Aaron Ramsey Sahkan Diri Beliau Kekal Di Arsenal – Menjadi Harapan The Gunners

Kemungkinan ia sudah tamat pembelian Liverpool di musim 2018/2019 dengan membawa 4 muka baru Naby Kieta,Tavaress Fabinho , Xherden Shaqiri Dan Alisson Becker untuk memperkuatkan lagi pasukan calon juara EPL 2018/2019 ini.

Dengan harapan ada muka baru lagi yang ingin dilihat di Anfield selepas 4 pemain itu ia tampak seperti mengharapkan Manchester United juara UEFA champions League dengan taktikal “Parking Bus” mereka dan itu adalah sangat mustahil bagi kedua-dua itu.

Pemain yang diharapkan datang ke Anfield adalah pemain bintang Arsenal , Aaron Ramsey yang dianggap sebagai James Milner kedua kerana sikap rajin dan stamina yang tinggi diatas padang.

Namun seperti yang dilaporkan di Instagram “Goals” Ramsey telah turun untuk latihan bersama skuad The Gunners untuk musim ini untuk perlawanan Pembukaan liga England berhadapan Manchester city yang menewaskan mereka pada perlawanan piala dulang dan kini mereka punya peluang kedua untuk membalas dendam.

Ramsey yang menghadapi masalah seperti Daniel Sturridge iaitu masalah kecederaan berulang sangat digemari di Arsenal kerana permainan yang menarik setiap kali beliau di atas padang apatah lagi bila bergabung dengan Mesut Ozil ia akan wujud suasana indah dengan permainan kemas di bahagian tengah.

Ia juga sudah di dikatakan oleh Jurgen Klopp yang beliau tidak bernafsu lagi untuk membawa pemain baru setelah target utama beliau dibahagian tengah Nabil Fekir di halang untuk sertai beliau dalam skuad The Reds kerana masalah sejarah kecederaan yang sangat teruk.

Liverpool bakal berhadapan dengan West ham United di pembukaan liga pada Sabtu ini 8 malam , dan sudah pasti dibahagian tengah itu akan ada pemain baru dengan pembelian 3 orang pemain tengah.

Apa yang di nantikan adalah impak pemain Switzerland, Xherden Sahqiri yang pernah bermain bersama kelab terhebat Jerman Bayern munich untuk membantu bahagian tengah yang tampak kurang corakan taktikal sewaktu pertahanan lawan melakukan taktikal “Parking bus” dan diharapkan beliau boleh lakukan sesuatu Sabtu nanti.

Post Author: D'Azmie LMreds

Blood Is Reds So Don't ask why Me Be Liverpool Fan