Alisson : Faktor Anfield Yang Mempengaruhi Keputusan Saya Untuk Menyertai Liverpool

Penjaga gol Brazil ini akhirnya membuat keputusan menyertai Liverpool dengan rekod perpindahan termahal dunia yang bernilai £65 juta.

Dan Alisson menyatakan suasana di Anfield itu juga membantu beliau untuk membuat keputusan menyertai Liverpool musim ini.

AS Roma dan Liverpool telah bertemu dalam Separuh Akhir UCL 2017 2018, di mana The Reds menumpaskan kelab Itali itu dengan jaringan 5 – 2 sebelum melangkah ke final dengan aggregat 7 – 6.

Alisson juga mendedahkan malam perlawanan itu telah menghantui fikiran beliau walaupun sekali lagi ke Anfield untuk menentang Croatia bersama skuad Brazil sebelum kancah Piala Dunia bermula.

Menurut Alisson menerusi LFC.TV :

“Ya, perlawanan itu memberikan faktor mengapa saya berhijrah ke sini”.

“Jika anda membuat keputusan penting, ia bukan sekadar melibatkan pertukaran kelab sahaja. Sebahagiannya akan mengubah hidup anda, keluarga anda, isteri dan juga anak anak”.

“Saya juga turut menonton perlawanan lain melibatkan Liverpool. Sayabmelihat bagaimana cara pemain di sini bermain mengikut pelan taktikal Klopp”.

“Itu membuatkan saya teruja untuk menjadi sebahagian dari pasukan ini”.

“Selain itu ia merupakan salah satu kelab yang besar, sebahagian pemain melaluinya dengan pelbagai kejuaraan yang dijulang. Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada sejarah di sini, memenangi kejuaraan dan menjadi sebahagian dari projek di sini serta melihat Liverpool kembali menjadi kuasa serantau bolasepak”.

ADMIN

Sampai sekarang beliau tidak dapat melupakan 5 gol yang membolosi beliau di Anfield.

Jangan risau, ianya bukan kesilapan Alisson. Serangan Liverpool yang cukup ampuh ketika itu

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman