Allison Becker Tiada Tekanan Lagi Dengan Hanya 20 Hari Menjadi Yang Termahal

Allison Becker yang dibawa ke Liverpool FC dari As Roma sebagai penjaga gawang gol termahal dunia sudah pasti merasa sedikit gembira mendengar berita di kelab Landon.

Berita yang dikatakan mengembirakan Becker adalah dengan tag harga sebagai penjaga gawang gol termahal sudah berpindah tangan , ia juga membuat fikiran beliau tidak terlalu tertekan lagi dengan status tag harga mahal itu lagi.

Kepa Arrizabalaga 23 tahun telah pun sah menjadi penjaga gawang utama Chelsea dari Atletic Bilbao dengan tag harga 80 juta sebagai penjaga gawang gol termahal dunia selepas Alisson Becker.

Pemain muda Sepanyol itu telah membuat 31 penampilan bersama kelab yang berpangkalan di Sepanyol itu mempamerkan satu permainan yang sangat menarik minat Chelsea , ia tidak lupa juga musim lalu Realmadrid turut menginginkan penjaga gawang itu namun Realmadrid menolak dengan tag harga waktu itu hanya 17 Juta sahaja.

Kepa dikatakan sebagai alternatif terbaik buat menggantikan penjaga gawang gol Chelsea Thibaut Courtois yang bernafsu besar untuk ke Realmadrid kerana itu adalah impian beliau seperti pemain lain selalu katakan.

Dengan berita perpindahan ini ia menjadikan Allison Becker sebagai penjaga gawang kedua termahal dunia dengan 75juta berbanding Kepa yang berharga 80juta.

Ia juga menjadikan Allison Becker hanya 20hari menjadi penjaga gawang termahal dunia dengan Liverpool membeli beliau pada 20/07/2018  , dan ia juga akan mengurangkan sedikit tekanan dimana seperti perlawanan pertama beliau yang tampak gugup dengan hampir melakukan Kesilapan bertemu Napoli dan beliau dibolosi di perlawanan kedua menentang Torino.

Apa yang pasti kesilapan dan kegugupan beliau sewaktu debut pertama beliau tidak terlalu diperkatakan kerana kecemerlangan di bahagian serangan menutup aib beliau sewaktu debut beliau.

Apa yang pasti Alisson akan bermain lebih baik lagi untuk perlawanan pembukaan liga nanti dek kerna tekanan yang beliau hadapi berpindah tangan ke Kepa Arrizabalaga di Chelsea.

Post Author: D'Azmie LMreds

Blood Is Reds So Don't ask why Me Be Liverpool Fan