Alisson Mengakui Beliau Sukar Memahami Dialek “Scouse”

Beliau sukar memahami apa yang dituturkan oleh Trent Alexander Arnold, dan begitu juga dialek “Mackem” Henderson, “Glaswegian” Robertson dan juga “Yorkshireman” Milner.

Alisson tiba di Anfield musim panas lepas dan memberikan impak yang cukup mengagumkan.

Namun begitu, beliau mengakui lebih memahami bahasa Inggeris yang dituturkan oleh pemain dari luar Britain berbanding dari dalam Britain sendiri.

Dan beliau juga mengakui bahawa beliau lemah untuk memahami dialek Brummie dan juga Yorkshire.

Menurut Alisson menerusi Daily Star :

“Saya sukar memahami dialek British. Di Brazil, kami terdedah kepada dialek America”.

“Ianya lebih mudah memahami percakapan oleh rakan sepasukan bukan British berbanding dialek orang British sendiri”.

“Saya berharap dapat memperbaiki pemahaman saya selepas ini”.

Beliau mengakui sukar memahami pertuturan dialek. pemain tempatan Liverpool sendiri seperti Trent Alexander Arnold dan juga staf di Melwood.

Selain daripada itu, beliau juga terpaksa menghadapi beberapa dialek lain di sekitar England seperti dialek Brummie dari Daniel Sturridge, dialek Yorkshire oleh James Milner dan dialek Mackem oleh Jordan Henderson.

Ianya belum ditambah lagi dengan dialek pekat Cockney oleh Joe Gomez dan juga Glaswegian Andy Robertson.

Namun begitu, Alisson amat selesa dan gembira di Liverpool bersama isterinya Natalia.

Tambahnya lagi :

“Ianya lebih mudah berhijrah ke England berbanding dari Brazil ke Itali, kerana saya lebih matang menangani situasi ini”.

“Menyertai Liverpool adalah satu langkah yang besar dalam karier saya dan amat gembira di sini”.

ADMIN

Untuk dialek Scouse, anda boleh merujuk temuramah Steven Gerrard dan Jamie Carragher bagaimana cara beliau bercakap. Mereka mempunyai dialek yang cukup pekat.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman