Analisa : Situasi Harus “Lakukan” Dan “Elakkan” Buat Liverpool Untuk Ke Pusingan Kedua UCL

Sudah semestinya, kemenangan ke atas Napoli akan melayakkan Liverpool ke pusingan kalah mati UCL 2019 2020.

Buat masa sekarang, Liverpool berada di kedudukan teratas kumpulan E dengan perbezaan satu mata dengan pasukan Napoli yang mempunyai jarak 5 mata dari Red Bull Salzburg. 

Jika Napoli berjaya mengikat keputusan seri di Anfield manakala Salzburg pula berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Genk maka perlawanan penentuan pasukan mana akan layak ditentukan di Salzburg 2 minggu lagi.

Dan menganggap Napoli boleh mengatasi Genk di perlawanan terakhir, Liverpool harus mengelakkan sebarang kekalahan di Salzburg atau berisiko disingkirkan dari kejohanan. 

Jika Salzburg berjaya mengatasi Liverpool pada perlawanan 2 minggu lagi, kedua dua pasukan akan berakhir dengan jumlah mata yang sama dan akan ditentukan menerusi kriteria berikut :

  • Mata yang dikutip dalam kedua dua perlawanan pasukan;
  • Perbezaan Gol antara dalam kedua dua perlawanan pasukan;
  • Jaringan Gol dalam kedua dua perlawanan pasukan;
  • Jaringan Gol Tempat Lawan kedua dua perlawanan pasukan;

Jika Napoli berjaya meraih 3 mata di Anfield dan Salzburg menang awal pagi esok, maka Liverpool harus mengelakkan kekalahan di Salzburg 2 minggu lagi. 

Namun sekiranya Salzburg gagal menewaskan Genk awal pagi esok, maka Liverpool akan mara ke pusingan kedua tidak kira apa keputusan yang berlaku di Anfield. 

Jika mereka seri dengan Napoli dan berjaya menewaskan Salzburg, maka Liverpool sah akan menjadi juara kumpulan E. 

(Kalau menang kedua dua perlawanan terakhir UCL lagi afdal )

ADMIN

Adakah kali ini Liverpool sekali lagi “memilih jalan susah” untuk layak ke Pusingan Kedua Kalah Mati UCL?

Ataupun nak terus menang dan layak. Segala galanya terpulang buat mereka awal pagi esok. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman