Analisa : Bagaimana Prestasi Pasukan Eropah Dalam Kumpulan E Liga Juara Eropah Di Liga Masing-Masing

Minggu ini, Liverpool akan datang ke Russia dan Sevilla akan menerima kehadiran skuad Maribor dalam perlawanan kedua, Liga Juara Eropah pada pertengahan minggu ini.

Skuad Liverpool akan merentasi sekitar 2,000 km daripada England, namun, berkemungkinan berita prestasi Spartak Moscow di liga mungkin memberi input positif.

SPARTAK MOSCOW

Spartak Moscow hanya seri 2-2 dengan pasukan bawahan liga, Anzhi Makhackala yang meneruskan prestasi buruknya di Liga Perdana Rusia ketika ini.

Pasukan ini hilang walaupun mendahului 2-0 pada perlawanan tersebut, termasuk sepakan penalti daripada Luiz Andriano pada perlawanan perlawanan. Pasukan Anzhi berjaya menyamakan kedudukan keduanya dalam separuh masa kedua.

Gol penyamaan hadir daripada Lorenzo Melgarejo dalam minit kecederaan perlawanan.

Skuad Spartak Moscow kini berada di tangga ke 8 liga dengan hanya 1 kemenangan daripada 6 perlawanan.

Spartak Moscow juga seri 1-1 dengan satu lagi pasukan Maribor dalam perlawanan pertama Liga Juara Eropah, Kumpulan E menjadikan keseluruhannya, 1 kemenangan dalam 7 perlawanan.

MARIBOR

Pasukan terakhir dalam Kumpulan E (walaupun semua mata sama dalam kumpulan ini), beraksi baik dalam liga tempatan setelah berjaya melakukan ‘comeback’ daripada ketinggalan 2-1 kepada 3-2.

Skuad ini telah berjaya memenangi perlawanan dalam minit akhir perlawanan menentang pasukan kelapan liga tersebut, Aluminij.

Ketika ini pasukan ini berada di tangga kedua liga SNL yang sama mata dengan pendahulu, dibezakan oleh jumlah perbezaan jaringan.

Perlawanan kedua Liga Juara Eropah akan berlangsung pada awal pagi Rabu, waktu Malaysia nanti.

Ditulis oleh : Mohd Zahari (Bos LMreds)
Untuk : Liverpoolmalaysianreds.com

Related posts