Alisson & VVD Adalah Hero Liverpool, Tetapi Terdapat Seorang ‘Lelaki’ Yang Menjadikan Pasukan Lawan Gentar Berdepan Liverpool

Ya, tidak lain dan tidak bukan, hanya seorang yang bernama Klopp yang bertanggungjawab menjadikan Liverpool begitu ditakuti di seluruh Eropah.

Dengan aksi memberangsangkan dipamerkan pasukan Liverpool di padang, sehingga menjadikan pasukan yang tidak dapat dikalahkan oleh Napoli di Anfield, yang merupakan sebuah pasukan yang namanya juga cukup gah dalam arena bola sepak Eropah.

Persembahan dipersembahkan skuad Reds dengan 100% komitmen, semangat juang yang tinggi, dengan ‘skill’ yang begitu mengagumkan sekali, disamping tahap kecerdasan optimum untuk turun dalam perlawanan, sehingga Liverpool dilihat lagenda Manchester United Rio Ferdinand, sebagai sebuah pasukan yang memiliki kegigihan dalam permainan sehingga tidak ada kecenderungan langsung seumpamanya dalam mana-mana pasukan lain di Eropah, buat masa ini.

Seorang ‘lelaki’ itu, ‘lelaki’ yang bertanggungjawab penuh dalam menjadikan Liverpool sebuah pasukan yang ditakuti, digeruni pasukan lawan di seluruh Eropah, tidak lain dan tidak bukan, beliau seorang pengurus terbaik di Eropah, Jürgen Norbert Klopp.

Rata-rata disukai seluruh peminat Liverpool seantero dunia, dan tidak janggal jika dikatakan disukai rata-rata juga penggemar bola sepak sejagat, seorang yang jujur, dengan berintegriti, semangat beliau cukup mengujakan sekali dalam bola sepak.

Namun, disebalik semua itu, Klopp lebih dihormati berdasarkan kepada kebijaksanaan beliau dalam membawa taktikalnya dengan jenama bola sepak beliau sendiri.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds