Amaran Brendan Rogers Buat Liverpool.

Brendan Rodgers memberi amaran kepada Liverpool mengenai satu perkara yang boleh mencabar perlumbaaan gelaran Liga Perdana.

Mantan bos The Reds mendesak bekas pasukannya untuk belajar dari kesilapan lepas mereka pada penghujung musim 2013/2014.

Brendan Rodgers memberi amaran kepada penggantinya, Jurgen Klopp, dengan mendakwa bahawa penantian sekian lama untuk mencapai gelaran tersebut sebenarnya boleh membahayakan peluang mereka untuk memenangi liga musim ini.

Pasukan Liverpool Jurgen Klopp menikmati musim yang luar biasa hingga kini. Mereka meraih 61 mata daripada 24 perlawanan dan mengetuai kedudukan dengan mempunyai jarak lima mata berbanding juara semasa Manchester City.

Perkembangan dan persembahan Liverpool pada musim ini memberi keyakinan tinggi bahawa tahun ini mungkin akan menjadi tahun The Reds menjulang kejuaraan Liga Perdana pertama mereka, dan musim ini membuktikan ini adalah peluang terbaik mereka sejak Rodgers hampir berjaya pada 2014.

Walaupun semakin hampir pada ketika itu tetapi pasukan Rodgers akhirnya terpaksa melupakan gelaran tersebut apabila piala dijulang oleh Manchester City.

Maka bekas bos Liverpool telah memberi amaran kepada The Reds untuk belajar dari kekhilafan pihaknya sendiri, dan mempercayai penantian para peminat supaya keyakinan itu meresap ke dalam persembahan pemain dan membuahkan hasil yang diimpikan.

Bercakap kepada TalkSport, pengurus Celtic itu berkata: “Berbaki empat belas perlawanan, kami sebenarnya memenangi dua belas daripadanya dan seri satu, namun jelas kerugian besar bagi kami adalah permainan melawan Chelsea, yang berakhir dengan Liverpool kehilangan gelaran.

“Ia (Situasi sekarang) adalah satu perkara yang sangat sukar. Ia (Liverpool) adalah kelab yang luar biasa, sokongan asas yang luar biasa, tetapi kerana ia begitu lama [sejak memenangi gelaran], emosi itu dapat memberi kesan.

Admin Kuciwa: Di kala seronok dengan kekalahan Manchester City, Liverpool memilih jalan yang sukar untuk langkah-langkah seterusnya apabila perlawanan menentang Leceiter di Anfield berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Post Author: Wade Wilson