Anak Muda Taat Pada Agama : Atlet Yang Patut Dicontohi

Bahang Piala Malaysia masih lagi dirasai, setelah hampir 3 hari berlalu, dengan Perak diraikan sebagai Juara.

Dalam kemeriahan peminat Perak meraikan kemenangan, peminat Liverpool juga tidak kurang hebatnya, tetap gayat bertakhta dipuncak liga untuk sementara waktu, apabila meraih kemenangan penuh bergaya 4-1 mengalahkan Cardiff City, bagi perlawanan minggu ke-10, hmmm telah pun diambil alih semula City selepas kalahkan Tottenham 1-0. Haishhh !

Ianya lebih manis, sekiranya dalam masa yang sama menjadi peminat Perak yang turut sama menyokong Liverpool FC.

Atas sebab itulah, LMreds dengan keizinan daripada tuan punya artikel asal, mengkongsikan satu nukilan hebat ini. Ianya bukan semata buat peminat Perak, tapi buat seluruh peminat Liverpool seMalaysia.

Suatu tauladan yang patut dicontohi kita semua, terutamanya buat anak muda dalam mengharungi dunia penuh mencabar kini.

KEEPER PERAK YANG HEBAT FIZIKAL DI PADANG DAN HEBAT MENTAL DI LUAR PADANG : CONTOH ATLET YANG PERLU DICONTOHI OLEH ANAK MUDA.

[[ Kepatuhan kepada nilai nilai agama membentuk peribadi anak muda yang lebih baik ]]

Banyak berdoa setiap kali sebelum perlawanan bermula kerana tahu ada “Kuasa” yang lebih besar daripada kehebatan kita di padang yang menentukan rezeki kita. Walaupun hebat atau pandai macam mana pun kita, kita kena berdoa. Baru kita faham inilah yang dimaksudkan kena USAHA main habis mungkin, kena DOA sebelum perlawanan dan kena TAWAKAL berserah selagi ‘game’ belum habis, jangan berputus asa, begitulah juga dalam hidup kita.
Pakaian yang menutup aurat tidak mendedahkan lutut dengan memakai seluar ‘tight’.
Ketaatan kepada Agama bukan halangan kehebatan seseorang diatas padang.

[[ Motivasi diri yang sangat tinggi menghasilkan manusia yang luar biasa hebat ]]

Kecewa dengan kesilapan yang telah di lakukan bermaksud sedar diri akan kesilapan yang telah dilakukan tidak sombong walaupun ‘title’ sebagai penjaga gol kebangsaan.
Mental yang sangat kuat masih boleh memberikan persembahan yang terbaik sewaktu masuk ke masa separuh kedua walaupun sedar ketinggalan dengan pasukan pihak lawan.
Tidak mudah menyalahkan orang lain adalah mentaliti pemain bola sepak antarabangsa kerana bekerja di dalam satu pasukan.
Setiap manusia akan melakukan kesilapan dan kesilapan tersebut ditebus dengan bukan sekadar permohonan maaf malah dibuktikan dengan tindakan dan hasilnya berjaya.

[[ Sepakan penalti? Inilah peluang yang terbaik gunakan kelebihan yang kita ada atas peluang yang ada ! ]]

Rasa memang kepakaran dia sebab sebelum ini waktu dia mewakili Malaysia lawan pasukan Hong Kong ketika ‘game’ kelayakan Piala Asia telah menjadi ‘hero’ dengan menyelamatkan penalti tiang gol Malaysia di saat-saat akhir permainan. Namun keyakinan ketika itu membuatkan dia betul-betul bersungguh dengan mengambil peluang kali kedua dan menggunakan kelebihannya untuk memastikan pihak lawan tidak memenangi sepakan penalti tersebut dan membantu kejuaraan pasukannya.

Ucapan selamat maju jaya kepada Hafizul Hakim untuk ‘next game’ Piala AFF SUZUKI, yang bakal lebih mencabar membawa nama negara Malaysia!

Apa-apa pun ucapan tahniah kepada kedua-dua pasukan dan tahniah kepada keseluruhan pasukan Perak. Banyak perkara rakyat Malaysia dah belajar daripada ‘game’ semalam (Sabtu, 27/10/18). ‘The best final game Piala Malaysia forever’ !

Penyokong Perak TBG
Zulfadzly.Zulkifly
Penceramah Motivasi
Inspire Caliph Training And Consultancy

_______________________________

Demikian kisahnya, tahniah Perak. 💪

Seperti Perak, Liverpool juga terkait rapat dengan inspirasi buat anak muda dalam kepatuhan beragama.

Bercakap tentang agama, Liverpool tidak lari jauh daripada Mane, Salah, Shaqiri dan juga Keita. Mereka merupakan pemain Muslim dalam skuad merah bimbingan Klopp.

Salah sendiri, usah kita pertikaikan akhlaknya, sehinggakan terdapat lagu, ada dikalangan peminat Liverpool bukan Islam begitu tertarik untuk memeluk Islam, hanya kerana berasa kagum dengan bakat bola sepak dan juga peribadinya.

Dimana, Salah sering menarik perhatian umum dengan aksinya bersujud syukur di padang.

Itulah cara beliau meraikan jaringan golnya. Beliau akan bermula dengan memandang ke langit dan menunjuk ke atas, sebelum sujud di atas padang sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t.

Dan, sujud syukur juga merupakan salah satu unsur dakwah, secara tidak langsung memberikan pemahaman kepada peminat bola sepak barat khasnya, tentang erti sujud dalam Islam.

Mane sendiri, seorang anak kepada Imam salah satu kampung di Senegal. Anak yang taat dan patuh pada ajaran Islam sebenar, langsung tidak pernah menyentuh arak.

Sadio Mane : Saya Tidak Pernah Pegang Alkohol & Tetap Solat 5 Waktu

Permintaan pertama kali datang ke Anfield adalah untuk Liverpool menyediakan keperluan peribadinya, seperti sebuah surau dan juga chef khas untuk beliau. Begitu menitikberatkan pemakanan beliau.

Ingat lagi, selepas menjaringkan gol ketika Liverpool mengalahkan Leicester City 2-1 pada perlawanan minggu ke-4 PL.

Sebaik tamat perlawanan, Mane telah mensucikan hati beliau dari segala rasa riak, dengan merendahkan diri menyuci tandas di sebuah masjid.

Begitu juga dengan Keita, dalam masa berteka-teki akan kehadirannya ke Liverpool pada 16/17, akhirnya perjanjian diikat dengan kedatangan Keita ke Anfield pada Julai 2018, setelah semusim memendam perasaan.

Liverpool Tidak Abaikan Kewajipan Pemain Muslim

Seperti Mane, permintaan peribadi Keita sebagai seorang Muslim juga tidak sukar untuk Liverpool penuhi.

Demikian, serba sedikit atlet yang taat pada agama, yang boleh dijadikan inspirasi buat anak muda. Usaha, berdoa seterusnya tawakal. Itu pegangan kita. 💪

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : FB Zulfadzly. Zulkifly | LMreds

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds