5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai AS Roma

Menjelang perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah bertemu kelab dari kota Rome ini, berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai bekas pasukan Mo Salah ini.

‘High defensive line’

Pertahanan Roma menunjukkan peningkatan yang ketara musim ini. Walaupun kehilangan Francesco Totti yang bersara musim lepas, pasukan ini berjaya mengukuhkan keseimbangan dan semangat berpasukan. Roma kekal konsisten dalam setiap perlawanan, berjaya mengekalkan ‘clean sheet’ walaupun ketika bertemu pasukan bercorak menyerang.

Lihat saja pada aksi kedua suku akhir ketika bertemu Barcelona, di mana Roma mampu bangkit walaupun ketinggalan 1-4 secara aggregat selepas tewas di Camp Nou. ‘Pressing’ yang aggresif serta sokongan dari ‘high defensive line’ inilah yang membolehkan ‘The Giallorossi’ menjaringkan tiga gol ketika Barcelona tercari-cari rentak permainan. Sesuatu yang perlu dieksploitasi oleh kepantasan Salah, Mane, Firmino dan Ox.

Statistik juga menunjukkan Roma adalah pasukan yang bagus dalam mematahkan gerakan lawan, di mana mereka hanya tewas kepada Juventus dan Napoli, dari segi hantaran atau gerakan yang dicipta oleh pihak lawan dalam kawasan mereka sendiri. Ini bermakna, bukan mudah untuk mencipta peluang jaringan bertemu mereka.

Kita berkemampuan menguji ‘high line’ ini, kelajuan dengan Salah dan Mane ketika serangan balas. Sekiranya kita berjaya mendapat situasi satu lawan satu, peluang untuk menjaringkan gol lebih cerah.

‘Sweeping Allison’

Yang pasti, salah satu cara untuk mengatasi blok pertahanan Roma ini adalah dengan gerakan ‘long ball’ mengatasi kawalan mereka. Namun harus diingat bahawa Roma memiliki seorang penjaga gol yang mempunyai kemahiran ‘Sweeping Goalkeeper’, salah satu ciri-ciri yang diminati Klopp. Uniknya, Allison mengatasi penjaga gol hebat Man City, Ederson untuk menjadi penjaga gawang no 1 Brazil.

Selain tindakan refleks yang mengagumkan, beliau sering terlibat dalam gerakan serangan pasukan dan pantas keluar dari posisi untuk mematahkan serangan lawan. Walaupun pada awal musim ini beliau dijangka bolos lebih kurang 34 gol berdasarkan  persembahan musim lepas, beliau kini hanya bolos 27 gol.

‘Tactician Di Francesco’

Eusebio di Francesco memiliki kredibiliti cemerlang ketika di Sassuolo, dengan mengemudi kelab itu dari Serie B hingga ke Liga Europa dengan corak permainan menghiburkan. Beliau bukan asing lagi buat Roma, dengan beraksi lebih 100 kali buat Giallorossi dan memenangi Scudetto bersama mereka pada 2001.

Semenjak mengambil alih dari Luciano Spalleti, beliau mengubah Roma menjadi pasukan menyerang dan bertahan secara kolektif. Kebolehannya mengubah formasi dari 4-3-3 kepada 3-5-2 ketika bertemu Barcelona membuka mata pengkritik, dan sudah tentu ‘high-pressing’ yang merencatkan gerakan Messi dan rakan-rakan. Tidak mengejutkan beliau antara calon pilihan menggantikan Antonio Conte di Chelsea musim depan.

‘Ex EPL’

Optimisnya di atas kertas, Liverpool mampu mengatasi Roma berdasarkan kesebelasan utama (di mana 3 daripada pemain Roma merupakan pemain terbuang Liga Perdana Inggeris). Edin Dzeko, Aleksandar Kolarov dibenarkan untuk meninggalkan Man City manakala Federico Fazio hampir tidak dikenali ketika di Spurs. Namun ketiga-tiga pemain ini memainkan peranan penting dalam skuad Roma ketika ini.

Fazio merupakan pertahanan kental, dengan keagresifan dan kebijaksanaan membaca gerakan lawan walaupun sedikit kurang pantas. Kolarov sememangnya dikenali dengan hantaran silang terbaik selain dari rembatan jarak jauh, manakala Dzeko sentuhan penyudah yang tajam.

Liverpool dikenali sebagai pasukan terbaik yang bermain dengan corak ‘pressing’ di Eropah ketika ini. Kita membuatkan pihak lawan sukar bermain di kawasan tengah, dengan membuat ‘semak’ di bahagian tersebut dan seterusnya menukar gerakan kepada serangan balas. Tetapi dengan kehadiran Dzeko, Roma mampu memanipulasi bahagian tengah ini dan membuat hantaran terus kepadanya, yang memiliki kemahiran ‘hold-up play’ yang baik.

‘Under vs Salah’

Walaupun kemasukan Cengiz Under bergantung kepada formasi Di Franceso, beliau tetap perlu diberi perhatian. Sekiranya formasi 3-5-2 yang menumpaskan Barca digunakan, kemungkinan besar beliau akan bermula di bangku simpanan. Ini merupakan kempen musim pertama beliau bersama Roma, tetapi telah berjaya menjadi salah satu pemain yang menyerlah dalam perlawanan besar. Gol darinya ketika bertemu Shakhtar dan hantaran kepada tandukan Kostas Manolas ketika menumpaskan Barcelona membuktikan pengaruhnya.

Penuh helah dan aggresif, Under mengisi kekosongan yang ditinggalkan Salah musim ini, dan pastinya beliau ingin membuktikan sesuatu dalam perlawanan pagi ini.

Sumber : FourFourTwo

Admin AwanAlonso

Perlawanan bertemu Roma ini sebenarnya lebih mendebarkan berbanding bertemu City, memandangkan Roma mempunyai corak permainan yang sukar dibaca dan dalam prestasi terbaik. Apa2pun, semoga Liverpool berjaya menembusi kubu kebal Roma malam mini.YNWA

Post Author: Wan LMreds