Analisis : Bagaimana Liverpool Akan Menggantikan Philippe Coutinho Jika Barcelona Berjaya Mendapatkannya

Philippe Coutinho masih lagi pemain Liverpool dan akan kekal menjadi pemain Liverpool sehinggalah tawaran yang menarik dari Barcelona kepada pemain silap mata dari Brazil ini.

Tetapi spekulasi mengenai pengganti pemain berusia 25 tahun ini pun tetap hangat ketika ini.

Dengan beberapa nama seperti Thomas Lemar, Julian Draxler dan Christian Pulisic dinyatakan sebagai pengganti kepada pemain dari Brazil ini namun terdapat juga opsyen lain bagi Jurgen Klopp.

Thomas Lemar yang menjadi subjek tawaran perpindahan namun kesepakatan tersebut gagal pada hari terakhir perpindahan.

Tambahan, pemain Perancis ini tidak pernah bertujuan sebagai pengganti secara langsung kepada Philippe Coutinho dan Lemar seharusnya membuktikan bahawa dia layak menggantikan Coutinho di Liverpool.

Walaupun Lemar kekal didalam radar Liverpool namun persoalan yang timbul siapa yang layak menggantikan Coutinho jika dia benar-benar mengangkat kaki dari Anfield.

Untuk melepaskan Coutinho tanpa ada pelan tertentu adalah satu tindakan yang tidak rasional. Isu nya adalah bagaimana dia bakal digantikan.

Tidak ada penggantinya secara langsung atau pun pemain yang mampu mengisi ketiadaan pemain ini. Dibawah Jurgen Klopp, dia bermain sebagai pemain yang mampu bermain di antara bahagian tengah dan sisi, diantara sisi dan penyerang. Itu bermakna terdapat beberapa opsyen di pasaran perpindahan pemain.

Jika benar Liverpool akan menjual Coutinho pada jendela perpindahan akan datang, mereka akan mempunyai dana yang besae untuk membawa satu atau dua pemain bagi menggantikannya.

Dibawah ini kami menyediakan beberapa opsyen :

Thomas Lemar

Liverpool mahukan Lemar pada Ogos lalu dan kakitangan perubatan bersedia terbang ke Paris pada hari terakhir perpindahan sekiranya perjanjian tersebut dapat dicapai antara kedua-dua pihak.

Setelah Monaco menjual beberapa pemain utamanya pada jendela perpindahan lalu walaubagaimanapun, juara Ligue 1 itu enggan menjual pemain ini.

Pemain kebangsaan Perancis ini dirasakan adalah sebagai pengganti semulajadi kepada Coutinho namun kekurangan kreativiti walaupun boleh bermain dikedua-dua bahagian di tengah dan sisi.

Walaupun baru berusia 22 tahun namun dia masih mempunyai masa untuk meningkatkan keupayaan terutamanya dibawah tunjuk ajar Klopp.

Julian Draxler

Memikat pasukan lain dengan menjadi salah seorang pemain yang neningkat naik di Wolfsburg, pemain antarabangsa Jerman ini sangat diminati oleh Liverpool Januari tahun lalu untuk mengukuhkan bahagian serangan.

Namun, Draxler lebih memilih ke Paris berbanding ke Liverpool ketika itu, kini dalam 12 bulan di PSG Draxler hanya bermain 3 perlawanan 90 minit untuk musim ini.

Dia masih mengekalkan sebagai pemain yang mampu bermain untuk bahagian serangan Reds ketika ini, bermain dia sisi dan tengah dan pemain berusia 24 tahun ini perlu meningkat dari segi jaringan gol.

Alexis Sanchez

Pada 2014, Liverpool pernah mencuba mendapatkan pemain ini daripada Barcelona namun Arsenal mengalahkan Liverpool untuk mendapatkan tandatangan Sanchez. Menarik untuk disaksikan jika Liverpool sekali lagimendapatkan bintang Chile ini.

Dia mungkin tidak sesuai dengan profile yang Klopp inginkan dan FSG tiada masalah mendapatkan pemain ini pada harga separuh harga dengan kontrak tinggal enam bulan di Emirates.

Walaupun dia tidak versatil seperti Coutinho iaitu tidak boleh bermain peranan no 8 namun kualiti yang ada pada dirinya sukar untuk dinafikan dan penambahannya akan memberikan dimensi yang lebih berbahaya di bahagian serangan Liverpool.

Yannick Carrasco

Karier pemain dari Belgium ini di Atletico Madrid pada musim lepas boleh diperkatakan menakjubkan apabila membuat 53 penampilan di bawah Diego Simeone.

Tetapi setelah mengalami kecederaan lutut pada Oktober lalu, pemain ini sukar untuk mendapatkan tempatnya semula. Hanya mempunyai sembilan penampilan setakat ini itupun melalui bangku simpanan.

Walaupun bermain sebagai pemain sayap, namun Carrasco mampu bermain di kedua-dua sisi namun dia lebih dominan di kiri. Carrasco juga pernah mendapatkan masa bermain di posisi tengah dan perpindahannya ke Anfield akan menghidupkan semula karier nya.

Manuel Lanzini

Walaupun Wilfried Zaha dan Riyad Mahrez sukar diragui keupayaannya untuk bermain di bahagian tengah dan sisi namun Lanzini seseorang yang mempunyai kualiti yang sama seperti Coutinho.

Berkemahiran dalam penguasaan bola dengan keupayaan untuk ‘float between line’, pemain dari Argentina ini adalah pemain terbaik West Ham untuk dua musim ini.

Tetapi pemain berusia 24 tahun ini perlukan berpindah bagi menambah baik keupayaannya disamping bermain bersama pemain-pemain terbaik.

Christian Pulisic

Harapan Amerika yang berusia 19 tahun ini dikurniakan salah seorang pemain muda yang sangat mengujakan di eropah dan pemain Borussia Dortmund uni telah menjaringkan 9 gol untuk negaranya.

Klopp sangat meminati pemain ini namun kelab nya ketika ini menyatakan yang dia bukan untuk dijual. Selepas meneruskan mengembangkan bakatnya di sana, Klopp pasti akan membida bekas pemainnya ini.

Tetapi BVB dalam transisi setelah memecat Peter Bosz dan melantik Peter Stroger sehingga habis musim ini. Liverpool ketika inu dalam posisi yang kuat berbanding Dortmund.

Pulisic bukanlah pengganti terus kepada Coutinho kerana dia seorang pemain sisi tetapi dia akan memberikan opsyen selain Salah, Mane dan Firmino.

Nabil Fekir

Nabil Fekir telah menerima beberapa minat termasuklah pengurus Real Madrid ketika ini, Zinedine Zidane atas prestasi cemerlang yang dipersembahkan ketika bermain untuk Lyon pada musim ini.

Ia sangat jelas untuk dilihat kenapa pemain berusia 24 tahun ini dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Perancis kerana statistik yang diperolehi oleh nya ketika ini sama seperti ahli silap mata Liverpool.

Menjaringkan 13 gol dalam 16 perlawanan satu angka yang luar biasa serta menjaringkan 2 gol du Europa salah satunya ketik menentang Everton.

Pemain kebangsaan Perancis ini turut melakukan purata dua hantaran kunci dalam setiap perlawanan, purata empat gelecek yang berjaya, purata 3.2 rembatan dalam setiap perlawanan. Tidak banyak berbeza berbanding Coutinho yang angkanya 2.6 hantaran kunci, 3.4 gelecek dan 2.8 rembatan.

Gaya yang sama dan figura yang sama.

Bagaimana menurut anda?

Berikan pandangan anda.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Related posts