Alex Oxlade Chamberlain : “Liverpool Masih Mempunyai Pemain Yang Hebat”

Beliau percaya Liverpool tidak terkesan mengenai pemergian Coutinho ke Barcelona baru baru ini.

Coutinho telah meninggalkan Liverpool untuk ke Barcelona dengan yuran perpindahan £142 juta sekaligus meletakkan harapan Top Four Liverpool musim ini dalam keadaan samar samar buat masa sekarang.

Namun Alex Oxlade berpendapat skuad Jurgen Klopp buat masa sekarang cukup besar untuk menampung ketiadaan pemain dari Brazil itu.

Menurut Oxlade :

“Semasa ketiadaan Coutinho dalam sesuatu perlawanan kami tetap bermain dengan baik dan masih mempunyai pemain hebat yang boleh menjaringkan gol – Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino serta pemain lain”.

“Kami boleh menjaringkan gol dan mempunyai kreativiti dalam permainan. Sudah pasti Coutinho memberikan satu nilai tambahbaik dalam pasukan, itu sudah semestinya”.

“Hakikatnya beliau sudah pergi dan kami di sini harus memikirkan apa yang wajar dilakukan untuk menyelesaikan tugasan seterusnya. Saya percaya kepada keupayaan rakan rakan sepasukan dan mereka sudah boleh melupakan hal itu”.

“Saya tidak berfikir ianya akan memberi kesan yang besar buat kami sekarang”.

Liverpool berada di tempat keempat EPL setakat ini dan hanya dipisahkan dengan 3 mata dengan pasukan di tempat ketiga, Manchester United dengan Coutinho merupakan sebahagian pemain utama yang menyumbang dalam permulaan yang baik musim ini.

Walaupun Oxlade percaya Liverpool mampu meneruskan cabaran tanpa Coutinho, beliau juga memberikan kredit buat sumbangan bekas rakan sepasukannya itu.

“Saya tahu mengenai bakat berkelas dunia Coutinho sebelum saya ke sini, dan ketika saya bermain bersama beliau di sini dalam tempoh singkat sememangnya beliau memberikan pengaruh yang besar dalam skuad”.

“Beliau adalah karakter yang cukup besar dalam skuad dan pemain yang diminati penyokong – memang benar. Beliau adalah pemain yang hebat dan beliau melakukan tugas yang penting untuk Liverpool sebelum ini”.

“Bila anda kehilangan pemain seperti Phil, bukan bermakna kelab telah tewas namun sebenarnya anda mahukan pemain terbaik berada di dalam skuad sekarang. Namun itulah bolasepak, itu adalah urusniaga yang kami ceburi. Pemain datang, pemain pergi”.

“Pemain yang hebat akan meninggalkan kelab namun kelab akan membawa pemain hebat yang lain. Anda semestinya kecewa melihat rakan sepasukan meninggalkan kelab – Phil adalah salah seorangnya – namun anda harus mengucapkan selamat berjaya buatnya”.

Liverpool akan menghadapi tugas berat dengan menentang Man City pada hujung minggu ini.

ADMIN

Dengan kehadiran Oxlade Chamberlain dan kembalinya Adam Lallana selepas cedera, Liverpool mampu meneruskan saingan dengan lebih cemerlang selepas ini.

Sumber : Melissa Reddy – Goal.com

Post Author: Mohd Nuruzzaman