Adrien Rabiot Menolak Tawaran Spurs – Menyatakan Kelab Itu Di “Kasta Bawahan”

Beliau menyasarkan kelab yang lebih “tinggi” daripada kelab yang berada di kedudukan ketiga EPL buat masa sekarang.

Dan pemain tengah PSG itu menolak tawaran Spurs di mana dianggap beliau sebagai “rendah tarafnya”.

Menurut sumber ESPN, beliau akan menolak sebarang tawaran dari Spurs dengan Juventus bersedia untuk membawa pemain itu Januari ini.

Kelab itu menyertai Barcelona, Liverpool dan Arsenal dalam persaingan mendapatkan khidmat pemain tersebut yang dijangka meninggalkan PSG lebih awal kerana enggan menyambung kontrak.

Kontrak Rabiot akan berakhir pada musim panas depan namun PSG mahu menjual beliau secepat mungkin daripada kehilangan beliau secara percuma.

Setakat ini Barcelona juga telah menafikan mereka dan pemain itu telah memeterai sebarang perjanjian untuk menyertai kelab tersebut.

ESPN turut mendakwa Pengerusi PSG dan CEO kelab tersebut, Nassier Al Khelaifi turut meluat dengan sikap Rabiot dan mempunyai potensi besar untuk kehilangan pemain asal kelab ini.

Rabiot juga akan tidak dibawa bersama skuad dalam kunjungan ke Qatar,  dan hampir dikeluarkan dalam perancangan Thomas Tuchel sekaligus memungkinkan perpindahan akan berlaku dalam masa beberapa minggu lagi.

ADMIN

Amboi sombongnya ayat dia. Spurs yang ada Harry Kane, Son Heung Min dan Toby Alderwereld pun boleh dia kata kelab “bawahan”.

Bukan kesukaan Klopp kalau perangai macam ni.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman