Analisa Taktikal : “Patient Play” Liverpool Bawa Kejuaraan Kelab Dunia Ke Merseyside

Liverpool bermain dalam satu lagi perlawanan yang sukar namun berjaya membawa balik kejuaraan Piala Kelab Dunia dari Qatar, apakah faktornya?

KESEBELASAN UTAMA DAN FORMASI

Liverpool menurunkan kesebelasan utama terkuat untuk perlawanan akhir ini dengan formasi 4 – 3 – 3, manakala Flamengo menyusun formasi 4 – 5 – 1 namun berubah kepada formasi 4 – 2 – 3 – 1 ketika menyerang. 

Formasi sebenar Flamengo menerusi Whoscored. Ribero ke bahagian tengah manakala Arracaeta ke sebelah kanan.

SEPARUH MASA PERTAMA

Jorge Jesus tahu “build up playing from the back” adalah kekuatan Liverpool yang nampak power dalam EPL dan UCL musim ini. 

Dan beliau juga tahu, transition play dari Liverpool adalah sebahagian dari taktikal Klopp. 

Jadi Flamengo bermain “early dan high pressing” untuk mengganggu flow permainan Liverpool pada sepanjang perlawanan.

Liverpool memperolehi dua peluang awal namun dipersia siakan. 

Manakala pertahanan Flamengo disusun dengan ruang antara defender dan midfield amat rapat, sangat kompak dan pemain tengah menunggu peluang untuk early transition ke final third Liverpool. 

Mereka tahu pergerakan Sadio Mane sangat pantas, lincah dan mampu melakukan sesuatu di final third. Satu satunya cara adalah mematikan pergerakan Mane dengan heavily marked untuk perlawanan ini. 

Namun Liverpool juga telah memperketatkan bahagian pertahanan mereka sendiri. Mereka tahu Gabriel Barbosa merupakan penyerang terbaik Flamengo, dan tidak memberikan ruang untuk Barbossa adalah jalan terbaik buat Liverpool. 

Kekebalan ketika bertahan memaksa Flamengo bergerak ke wide area. 

Sebenarnya apa yang dilakukan Flamengo itu betul, cuma pasukan ini mempunyai isu mereka sendiri. 

Pertama : Gabriel Barbossa tidak cukup klinikal untuk mencipta peluang dan melakukan jaringan;

Kedua : Decision Making yang salah dari awal sampai habis walaupun berjaya memerangkap pemain pertahanan Liverpool. 

Seperti gambar di atas, transition yang bagus oleh Flamengo tetapi decision making untuk melakukan hantaran pendek kembali ke tengah adalah satu kesilapan. 

Sama juga dengan decision making Gabriel Barbossa. 

Both CB dan GK Liverpool juga menikmati hari terbaik mereka dalam perlawanan. 

To be fair, Joe Gomez. 

Rating Joe Gomez adalah paling tinggi dalam Whoscored.

Selain itu dari Squawka :

SEPARUH MASA KEDUA

Liverpool menukar pendekatan yang hampir serupa seperti perlawanan menentang Salzburg, dengan Firmino bermain di role 8 untuk provide extra man di bahagian tengah. 

Selain itu, Klopp mengubah pendekatan ini untuk Liverpool lebih kerap menyerang di half space Flamengo terutama di sebelah kiri. 

Dan pendekatan itu hampir berjaya dengan Liverpool sentiasa melakukan ancaman di half space Flamengo. 

Tambah lagi, Keita lebih advanced di role 10 di bahagian midfield. 

Tetapi Flamengo masih kompak bertahan dan kekal dengan pendekatan early pressing untuk disrupt flow tengah Liverpool. 

Pendekatan taktikal Liverpool ini hampir membuahkan hasil di lewat perlawanan dengan beberapa peluang terhasil di lewat perlawanan.

 

Keita yang berada di half space, bertindak sebagai playmaker untuk create chance buat Mo Salah tetapi dihadang pertahanan Flamengo.

Dan Mo Salah sendiri selalu berlegar untuk menyerang di half space kiri, dan hampir memberikan peluang Henderson menjadi Gerrard namun dinafikan penjaga gol.

Perubahan role Firmino hampir menjadi dengan melorongkan bola di belakang pertahanan untuk Sadio Mane namun dijatuhkan dan pendedahan VAR mengesahkan ianya bukan foul. 

MASA TAMBAHAN

Flamengo sebenarnya telah berjaya untuk mengekang flow permainan Liverpool sepanjang 90 minit. Liverpool gagal menjaringkan gol pada waktu perlawanan sebenar sejak kali terakhir menentang Napoli. 

Klopp kekalkan pendekatan untuk melakukan hantaran ke half space kiri di belakang pertahanan, sambil Flamengo yang mula keletihan cuba membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti. 

Dalam bolasepak, sentiasa menjangkakan sesuatu yang terbaik dari rakan sepasukan seperti Henderson. Atau erti kata lain, percayakan rakan rakan sepasukan. 

Kredit kepada Henderson kerana berjaya dictate ruang sebesar lubang jarum di untuk melakukan satu key pass melepasi pertahanan Flamengo kepada Mane.

Lebih lebih lagi, kekuatan Henderson adalah kekal fokus dalam permainan, hantaran terutama hantaran through ball.

Karakter Hendo menerusi Whoscored

Seperti mana kita tahu, antara kelebihan Firmino dalam Liverpool adalah “off the ball movement” atau “pergerakan tanpa bola”.

Kalau korang lihat balik masa lawan Monterrey, pergerakan tanpa bola Firmino la yang buat Liverpool ke final. 

Flamengo cuba bertindakbalas untuk mencari gol penyamaan namun situasi mereka terlalu letih untuk melakukan comeback, dengan isu finisher oleh barisan penyerang, selain dari “in game management” Liverpool yang terbaik akhirnya memberikan kejuaraan pertama Piala Kelab Dunia buat Liverpool. 

KESIMPULAN 

Satu lagi perlawanan yang sukar buat Liverpool kerana menentang pasukan paling kebal di Amerika Selatan, cuma sebagai pemain bolasepak dalam satu pasukan mereka harus menjangkakan peluang terbaik untuk menyerang, sentiasa positif dan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. 

Liverpool bermain dengan sabar dan menunggu peluang terbaik untuk menyerang, dan itu telah menjadikan kelab ini kuasa besar dunia.

Bolasepak juga menyatukan sepertimana gambar di bawah. 

INFO 

Liverpool mungkin akan bertanding dalam merebut kejohanan Piala Antara Planet lepas ni. Liverpool telah diundi dalam kumpulan B bersama sama pasukan dari planet Venus, Jupiter dan seteru utama Marikh.

Pemenang akan layak ke kejohanan antara Galaksi mewakili Bima Sakti.

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman