Analisa : Tiga Pemain Liverpool Yang Mungkin Meluaskan Pengaruhnya Setelah Perpindahan Philippe Coutinho

Pasukan Liverpool yang menjalani latihan di Dubai kini telah kembali ke Melwood. Tiada lagi cuaca panas dan minuman yang sejuk. Segalanya telah kembali normal.

Selepas kemenangan ke atas Everton dengan keputusan 2-1, dalam masa yang sama Liverpool meneruskan rekod tanpa kalah sebanyak 17 perlawanan dan kekal mantap dikedudukan ke-4 dalam liga dan juga berpotensi mendapatkan piala. Satu momen yang indah bukan?

Tugas mereka seterusnya adalah untuk menghentikan rekod tanpa kalah Manchester City di Liga Perdana dan bermain lebih baik berbanding pertemuan pertama lalu.

Setelah kehilangan Philippe Coutinho ke Barcelona, Liverpool harus menunjukkan yang kepergian pemain ini tidak memberi kesan kepada pasukan. Untuk membuktikannya, Klopp pernah berkata, “Mereka cukup kuat untuk meneruskan perkembangan aggresif kami di atas padang walaupun kami kehilangan pemain yang cukup penting.”

Khususnya bagi ketiga-tiga pemain ini, ia adalah satu peluang untuk membuktikan diri mereka.

Gini Wijnaldum

Mudah untuk melupakan reputasi pemain ini. Sebelum ditandatangani oleh Liverpool, dia seorang pemain tengah menyerang yang boleh menjaringkan gol. Dia bermain sebagai pemain bernombor 10 di Psv Eindhoven dan Newcastle United dimana semusimnya di sana dia menjaringkan 11 gol kesemuanya di St James Park. Ini adalah kali ke empat dia menjaringkan gol dua angka dalam satu kempen.

Kehadirannya di Anfield telah mengubahnya dimana dia diberi peranan sebagai mengimbangi bahagian tengah berbanding seorang pemain yang kreatif. Jarang diberi beban serangan kerana dia lebih terlibat dibahagian pertahanan.

Dia seorang pemain bola yang baik tidak syak lagi teapi impaknya sukar diukur. Dia bukannya perisai pertahanan atau pun ancaman gol. Menjaringkan 6 gol pada musim lalu dan 1 pada musim ini, walaupun kadangkala dia kelihatan lembut dan adakalanya dia ibarat tembok walaupun nampak ‘hilang’ dalam perlawanan.

Dengan kehadiran Naby Keita pada hujung musim ini, Wijnaldum mungkin mendapati dirinya berpengalaman walaupun akan digilirkan pada musim depan. Kehilangan Coutinho meninggalkan jurang gol dibahagian tengah Liverpool dan persoalan kini bolehkan pemain berusia 27 tahun ini membuat kejutan untuk membantu Liverpool untuk baki musim ini?

Alex Oxlaide Chamberlain

Bercakap mengenai pemain tengah yang memberi pulangan gol sederhana, ini membawa kepada Ox Chamberlain.

Pemain England ini secara keseluruhannya telah melakukan permulaan positif untuk kariernya di Anfield. Dia menyesuaikan diri dengan kelajuan dan tenaga permainan Liverpool dibawah Klopp dan terus memberi kesan yang baik di di luar padang juga. Persembahannya dalam beberapa bulan ini secara am nya sangat baik.

Dia berpindah ke Anfield untuk meneruskan perkembangan kariernya selepas tujuh musim peranan yang sedikit di Arsenal. Salah satu motivasinya apabila hasratnya untuk memainkan peranan yang lebih penting di tengah terutamanya setelah hanya beraksi sebagai bek sayap di Arsenal.

Terdapat beberapa tanda-tanda yang yang sangat menjanjikan terutamanya di Bournemouth dan jelas menunjukkan peningkatan permainan yabg dipersembahkan oleh Ox Chamberlain. Sebagai rekod, hanya sekali dia memecah rekod jaringan dua angka itupun ketika dia Southampton yang beraksi dalam Liga Satu. Manakala di Arsenal rekod gol nya adalah 1 daripada 10 perlawanan dan di Liverpool 3 daripada 25 perlawanan.

Yang pasti dia membawa beberapa kualiti lain tetapi bagi menyamai Philippe Coutinho yang merekodkan pencapaian gol sepanjang dua musim setengah nya di Anfield dia perlu menambah elemen klinikal dalam gaya permainannya sama ada ketika dia bermain di tengah atau disisi.

Roberto Firmino

Mudah untuk membayangkan yang Firmino akan lebih sukar apabila kehilangan rakan senegaranya berbanding kebanyakannya.

Pasangan ini tidak dapat dipisahkan di dalam atau diluar padang, akaun instagram mereka menjadi bukti mereka mempunyai hubungan yang rapat. Kedua-duanya sejajar untuk menikmati musim yang terbaik apabila masing-masing menikmati gol yang dapat dijaringkan untuk Liverpool sesama mereka.

Perginya Coutinho meninggalkan kualiti bintang yang dimiliki The Reds tetapi mudah untuk dilupakan dengan beberapa bakat yang masih kekal. Salah satunya Firmino yang sukar diduga, bijak dan berbahaya serta mempunyai peluang untuk muncul sebagai ketua pasukan.

Sepanjang musim ini, dia telah menjaringkan 16 gol kurang 7 berbanding Salah yang merekodkan 23 gol. Pergerakannya dan ‘awareness’ adalah kunci kepada cara permainan Klopp. Dia mencipta jaringan sama seperti dia menjaringkan gol dan dia bermain setiap kali dia cergas. Sebahagian pasti meragui kepentingannya lebih besar berbanding Coutinho.

Sekiranya dia kekal sihat, jika dia dan Salah kekal bersinar, jika Mane dapat mencari semula rentak permainan pada musim debutnya dan The Reds akan baik dalam beberapa bulan akan datang.

Bagaimanapun, tekanan kepada mereka bertiga semakin meningkat sejak minggu lalu. Khususnya kepada Firmino, sinar pasti akan lebih terang.

Diharapkan kesemua pemain dapat menjadi lebih baik setelah kehilangan Coutinho. Kini, harapan dan perjuangan diserahkan kepada Klopp serta pasukannya.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Related posts