Analisa : Apakah Pilihan Yang Ada Buat Jurgen Klopp Setelah Kehilangan Sadio Mane?

“Sumpahan” perlawanan antarabangsa akhirnya menjadi kenyataan.

Sadio Mane tidak akan menyarung jersi Liverpool dalam kesebelasan utama apabila ditimpa masalah hamstring ketika kemenangan Senegal ke atas Cape Verde dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Buat Jurgen Klopp, kecederaan itu seemestinya merunsingkan beliau di kala menjelang perlawanan penting menentang Manchester United di Anfield hujung minggu ini.

Liverpool sangat terdesak mencipta kemenangan untuk mengembalikan semangat yang hilang setelah hanya mencatatkan 1 kemenangan dari 7 perlawanan sebelum ini.

Kehadiran Mane dalam skuad Liverpool semestinya sangat penting. Mengikut statistik, purata gol yang dijaringkan Liverpool semasa pemain itu diturunkan adalah pada angka 2.2 gol berbanding 1.6 gol dicatatkan semasa ketiadaan pemain tersebut.

Persoalan utama, apa yang perlu dilakukan Klopp mengenai situasi tanpa Sadio Mane sekarang?

Serangan pasukan Liverpool sama sekali berubah tanpa kehadiran Sadio Mane. Persembahan pasukan Liverpool menurun setelah Sadio Mane kembali menyertai Senegal untuk Piala Negara Afrika 2017 dan kembali memuncak setelah beliau kembali, terutama ketika menentang Spurs dan Arsenal.

Tetapi Liverpool seperti hilang arah sementara apabila Sadio Mane kembali disisihkan akibat kecederaan lutut pada perlawanan menentang Everton, dan memerlukan masa hingga hari terakhir EPL bagi mengesahkan kelayakan ke play off UCL.

Namun buat masa sekarang Liverpool adalah skuad yang lebih kuat. Kepantasan Mohamad Salah di bahagian sayap bermakna Liverpool tidak perlu meletakkan beban sepenuhnya lagi kepada Sadio Mane buat masa sekarang.

Klopp mempunyai beberapa pilihan untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Sadio Mane. Berikut adalah beberapa pilihan yang mungkin dipertimbangkan oleh Jurgen Klopp :

Meletakkan Coutinho Di Posisi Mane, Dan Menyenaraikan Emre Can Kembali Di Kesebelasan Utama

Ini berkemungkinan menjadi pilihan yang hampir pasti buat Jurgen Klopp ketika menentang Man United.

Coutinho berkemungkinan dialihkan dari posisi tengah kepada sayap kiri, posisi di mana beliau lebih menyerlah dalam beberapa perlawanan musim lepas.

Roberto Firmino berkemungkinan akan menggantikan Daniel Sturridge yang jelas mengalamk kesukaran ketika perlawanan lepas, dan Mo Salah kekal di bahagian sayap kanan.

Emre Can berkemungkinan akan digandingkan semula di bahagian tengah bersama sama Jordan Henderson dan Gini Wijnaldum setelah diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan sebelumnya.

Meletakkan Kepercayaan Kepada Alex Oxlade Chamberlain. 

Ianya musim yang tidak memberangsangkan buat bekas pemain Arsenal ini.

Penyokong masih tertanya tanya apakah nilai £35 juta adalah sesuatu nilai yang logik dibayar oleh Liverpool kepada pemain ini.

 

Alex Oxlade kehilangan keyakinan, dan beliau belum lagi memulakan sebarang perlawanan bersama Liverpool dalam kancah EPL.

Adakah Sabtu ini kita akan menyaksikan Alex Oxlade diberikan peluang oleh Jurgen Klopp untuk diturunkan dalam kesebelasan utama? Dan mengekalkan Coutinho di bahagian tengah seperti yang dilakukan pemain itu dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Mengalihkan Roberto Firmino Ke Bahagian Sayap Kiri

Ianya tidak menghairankan apabila Firmino diletakkan di bangku simpanan di St James Park, beliau tidak beraksi seperti sebelumnya ketika menentang Spartak dan Leicester.

Namun untuk perlawanan penting, Jurgen Klopp merasakan Firmino sentiasa memperoleh ruang dan bermain dengan selesa ketika perlawanan tersebut.

Firmino berkemungkinan besar akan diturunkan untuk menggantikan Sturridge, namun tidak menghairankan jika Klopp menurunkan kedua dua pemain sekaligus dalam perlawanan tersebut. Firmino mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mane, Sturridge di bahagian serangan dan Salah di bahagian kanan.

Isu utamanya hanya Firmino akan menjadi kurang efektif sekiranya diletakkan di bahagian kiri atau kanan, namun itu hanya membenarkan Coutinho bermain semula di bahagian tengah.

Namun persoalan utama buat Liverpool adalah bagaimana keadaan Firmino dan Coutinho selepas tugasan antarabangsa bersama Brazil, dengan perlawanan melibatkan pasukan Brazil di Sao Paolo hanya berakhir tadi.

Bermakna mereka hanya melaporkan diri pada awal pagi Khamis, 48 jam sebelum perlawanan bermula.

Bagaimana Dengan Solanke, Woodburns Dan Milner?

Solanke masih muda namun berpotensi tinggi apabila beliau seringkali menghadirkan ancaman buat lawan ketika kemasukan beliau sebagai pemain gantian.

Ianya satu pertaruhan besar jika Jurgen Klopp mengambil keputusan untuk menyenaraikan pemain muda ini sebagai pemain serangan di mana Firmino di sebelah kiri dan Salah di sebelah kanan.

Woodburns adalah calon seterusnya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mane, tetapi persoalannya adakah beliau mampu menangani tekanan dalam perlawanan sebegini penting?

Dan jika Klopp mahukan pemain yang cergas dan penuh pengalaman, maka James Milner adalah orang di dalam fikirannya. Beliau telah diberikan cuti rehat selama seminggu dan hanya kembali berlatih pada Isnin lepas.

Bekas pemain Manchester City ini akan mengisi tempat Emre Can atau Wijnaldum, jika Klopp melakukan keputusan untuk meletakkan Coutinho di sayap kiri.

ADMIN

Kehilangan Mane selama 6 minggu adalah sesuatu yang sukar, tetapi Liverpool wajib mencari kemenangan dan meneruskan cabaran dalam liga tanpa beliau.

Dan apapun pilihan Jurgen Klopp, adalah terbaik untuk peminat Liverpool semua.

Sumber diubahsuai : James Pearce – Echo

Related posts