Analisis : Bukan Sesuatu Yang Mudah Untuk Lallana Kembali Dalam Skuad Liverpool

Adam Lallana dijangka akan kembali dalam skuad Liverpool selepas rehat antarabangsa, tetapi itu bukanlah sesuatu yang mudah baginya.

Adam Lallana telah diketepikan akibat dari masalah kecederaan yang dialaminya sebelum ini, dan berita gembira buat peminat Liverpool kini adalah, dia akan kembali kepada skuad Reds.

Betul, menurut The Times, Lallana akan membuat kemunculannya semula bersama Liverpool selepas perlawanan antarabangsa selesai. Dan, ianya semakin hampir ..

Jelas sekali, Lallana tidak semestinya akan terus diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool. Walaupun dalam masa yang sama, Fabinho masih perlukan masa untuk cukup serasi dengan taktikal Liverpool, dan Klopp bukanlah seorang pengurus yang jenis tergesa-gesa.

Lallana WAJIB mendapatkan kembali kecergasan yang optimum untuk beliau layak diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool. Dan, sudah pasti dia mempunyai keupayaan untuk melakukan itu.

Hakikatnya, kembalinya Lallana ke pangkuan skuad Liverpool merupakan satu langkah yang tepat pada masa yang baik juga. Baik untuk kedua-dua pihak. Lallana sendiri, akan berasa seolah dia tidak terlepas begitu banyak perlawanan untuk musim ini, manakala untuk Liverpool pula, akan sentiasa gembira untuk mengekalkan kekuatan dalaman skuad mereka.

Dalam masa yang sama juga, jangan memperkecilkan sumbangan James Milner, yang baru ini direhatkan juga akibat kecederaan, dan khabarnya berkemungkinan cuti selama sebulan. Milner adalah salah seorang pemain Liverpool yang tidak boleh dipandang rendah keupayaan beliau, jadi seeloknya Liverpool mempunyai Lallana sebagai pengganti Milner.

Liverpool dilihat begitu cemerlang pada perlawanan-perlawanan di permulaan musim ini, namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, mereka beraksi begitu ‘lemau’ sekali.

Atas sebab itu, kebanyakan para peminat Liverpool begitu berharap untuk Lallana kembali dengan penuh keazaman untuk memulihkan semangat ‘power’ Liverpool, kerana dengan cara itu akan membawa rangsangan baru kepada skuad dan ia dapat mengembalikan semula kecemerlangan Liverpool untuk meneruskan cabaran menghadapi musim ini hingga ke akhirnya.

The Reds kini mempunyai banyak masa untuk mempersiapkan diri bagi berdepan dengan perlawanan yang seterusnya, yang akan bertandang ke laman Huddersfield.

Dan seharusnya Reds memenangi perlawanan ini nanti, dan lebih bagus sekiranya dapat melihat Lallana diturunkan dalam perlawanan ini, walaupun dari bangku simpanan.

Admin :

Bagaimana ?

Apakah korang rasa yang Adam Lallana akan mempunyai perjalanan mudah di Liverpool ?

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Playing for 90

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds