Analisis : 7 Rekod Liga Perdana Yang Boleh Liverpool Pecahkan Di Musim Ini

Liverpool mengutip 3 mata lagi pada malam terakhir vs Wolves dan melanjutkan tempoh 18 perlawanan tanpa kalah di musim ini.

Gol dari Mo Salah dan Virgil van Dijk menjadikan Reds 4 mata diatas Manchester City, dengan prestasi yang dijelaskan oleh pengurus Jurgen Klopp sebagai ‘bola sepak yang sempurna’.

Dengan permulaan yang kuat di musim ini dan 20 perlawanan yang berbaki untuk diharungi, Liverpool dilihat berupaya untuk memecah rekod Liga Perdana sebelum ini ..

  • Pungutan mata terbanyak dalam semusim : 100 (Man City, 2017-18 – 52 mata selepas 18 perlawanan) – Liverpool kini mempunyai 48 mata.
  • Kemenangan terbanyak dalam semusim : 32 (Man City, 2017-18 – 17 menang selepas 18 perlawanan) – Liverpool kini meraih 15 kemenangan.
  • Kemenangan terbanyak di laman lawan dalam semusim : 16 (Man City, 2017-18 – 9 menang selepas 18 perlawanan) – Liverpool kini meraih 8 kemenangan.
  • Gol bolos yang paling kurang dalam semusim : 15 (Chelsea, 2004-05 – 8 bolos selepas 18 perlawanan) – Liverpool kini 7 bolos.
  • Gol terbanyak di laman lawan dalam semusim : 48 (Liverpool, 2013-14 – 18 gol selepas 18 perlawanan) – Liverpool kini menjaringkan 21 gol.
  • Kekalahan paling sedikit dalam semusim : 0 (Arsenal, 2003-04) – Liverpool kini juga 0.
  • ‘Clean-sheet’ paling banyak dalam semusim : 25 (Chelsea, 2004-05 – 12 selepas 18 perlawanan) – Liverpool kini mempunyai 11 ‘clean-sheet’.

Admin :

Kita bukan untuk mengejar rekod semata, kejuaraan liga adalah keutamaan. Jika juara, rekod boleh tercipta, tapi jika banyak rekod, tanpa kejuaraan, ianya seperti sia-sia belaka.

Doakan yang terbaik, semoga perjalanan Liverpool dipermudahkan sehingga ke akhir musim .. Aamiin 🤲.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Planet Football

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds