Analisa : 6 Pasukan Yang Bakal Diundi Menentang Liverpool Dalam Liga Juara Eropah

Liverpool telah melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah pada musim 2017/18 setelah menjadi juara kumpulan E pada musim ini.

Secara congakannya, pasukan dalam juara kumpulan akan bertembung dengan Naib Juara Kumpulan masing-masing.

Dalam peraturan undian untuk pusingan 16 pasukan terbaik, UEFA menetapkan bahawa pasukan daripada negara yang sama tidak boleh dipertemukan dalam pusingan ini. Kelab daripada negara yang sama hanya boleh dipertemukan dalam peringkat Suku Akhir nanti.

Oleh yang demikian, daripada 8 pasukan Naib Juara, Liverpool hanya akan dipertemukan dengan 7 pasukan Naib Juara daripada kumpulan lain kecuali Sevilla daripada kumpulan E.

Daripada 7 pasukan itu, Chelsea satu-satunya kelab yang berada di tangga kedua dalam kumpulannya dan Liverpool ‘dihalang’ untuk bertemu dengan pasukan ini berdasarkan peraturan yang telah dimaklumkan tadi.

Oleh yang demikian, Liverpool hanya akan menentang 6 pasukan yang berada di tempat kedua kumpulan masing-masing. Pasukan itu adalah:

  • FC Basel
  • Bayern Munich FC
  • Porto FC
  • Real Madrid
  • Shaktar Donestk
  • Juventus

Prestasi Liverpool adalah seperti berikut:

Juara Kumpulan E: Liverpool (ENG)

  • Boleh diundi: Basel, Bayern, Juventus, Shakhtar, Porto, Real Madrid
  • Prestasi : W3 D3 L0 F23 A6
  • Penjaring Terbanyak: Roberto Firmino (6)
  • Musim Lepas: N/A
  • Pencapaian Terbaik:Juara x5 (1977, 1978, 1981, 1984, 2005)

Mari kita lihat pasukan yang bakal dihadapi oleh Liverpool dalam peringkat kalah mati nanti.

Naib Johan Kumpulan A: FC Basel (SUI)

FC Basel adalah pasukan kedua dalam Kumpulan A bersama dengan Man Utd. Dalam peringkat kumpulan, Basel telah tewas sebanyak 2 kali iaitu menentang Man Utd dan CSKA Moscow.

Pasukan ini turut memenangi perlawanan menentang Man Utd dalam perlawanan kelima dengan jaringan 1-0.

  • Boleh diundi: Paris, Roma, Barcelona, Liverpool, Manchester City, Beşiktaş, Tottenham Hotspur
  • Prestasi Pasukan: W4 D0 L2 F11 A5
  • Penjaring Terbanyak: Dmitri Oberlin (4)
  • Musim lepas: group stage
  • Rekod Terbaik: quarter-finals (1974)

Dalam prestasi FC Basel di Liga Super League, Switzerland, FC Basel berada di tangga kedua liga dengan 9 kemenangan, 5 seri dan 3 kekalahan daripada 17 perlawanan. Dalam 6 perlawanan lepas untuk semua kejohanan, FC Basel memenangi semua perlawanan.

Untuk rekod menentang Liverpool sebelum ini, Liverpool pernah diletakkan dalam kumpulan yang sama pada musim 2002/03 & 2014/15. Malangnya daripada 4 perlawanan, Liverpool tidak pernah menang dan kalah sebanyak 1 kali, selebihnya, 3 kali seri.

Naib Juara Kumpulan B: Bayern München (GER)

Bayern Munich berada di tempat kedua dibelakang Paris Saint Germain. Pada asasnya, Bayern dan PSG mengumpul mata yang sama hasil daripada 5 kemenangan dan masing-masing tewas 1 perlawanan.

Kelebihan di rekod ‘head to head’ membolehkan PSG berada di puncak kumpulan. Prestasi Bayern Munich adalah seperti berikut di Liga Perdana Inggeris:

  • Boleh Diundi: Manchester United, Roma, Barcelona, Liverpool, Manchester City, Beşiktaş,
  • Tottenham Hotspur
  • Prestasi: W5 D0 L1 F13 A6
  • Penjaring Terbanyak: Robert Lewandowski, Corentin Tolisso (3)
  • Musim Lepas: quarter-finals
  • Pencapaian Terbaik: winners x 5 (1974, 1975, 1976, 2001, 2013)

Bayern kini berada di puncak Bundesliga dengan 10 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan.  Bayern hanya tewas 1 kali dalam 6 perlawanan terakhir sebelum ini.

Mengikut rekod Liverpool pernah bertemu dengan Bayern sebanyak 6 kali. Liverpool hanya tewas sekali di tangan Bayern pada tahun 1971. Selebihnya, Liverpool memenangi 2 perlawanan dan seri 3 perlawanan.

Kali terakhir Liverpool dan Bayern bertemu dalam perlawanan kompetitif Eropah adalah pada tahun 2001 di mana Liverpool memenangi Super Cup pada musim tersebut.

Naib Johan D: Juventus (ITA)

Juventus berada dalam satu kumpulan dengan Barcelona yang menjadi juara kumpulan tersebut. Walaupun begitu, Juventus hanya tewas 1 perlawanan sahaja dalam 6 perlawanan.

  • Boleh diundi: Manchester United, Paris, Liverpool, Manchester City, Beşiktaş, Tottenham Hotspur
  • Prestasi: W3 D2 L1 F7 A5
  • Penjaring Terbanyak: Gonzalo Higuaín, Mario Mandžukić (2)
  • Musim Lepas: runners-up
  • Rekod Terbaik: winners x 2 (1995, 1996)

Juventus kini berada di tangga ke3 Serie A, dengan 10 kemenangan 2 seri dan 1 kekalahan serta 37 mata, Hanya berbeza 2 mata dengan pendahulu, Inter dan 1 mata berbeza dengan Napoli di tempat kedua.

Mengikut prestasi semasa, Juventus hanya 1 kalah 6 perlawanan terakhir sebelum ini.

Rekod pertemuan menentang Juventus adalah 3 kekalahan, 1 seri dan 2 menang dalam 6 pertemuan. Juventus pernah dipertemukan dalam Liga Juara Eropah pada peringkat Suku Akhir Road To Instabul di peringkat Suku Akhir. Itu adalah pertemuan yang terakhir bagi Liverpool dan Juventus.

Naib Johan Kumpulan F: Shakhtar Donetsk (UKR)

Bersama Man City dan berjaya membuat kejutan kepada pasukan Napoli yang lebih cenderung untuk layak secara atas kertas. Pasukan ini berjaya mengejutkan Napoli dalam perlawanan pertama dan menewaskan Man City dalam perlawanan terakhir walaupun telah tewas dalam perlawanan timbal balik kedua menentang Napoli.

Menjaringkan gol dengan agak minumum dengan 9 gol dan 9 bolos.

  • Boleh diundi: Manchester United, Paris, Roma, Barcelona, Liverpool, Beşiktaş, Tottenham Hotspur
  • Prestasi: W4 D0 L2 F9 A9
  • Penjaring Terbanyak: Bernard (3)
  • Musim lepas: third qualifying round
  • Rekod Terbaik: quarter-finals (2011)

Di liga tempatan, Shaktar mengungguli liganya dengan 13 kemenangan, 3 seri dan 2 kalah dalam 18 perlawanan. Melalui rekod 6 perlawanan terakhir, Shaktar mempunyai 4 kemenangan dan 2 tewas.

Liverpool tidak pernah bertemu dengan Shaktar Donestk sebelum ini.

Naib Johan G: Porto (POR)

Porto bermain bersama RB Leipzig, Monaco & Besiktas. Bolehlah dikatakan ini adalah kumpulan ‘termudah’ kerana tidak memiliki pasukan ‘besar’ dalam kumpulan ini.

Pasukan daripada Portugal ini tewas sebanyak 2 kali, keduanya adalah kepada RB Leipzig dan Besiktas.

