Analisa Statistik : Red Star Belgrade vs Liverpool FC

Bagaimana sebuah pasukan yang memenangi perlawanan dengan jumlah yang besar di halaman sendiri, tumbang dengan lawan yang sama di gelanggang mereka?

Berikut adalah statistik ringkas kedua dua pasukan selepas berakhirnya perlawanan.

Statistik Ringkas Perlawanan. Sumber : Google

Jika dirujuk kepada statistik ringkas ini, adalah cukup menghairankan mengapa Liverpool tumpas dalam perlawanan ini dengan 2 gol margin sedangkan mereka dilihat menguasai perlawanan dengan percubaan (shot) dan penguasaan bola (possession)

Dan saya cuba lihat secara mendalam apakah yang kita boleh perolehi daripada statistik ini.

Shot, Shot On Target and Goal

(Percubaan, percubaan tepat dan gol) 

Bandingkan ratio shot, shot on target dan gol yang diperolehi oleh kedua dua pasukan.

Red Star Belgrade : 10 shot, 4 on target, 2 goal (satu dari set piece) 

Liverpool : 23 shot, 4 on target, 0 goal.

Mengapa Liverpool gagal menjaringkan gol meskipun mempunyai jumlah shot yang agak tinggi?

Cuba kita bandingkan dengan jumlah shot on target dan gol yang diperolehi Liverpool. Adakah ia hampir dengan jumlah shot?

Kita sedia maklum pemain serangan kita masih belum dapat bermain dengan baik dalam taktikal baru musim ini, berdasarkan kenyataan yang Klopp lakukan tempoh hari.

Kenyataan Jurgen Klopp mengenai taktikal baru yang dilakukan musim ini. Sumber : Echo

Baca bahagian “second ball”. Dan sejujurnya mereka masih cuba menyesuaikan diri dalam taktikal baru ini. Dan secara jujurnya, gagal menterjemahkan taktikal ini secara total dalam beberapa perlawanan lepas.

Berbalik kepada Red Star Belgrade, mengapa mereka kurang percubaan, namun percubaan tepat mereka berjaya menghasilkan gol?

Sejurus kekalahan ke atas Liverpool, mereka segera melakukan kerja rumah bagaimana hendak mengatasi Liverpool dalam masa 2 minggu ini.

Salah satu gol mereka awal pagi tadi terhasil menerusi situasi bola mati, iaitu sepakan sudut. Sudah semestinya mereka telah memfokuskan untuk mendapatkan jaringan menerusi situasi tersebut.

Manakala gol kedua adalah menerusi gerakan solo hasil kesilapan hantaran Milner, mengatasi asakan Wijnaldum dan melepaskan rembatan ke gol.

Bagaimana saya membuktikan ada pemain melakukan kesilapan?

Penerangan statistik mengenai Error Lead To Shot. Sumber : Whoscored

Lihat di kolum “error”, dan perhatikan perkataan “lead to shot”. Ia membawa maksud “membawa ke arah percubaan”.

Dan jika anda sudi melihat ulangan perlawanan semula, perhatikan siapa yang melakukan kesilapan itu.

Dalam bolasepak, kedudukan penyerang di ruang tengah luar petak penalti adalah lebih bahaya berbanding penyerang yang berada di sisi petak D. Dan Pavkov mengambil kesempatan penuh dalam situasi tersebut untuk menambah gol kedua.

Possesion, Pass and Pass Accuracy 

(Penguasaan, Hantaran dan Ketepatan Hantaran)

Sudah cukup menjelaskan penguasaan Liverpool dalam perlawanan ini namun masih tewas? Mengapa?

Red Star lebih tersusun secara defensif secara total berdasarkan statistik bertahan. Sumber : Whoscored

Perhatikan kolum “tackle attempt” : “successful tackle”, “interception” dan “clearance”.

Selepas menjaringkan 2 gol awal, Red Star tahu Liverpool akan menukar taktikalnya. Dan ternyata ianya benar apabila Sturridge dikeluarkan dengan memasukkan Firmino dan juga Joe Gomez menggantikan Trent.

Mengapa Joe Gomez?

Ciri permainan Joe Gomez

Difahamkan kemasukan Joe Gomez lebih meyakinkan pertahanan Liverpool menerusi peranan dalam memegang bola dan fokus terhadap permainan.

Red Star Belgrade bukanlah pasukan yang naif. Mereka menyusun organisasi bertahan dengan baik, melakukan takel, mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan tenang mengawal situasi sambil sesekali melancarkan serangan.

Liverpool yang cuba untuk mencari gol penyamaan, hanya mampu melakukan satu percubaan di lewat perlawanan menerusi Mo Salah, namun segala galanya sudah bagai menanti kekalahan kedua Liverpool dalam UCL.

Dan Liverpool terpaksa membayar harga yang mahal dalam dua perlawanan seterusnya.

Corner

(Sepakan Sudut) 

Liverpool bukanlah pasukan yang banyak menjaringkan gol menerusi set pieces atau situasi bola mati musim ini, hanya kira 24% sahaja atau 5 jaringan terhasil melalui itu.

Liverpool lebih suka mencari gol menerusi open play berbanding set pieces. Sumber : Whoscored

Liverpool lebih efektif menjaringkan gol dari segi permainan terbuka.

Dan sepakan sudut, Liverpool hanya bergantung untuk menggunakan kelebihan ketinggian Lovren dan Virgil Van Dijk dalam menjaringkan gol. Kebanyakannya gagal menemui sasaran. Kita boleh rujuk dari perlawanan sebelumnya.

ADMIN

Mungkin ada yang suka untuk menganalisis berdasarkan pemerhatian (majoritinya begini sambil mengecam), suka merujuk kepada sumber seperti Opta, Squawka dan Whoscored namun tidak dinafikan kepentingan analisa mengenai nombor dalam setiap perlawanan tidak kurang pentingnya.

Jika anda mempunyai pendapat, komentar dan hasil pemerhatian lain boleh kongsikan bersama kami untuk kita perhalusi bersama.

Apapun bertabahlah di “dalam gua” dan YNWA.

Post Author: Mohd Nuruzzaman