6 Mata Tidak Bermakna Apa-Apa, Dengan Tottenham Pula Ambil Alih Tugas City : Klopp

Liverpool menakhluki puncak Liga Perdana Inggeris diketika ini, tetapi Tottenham lebih dilihat meningkat prestasi mereka di bawah Mauricio Pochettino.

Oleh itu, Klopp menegaskan kelebihan 6 mata ‘gayat’ dipuncak Liga Perdana tidak bermakna apa-apa pada peringkat separuh musim ini.

The Reds secara langsung dilihat telah menjadi pilihan baru yang lebih nyata dalam mendominasi kejuaraan liga musim ini, selepas selesa mengalahkan Newcastle 4-0 dan Manchester City pula kalah 2 kali perlawanan berturut-turut, terbaru kepada Leicester 2-1.

Dua perlawanan seterusnya Liverpool akan menyambut Arsenal ke Anfield, dan kemudian bertandang kelaman City, di mana pasukan Klopp akan tetap kekal menjadi pendahulu liga walaubagaimanapun keputusannya nanti vs Gunners.

Bagi Klopp, kelebihan 6 mata tidak bermakna apa-apa, kerana perlawanan seterusnya adalah menentang Arsenal dan City, ditambah lagi tanpa City pun, Tottenham pula mula ‘mencucuk jarum’ mengambil alih tugas pasukan Pep Guardiola sebelum ini.

Perancangan Klopp dimusim 18/19 menjadi, dengan di sepanjang masa berusaha keras mewujudkan asas bagi sepanjang musim ini. Sekarang bahagian pertama musim telahpun berakhir, kini bermulalah pula episod baru untuk separuh musim terakhir perlawanan bakal menjanjikan persaingan yang lebih sengit.

Klopp sememangnya berjaya mencipta sejarah Liverpool yang tersendiri. Dengan Liverpool kini adalah skuad Reds yang pertama di Liga Perdana berjaya mencipta rekod tanpa kalah bagi separuh musim. Dengan bolos hanya 7 gol.

Dari catatan angka, kelihatannya begitu menarik sekali, namun Klopp sentiasa ingatkan terdapat 19 perlawanan lagi untuk ditempuhi. Dengan vs Arsenal, City, dan Tottenham, seolah inilah masa penentuannya. Masih terlalu jauh untuk Liverpool capai keahirnya, dan hakikat itu umum sendiri sedar.

Keseronokan yang dirasai kini, hanyalah sementara, ianya bukan kekal lagi. Cuma sekelumit rasa ‘bangga’ diri dianugerahkan Allah buat para peminat Liverpool, yang selama ini diuji dengan pelbagai rasa. Nikmatilah rasa gembira ini dengan penuh kesyukuran, mungkin ianya cuma singgah sebentar cuma, mungkin ianya satu perasaan awal buat kita untuk cuba merasai bagaimana rasa yang sebenarnya diakhir musim ini.

Tumpuan harus diberikan Liverpool demi untuk memenangi setiap perlawanan dengan ‘usaha’ lebih giat lagi, sentiasa berada dalam prestasi yang terbaik untuk kekal konsisten, agar visi asal yang sentiasa di ‘doa’ kan bagi mencapai impian dapat dilaksanakan dengan sempurna, seterusnya ‘tawakal’ mengikut kemana ‘Dia’ bawa.

Admin : 

Rasa sebak sangat masa tulis ni .. 😭

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : London Football News

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds