Alberto Moreno Diragui Akan Diturunkan Ketika ‘Derby’ Setempat Menentang Everton

Alberto moreno masih diragui untuk turun menentang Everton ahad ini selepas cedera ketika beberapa minit terakhir separuh masa pertama perlawanan pagi tadi. 

Bek kiri Liverpool ini terpaksa meninggalkan padang ketika hujung-hujung separuh masa pertama selepas bertembung dengan pemain Spartak Moscow, Roman Zobnin dan digantikan dengan James Milner.

Milner kelihatan menangis ketika meninggalkan padang tetapi Klopp berkata pemain Sepanyol ini mempunyai semangat juang yang tinggi apabila kembali ke bilik persalinan.

Klopp berkata :

“Ia satu situasi yang pelik dan dia seorang lelaki yang kuat.

“Ia satu situasi yang sukar. Jika dia tidak mampu meneruskan perlawanan, anda perlu memyedari bahawa ada sesuatu yang serius sedang berlaku namun ketika berada di bilik rawatan dia dalam keadaan positif. Mungkin tuah buat kami atau dia tidak terlalu serius. Kami sedang mengawasi nya buat masa sekarang.

“Kami memerlukan semua pemain kami pada beberapa minggu akan datang tapi keutamaan pada perlawanan menentan Everton ahad ini.”

Ini adalah kemenangan kedua Liverpool di pentas Liga Juara-Juara Eropah selepas memalukan Maribor dengan jaringan sama pada bulan oktober lalu.

Pada perlawanan berikut menentang Tottenham Hotspur, pasukan Klopp dimalukan dengan jaringan 4-1 dan pada perlawanan di Anfield perlawanan setempat kelak, Klopp berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya semula.

Klopp menambah :

“Ketika ini, kami belajar daripada kesilapan ketika menentang Sevilla di Sepanyol. Kami teruskan pembelajaran kami selepas menentang Maribor ketika kekelahan kepada Tottenham.

“Kami akan lebih bersedia untuk perlawanan ahad ini jika penyokong membantu kami dengan memberi sokongan yang padu untuk kami dan ia akan kelihatan sangat bagus sekali.”

Tidak dinafikan, Liverpool perlukan pemain ke-12 mereka di Anfield kelak bagi membantu memberi motivasi ketika perlawanan getir menentang jiran setempat iaitu Everton.

Admin

Pasukan Liverpool dan penyokong mereka amat memerlukan satu sama lain. Klopp akan lakukan yang terbaik untuk Liverpool bagi mendapatkan sesuatu pada musim ini. Dengan izin tuhan!

Semoga cepat sembuh Alberto Moreno!

You’ll Never Walk Alone!!!

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : Liverpool Echo

Related posts