Analisa dan Komentari : Bayern vs Liverpool

Taktikal Liverpool

Liverpool yang turun dengan 4-3-3 dengan line up yang lebih defensive di bahagian midfield dengan menjangkakan tuan rumah akan lebih menyerang dengan gabungan Gini+Milner dan Hendo sebagai sole pivot. Bagaimana pun Hendo cedera di pergelangan kaki di awal permainan dan di ganti dengan Fabinho tetapi formasi dan taktikal masih tidak berubah. Klopp memang bersedia untuk bermain dengan bertahan dan counter attacking. Owen berpendapat yang taktik Klopp jelas untuk bermain counter attack secara direct tanpa melakukan slow build up dari bawah dan melalui bahagian tengah. Mane dan Salah banyak bermain di area half space (saya akan tulis artikel tentang half space ni jika ada kelapangan kerana ianya menarik untuk dikupas).

Niko Kovac

Taktikal Bayern

Bayern turun dengan formasi 4-2-3-1, dengan membuat sedikit perubahan. Rafinha turun menggantikan Kimmich di bahagian pertahanan serta Ribbery menggantikan Kingsley Coman yg diturun pada perlawanan pertama di Anfield. Niko Kovac menyatakan Bayern tidak mahu bina serangan dari tengah kerana dia menjangka Liverpool akan sengaja memancing untuk channel di bahagian tengah dan akan melakukan pressing seterusnya jika merampas bola di bahagian tersebut akan melakukan transition pantas yang mana itu adalah kekuatan Liverpool yang digeruni. Taktik beliau adalah melakukan diagonal ball dengan pantas ke bahagian wide area Ribbery dan Gnabry bagi mewujudkan situasi 1 vs 1 atau 2 vs 1 dengan pertahanan kiri atau kanan Liverpool bagi memerangkap pertahanan kiri dan kanan kerana dia fikir itu akan lebih memberi kelebihan attacking threat.

Lewandowski kecewa dengan taktikal pasukan

Perancangan beliau nampak baik dalam beberapa situasi Trent dan Robertson berada off position tetapi kekurangan dari taktikal itu pula adalah bila hantaran diagonal secara cepat tetapi midfield Bayern lambat atau tidak diberi lesen penuh untuk membantu naik ke area kotak penalti Liverpool jadi secara kuantiti Bayern kalah di situ. Ini turut dinyatakan Lewandowski yang mana beliau tidak berpuas hati dan berasa selalu isolated atau selalu dalam keadaan 1 vs 3, 2 vs 5 dan ini menyukarkan beliau untuk mendapat peluang yang diinginkan. Lewandowski juga berpendapat yang Bayern tidak mengambil lebih risiko dan bertahan terlalu deep serta tidak menyerang dalam kuantiti dan ini menyukarkan beliau. Jelas dari statistik perlawanan yang Bayern hanya melakukan 2 shot on target berbanding Liverpool 6. Lewandowski hanya membuat 29 touches dan hanya memenangi perebutan bola sebanyak 28.6% sahaja.

Klopp ketika ditanya tentang faktor kurangnya serangan dari Bayern dalam perlawanan pagi tadi, beliau juga agak terkejut dan beliau menyatakan mungkin kerana Bayern tidak mahu mengambil risiko terlalu besar kerana sedar kekuatan gerakan Counter attacking Liverpool.

Graeme Souness memuji barisan Midfield

Souness memberi pujian yang tinggi kepada skuad Liverpool semalam kerana mereka turun dengan yakin, bertahan dengan solid dan membuatkan seolah kemenangan rutin. Mane dan Salah banyak membuat larian yang stretched bahagian belakang Bayern. Souness juga memberi penghargaan khas kepada barisan midfield semalam yang nampak solid, bekerja kuat dan dan berjaya menghadkan kemampuan midfield Bayern terutama James Rodriguez yang nampak kecewa dan dikeluarkan di separuh masa ke dua.

Gol Luar biasa Mane

Kita juga bersyukur dengan ketiadaan Kimmich akibat penggantungan semalam memberikan peluang kepada Mane mengacau bahagian yang dijaga Rafinha dan Gol Mane semalam sangat luar biasa dan istimewa sebagaimana kita tahu sepanjang musim ini sentuhan pertama Mane selalunya mengecewakan dan Mane selalu hilang composure di saat genting, tetapi semalam dari sentuhan pertama dan kemudian beliau lob bola ke atas pemain Bayern masuk ke penjuru gol..semuanya dilakukan dengan sempurna….PERFECT!! hinggakan ada satu commentator mengatakan itu adalah genius.

Liverpool semakin dihormati dan digeruni

Walaupun masih ada sebilangan penyokong Liverpool yang pada mulanya berasa sangsi dengan kemampuan line-up yang diturunkan Klopp, beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau tahu apa yang dilakukan dan cukup clear dengan perancangan game play nya. Kita patut berbangga kerana pasukan besar seperti Bayern yang turun semalam berbekalkan keyakinan tinggi dengan kemenangan besar 6 – 0 ke atas Wolfsburg tidak berani mengambil risiko untuk bermain all out attack. Begitu juga Manchester City ketika bertemu Liverpool musim ini terutama di Anfield, Pep terpaksa mengubah strateginya dari terlalu open kepada lebih berhati-hati. Itu semua satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap ancaman yang Liverpool boleh hadirkan kepada team-team besar ini.

Van Dijk Padu

Van Dijk dan Matip semalam beraksi hebat dan wajar dipuji. Matip walau pada awalnya kelihatan agak nervous kemudiannya bertambah yakin dan dapat menangani ancaman serangan daripada Bayern dengan baik. Van Dijk sekali lagi menjadi tembok utuh serta menghadirkan ancaman dalam set piece sejak akhir-akhir ini dengan melakukan tandukan padu yang bukan sahaja menghasilkan gol tetapi meruntuhkan keyakinan dan sisa perjuangan Bayern.

Bring it on

Semua berlaku hebat dan hampir sempurna kecuali sedikit kedukaan dengan kecederaan Captain Hendo. Walau mungkin ada segelintir haters yang rasa gembira, tetapi dalam stage -stage akhir pertandingan kita perlukan semua pemain kita tidak kira yang kita suka atau benci perlu cergas dan bebas kecederaan kerana ini boleh merencatkan percaturan taktikal Klopp. Kita tunggu siapa lawan kita dalam pertembungan seterusnya SUKU AKHIR Champions League.

Post Author: Nazim lmreds