  • Boleh diundi: Manchester United, Paris, Roma, Barcelona, Liverpool, Manchester City, Tottenham Hotspur
  • Prestasi: W3 D1 L2 F15 A10
  • Penjaring Terbanyak: Vincent Aboubakar (5)
  • Musim lepas: 16 terbaik
  • Rekod pencapaian terbaik: Juara x 2 (1987, 2004)

Dalam liga tempatan Porto FC berkongsi mata dengan Sporting Lisbon dengan rekod tanpa kalah, 10 kemenangan dan 3 seri. FC Porto juga menang 3 dan seri 3 dalam 6 perlawanan terakhir.

Mengikut rekod, Liverpool pernah menentang Porto sebanyak 4 kali dan tidak pernah tewas. 2 kemenangan dan 2 seri. Perlawanan terakhir adalah pada 2007 ketika Liverpool menang dan melangkah ke perlawanan akhir di Athen dan tewas menentang AC milan

Naib johan H: Real Madrid (ESP)

Tidak pasti bilakah kali terakhir Real Madrid layak ke peringkat kalah mati selaku naib juara. Real Madrid terlalu sinonim dengan Liga Juara Eropah dan merupakan juara bertahan bagi kejuaraan ini setelah menggondol sebanyak 12 kali.

Berada dalam kumpulan ‘maut’ bersama Tottenham Hotspur dan Borrusia Dortmund selain APOEL, Real Madrid dikejutkan dengan prestasi tahap tertinggi pasukan Spurs dan tewas di Wembley. Walaupun begitu, Real Madrid masih meledak 17 gol dan hanya bolos 7 gol serta Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak ketika ini.

  • Boleh diundi: Manchester United, Paris, Roma, Liverpool, Manchester City, Beşiktaş
  • Prestasi : W4 D1 L1 F17 A7
  • Penjaring Terbanyak: Cristiano Ronaldo (9)
  • Musim Lepas: Juara
  • Pencapaian Terbaik: Juara x 12 (1956, 1957, 1958, 1959, 1960, 1966, 1998, 2000, 2002, 2014, 2016, 2017)

Di La Liga, prestasi Real Madrid agak terkebelakang dengan hanya menghuni tempat keempat sahaja dengan 28 mata ( 8 menang, 4 seri & 2 kalah). Perbezaan dengan pendahulu liga, Barcelona adalah 8 mata. Dalam 6 perlawanan, Real Madrid tewas hanya satu perlawanan, manakala selebihnya dengan kemenangan.

Mengikut rekod perlawanan, kali terakhir Liverpool menentang Real Madrid apabila diletakkan dalam satu kumpulan pada kempen Liga Juara Eropah musim 2014/15, dimana kemenangan kepada Real Madrid di kedua-dua venue.

Namun, masih ingat tak lagi bagaimana Liverpool merobek Real Madrid di Anfield 4-1 dengan gol hasil jaringan Dossena? Liverpool menang 3 dan kalah 2 dalam 5 pertemuan sebelum ini.

Kesimpulan

Ringkasan daripada analisa adalah seperti berikut:

Jika mengikut prestasi dalam Liga Juara EropahJuventus, Bayern Munich & Real Madrid adalah pasukan yang kuat yang perlu dielakkan. Shaktar, FC Basel dan FC Porto adalah calon yang lebih baik.

Jika mengikut prestasi dalam semasa Bayern Munich & FC Basel adalah pasukan yang lebih konsisten. Shaktar, FC Basel, Juventus dan FC Porto mempunyai rekod bercampur-campur.

Jika mengikut prestasi liga tempatan: Bayern, Juventus dan Real Madrid adalah calon yang lebih sukar. Kelab di liga sekunder seperti FC Basel, FC Porto dan Shaktar lebih dominan untuk dilawan oleh Liverpool.

Jika dinilai daripada rekod lampau Bayern Munich & Juventus mempunyai rekod yang lebih baik daripada Liverpool dalam pertarungan ‘head to head‘. Selebihnya, ianya lebih cenderung mempunyai rekod bercampur-campur menentang Liverpool.

Pasukan terkuat yang bakal diundi oleh Liverpool : Bayern Munich, Juventus & Real Madrid.

Pasukan lebih ‘lemah’ menentang Liverpool : FC Basel, FC Porto & Shaktar Donestk.

Daripada analisa ini, pasukan manakah yang ingin anda dipertemukan dengan Liverpool dan Mengapa?

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts