Analisa Taktikal : Everton Tewas Lagi Di Merseyside Derby Disebabkan Kelemahan Sendiri

Liverpool mencatatkan kemenangan 1 – 0 dalam pertembungan Merseyside Derby di Anfield walaupun menurunkan pemain muda. Apakah sebabnya?

STARTING LINEUP

Liverpool membuat keputusan drastik untuk menurunkan skuad yang terdiri daripada pemain muda dan simpanan dalam perlawanan Merseyside Derby kali ini. 

 

Bukan tujuan nak masuk gua sebab lama tak singgah, tujuan nak bagi pemain utama rehat. Liverpool dah lenjan 5 kejohanan berbeza dalam masa 2 bulan sahaja. ( Che Man Stats ).

Formasi Liverpool? 4 – 3 – 3. Ala semua dah tau kan formasi kegemaran Klopp?

Manakala Everton menurunkan kesebelasan utama mereka yang terdiri daripada pemain pemain utama. 

Punya kuat lineup Carlo Ancelotti macam main Final dah. Cuma mereka sebenarnya nak detect kelemahan yang perlu diperbaiki untuk musim depan. Yelah, dapat team sedap manager pun sedap takkan takde piala singgah. 

Namun begitu, Everton menggunakan formasi 3 – 4 – 2 – 1 dalam perlawanan ini. 

Sumber : Whoscored

SEPARUH MASA PERTAMA 

Everton bermula dengan baik. 20 minit pertama, diorang cuba hentak tuan dengan 3 shot on target. Cuma antara jaring gol dan peluang, kekuatan Liverpool adalah Adrian. 

Cuma apa yang kami nak tekankan sebenarnya, Everton sebenarnya bermasalah dari segi menyempurnakan peluang ( finishing )

Sumber : Whoscored

Nak bukti? Lihat foto di bawah. 

Liverpool pula merasai kehilangan Van Dijk, Trent dan Robertson yang diberikan tiket untuk menonton sahaja kali ini. Benda benda macam ni bagi je peluang bebudak main. 

Kehilangan khidmat Van Dijk dirasai sepenuhnya apabila dengan senang jiran kita melepasi perangkap ofsaid hasil sepakan percuma. Cuma seperti yang diperkatakan tadi, finisher Everton sangat teruk. Boleh pula pemain tu tanduk bola terus ke Adrian. 

Liverpool terus memperagakan kelemahan pertahanan dalam masa 20 minit pertama, tak organise langsung dan Richarlison mendapat peluang. Tapi seperti yang diperkatakan tadi, kelemahan jiran kita masa tu adalah Adrian. 

Everton sebenarnya bermain dengan cukup baik di bahagian pertahanan dengan dua straight line defending yang “tight”, tak berikan sedikit pun ruang pemain Liverpool berada di celah garisan pertahanan. 

Diorang hanya perlu tolak pemain sayap Liverpool seperti Elliot dan Origi ke wide area dan perangkap Liverpool dengan quick transition dari sisi. 

Cuma abang nak cakap satu lagi kalau nak buat quick transition dalam bola, hantaran dilakukan kena tepat pada masa dan tempat. Everton nak cuba buat quick transition ke half space cuma ia berubah jadi hantaran ragbi tanpa hala tuju positif.

Dan jika berjaya buat quick transition ke wide sekalipun, seperti yang diperkatakan tadi finisher Everton sangatlah teruk. 

Bukan nak membawang pasal jiran sebelah kita, cuma memang realitinya begitu. 

Ibarat menambah garam ke atas luka, Everton bukan sahaja gagal menyempurnakan peluang terhidang tetapi aspek decision making pun teruk. Ni pun abang bukan nak membawang lagi tapi “Tak Ada Logika” seperti lagu Agnes Monica jika kita tengok lineup diorang. 

Corak bertahan Everton boleh dipuji semasa separuh masa pertama, dan hanya memberikan dua peluang shot buat Liverpool, dan satu sahaja shot on target buat Liverpool menerusi Origi. 

Nampak taktikal bertahan Everton menjadi kali ini. 

Pemain terbaru Liverpool dan merupakan idol sekarang, Takumi Minamino jelas perlukan masa lagi untuk menyesuaikan diri dalam pasukan. 

Jika keadaan berterusan di separuh masa kedua, potensi Liverpool untuk jadi “next year is our year” dalam FA Cup bakal menjadi kenyataan. 

SEPARUH MASA KEDUA

Klopp bukanlah jenis pemerhati sahaja di atas padang seperti kita menonton konsert Blackpink tanpa cuba untuk minta selfie dengan Lalisa Manoban. 

Liverpool ubah pendekatan di separuh masa kedua, dengan banyak melakukan long shot untuk mencari gol pembukaan Merseyside Derby ini. 

Ini disebabkan early pressing dari Everton yang agak lambat, atau pun dalam erti kata lain lambat untuk tutup ruang. Klopp dapat detect benda tu. 

Selain itu juga, pendekatan frontman Liverpool lebih agresif dengan kali ini melakukan banyak early pressing ke bahagian defender selain dari menutup passing lane.

Ia untuk memaksa Everton hilang penguasaan bola selepas hantaran jauh dilakukan, dan itu sebab Everton seolah olah shut down pada separuh masa kedua. 

Bukan sahaja Klopp berjaya organise semula attacker untuk buat early press, beliau ubah corak bertahan Liverpool dengan lebih kompak memandangkan finisher Everton seperti yang diperkatakan tadi, amatlah teruk.

Masalah Everton pula seperti tiada ubat atau tonik yang sesuai, decision making + finisher masih seperti separuh masa pertama. Kali ini teruk sikit sebab Liverpool dah organise bentengnya semula. 

Liverpool mula menguasai perlawanan dan banyak buat long shot disebabkan masalah Everton itu sendiri, inviting player untuk buat long shot. 

Bukan Origi yang tamak tak nak passing Minamino, sebab memang nak pecahkan blok defending kompak dan take fully advantage dari situasi low press Everton. Lagipun Minamino baru main bersama pasukan hari ini, rileklah. Takkan hari ni kahwin terus beranak. 

Kemasukan Alex Oxlade Chamberlain sebenarnya adalah vital buat Liverpool selain daripada ambik stamina. Oxlade adalah pemain yang mampu buat long shot dalam perlawanan, takkan korang dah lupa masa lawan Genk. Intensiti Liverpool bertambah. 

Dan akhirnya pendekatan itu berjaya apabila pemain muda 18 tahun, membuka jaringan dengan gol yang cukup cantik dari luar petak. 

Nampak tak murah hatinya Origi?

Dengan gol itu, Everton cuba menyusun permainan balik tapi masalah yang berlaku tetap pada kadar yang serupa. Wrong decision making, hantaran ke half space yang sia sia. Finisher tak payah cakap la. 

KESIMPULAN

Everton, dengan skuad yang terkuat sepatutnya mendahului Liverpool dengan 2 atau 3 gol di separuh masa pertama dengan skuad muda dan simpanan Liverpool.

Cuma mereka tak take advantage menerusi situasi tersebut, dan Klopp mula menyusun strategi di separuh masa kedua untuk hit back Everton dengan pendekatan lain. Dan ianya berbaloi. 

Sebagai sebuah pasukan, anda harus bermain secara positif, mengambil kesempatan dan ruang yang anda dan jangkakan yang terbaik dari pasukan. 

Carlo Ancelotti mempunyai tugas yang besar kali ini untuk merubah skuadnya, good luck untuk beliau. 

Kami tinggalkan anda dengan kata kata pujangga dari lagenda Liverpool.

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply