6 Sebab Liga Juara Eropah Begitu Penting Bagi Liverpool

Liverpool akan menentang Hoffenheim awal pagi ini. Paling awal pagi sangat Penting, mungkin sama Penting dengan perlawanan akhir untuk merebut Pingat Emas Sukan Sea dalam acara bola sepak.

Kemenangan di Hoffenheim tidak bermakna jika Liverpool bolos lebih daripada 2 gol dan gagal untuk sekurang-kurangnya seri.

Bagi situasi dimana jika Liverpool bolos hanya 1 gol, Liverpool tetap akan layak walaupun kalah.

Jika lebih daripada 1, Liverpool tidak boleh kalah! Keputusan seri sudah memadai seperti 3-3, 4-4 untuk layak berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

Berbalik kepada perlawanan tadi, saya menggariskan beberapa sebab mengapa pentingnya kemenangan ini. Bolehlah dikatakan kebanyakannya adalah faktor kewangan.

TAMBAHAN DANA KEPADA LIVERPOOL

Berdasarkan rekod, pasukan yang layak ke Liga Juara Eropah tetapi terkandas di peringkat kumpulan menerima sekurang-kurangnya 25 juta pada tahun 2014 hingga 2015.

Untuk tahun ini, minimum yang diperolehi berkemungkinan sekitar 35-50 juta.

Ini jumlah yang besar bagi kelab ‘Kecil” seperti Liverpool.

Setiap pasukan yang menang memperolehi sekitar 500,000 – 2 juta sebelum ini.

Ini tidak dikira permintaan tayangan siaran langsung atau pembelian tiket di stadium.

Oleh yang demikian, nilaiannya sangat besar untuk dana terutama untuk pembelian pemain atau kelangsungan pasukan mengekalkan prestasi dari segi kewangan.

Nilaiannya kini seumpama 1 Kali Mo Salah!.

MAMPU MEMBELI & MENARIK MINAT PEMAIN LAIN

Masih terdapat beberapa pemain yang bagus yang Ada dalam pasukan yang tidak layak ke Liga Juara Eropah.

Contohnya, Van Dijk yang kini bersama Southampton.

Ini akan memberi ruang dan peluang kepada Liverpool untuk membeli pemain ini khasnya jika Liverpool memang benar layak ke Liga Juara Eropah.

Setiap pemain di benua Eropah, mahupun semua benua pasti ingin merasai malam perlawanan Liga Juara Eropah dalam hayat kariernya.

Dengan layaknya ke Liga Juara Eropah ini, makin tinggi peluang untuk Liverpool masuk selain pengaruh sejarah atau Jurgen Klopp sendiri.

MEMBINA REPUTASI DI SEANTERO DUNIA

Jika anda tidak dapat membeli pemain sekalipun, reputasi pasukan Liverpool akan meningkat Naik kembali.

Sekurang-kurangnya ia akan membuka mata-mata “bakal-bakal” pemain Liverpool.

Bukan itu sahaja, ianya juga buka potensi kepada “investor” yang baru.

Sebagai contoh, nilai “sponsorship” dengan NB mungkin boleh bertambah sekiranya Liverpool akan kekal di Liga Juara.

Pada sesetengah perjanjian dengan “sponsorship”, ada klausa yang menyatakan, sekiranya Liverpool layak, maka Liverpool akan dibayar “certain of money” atau nilaian “sponsorship” akan terus dinaikkan.

KESETIAN KEPADA KELAB

Untuk pemain yang “biasa” yang kini berada di Liverpool, atau pemain muda atau lebih spesifiknya golongan “pemain yang tidak menerima Tawaran gaji yang besar”, selalunya akan “kekal” lebih lama di Liverpool.

Pemain tidak akan berpindah ke kelab lebih “kecil” atau “gaji lebih murah” atau pasukan yang tiada penglibatannya di Eropah.

Itulah yang dialami oleh Liverpool sejak 2010-2017 kecuali musim 2014/15.

Bagi pemain akademi, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk gapai impianya.

TINGKATKAN HARGA NILAIAN PEMAIN

Pemain datang dan pergi. Itu lumrah yang nyata untuk menyokong sebuah kelab berorientasikan Sukan.

Dengan wujudnya pemain yang bermain di Liga Juara, nescaya secara langsung akan menambahkan koleksi stastiknya. Secara Tidak langsung, ianya akan meningkatkan harga pasaran pemain itu.

Untungnya, ianya beri beberapa “extra money” dengan penjualan pemain itu jika mempunyai pengalaman dan pasukan berada dalam Liga Juara Eropah.

TARIK PEMINAT BARU

Bagi yang mungkin beumur 20-an Dan keatas pastinya anda telah mempunyai kelab pilihan anda.

Namun,untuk adik-adik yang berusia bawah 20 tahun, lebih fokus kepada yang tidak mempunyai kelab, dan lebih spesifik lagi, yang Mahu memilih pasukan kegemarannya tahun ini juga, pasti terkesan untuk memilih Liverpool jika berada di Liga Juara Eropah.

Malam Eropah (pagi waktu Malaysia), adalah waktu paling indah dalam bola sepak sebenarnya.

Walaupun Bola Sepak Piala Dunia atau Piala Negara Eropah adalah kejohanan terbesar di planet ini, namun, pada asasnya Liga Juara Eropahlah yang terbesar saban tahun dan saban musim.

Mungkin dengan kelahiran semulanya Liverpool di Liga Juara Eropah, akan lahir penyokong Liverpool yang baru.

Ditulis oleh : Liverpoolmalaysianreds.com

Sumber : Perlawanan pusingan kedua Playoff Di Antara Liverpool v Hoffenheim.

Related posts