untuk tawarkan kepada Liverpool.

Di kala Liverpool menyatakan tidak mahu menjual, adakah situasi ini berbeza dengan ugutan ini?

Sekiranya tiada sebarang bidaan, Coutinho harus mempersiapkan mental dan fizikalnya untuk bergabung semula dengan Liverpool walaupun telah melakukan “transfer request”.

Buat masa sekrang, tiada indikator yang mengatakan Liverpool akan Dijual.

Kredit : Liverpoolmalaysianreds.com

Related posts