Alisson – Liverpool Hanya Fokus Untuk Menang Perlawanan, Tiada Tekanan Lain

(Reuters) – Menurut penjaga gol Alisson, Liverpool tidak mempunyai tekanan tambahan dalam perlumbaan untuk meraih gelaran liga pertama mereka sejak 29 tahun walaupun terdapat kekalahan baru-baru ini yang membolehkan juara Liga Perdana, Manchester City meraih tempat teratas.

Keputusan mengecewakan 1-1 dalam dua perlawanan terakhir mereka menentang Leicester City dan West Ham United telah meninggalkan Liverpool pada 62 mata dan turun satu tangga di belakang City dengan perbezaan gol. (Namun, Liverpool masih berbaki 1 perlawanan berbanding City).

“Tekanan kami (lalui) adalah sama, kami melakukan sesuatu dalam permainan tanpa bimbang tentang apa yang lawan kami lakukan,” kata pemain antarabangsa Brazil, Alisson menjelang pertembungan liga pada hari Sabtu nanti menentang Bournemouth yang berada di tempat ke-10.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, Liverpool, yang berada sembilan mata di depan City pada satu ketika di bulan Disember, tidak begitu yakin dengan kejuaraan musim ini.

“Kami telah menunjukkan pada masa lalu bahawa kami cukup baik dan kami akan terus menunjukkan ini dalam permainan akan datang,” katanya.

“Semua orang mahu memenangi liga ini tetapi di Liverpool, perhatian kami adalah untuk memenangi perlawanan dan tidak ketinggalan mata, kami tidak memikirkan City, kami berfikir tentang diri kami, kami hanya berfikir tentang apa yang boleh kami lakukan dan bagaimana keadaan bergerak ke hadapan.”

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : The Star Malaysia/ITV

Post Author: Wade Wilson