Analisis : Dua Statistik Perubahan Taktikal Liverpool – Dan Peranan Besar Alisson Terhadapnya

Liverpool akan bergantung lebih banyak kepada kemahiran hantaran Alisson.

Penjaga gol dari Brazil itu mula mengenali Liverpool secara lebih jelas apabila lebih banyak diuji di Selhurst Park berbanding di Anfield sendiri.

Sepakan percuma lencong oleh Milivojevic, tepisan penting di hadapan gol hasil tandukan Benteke dan beberapa tangkapan kemas bola tinggi hasil hantaran lintang dan sepakan sudut menjelaskan segala galanya mengenai EPL.

Namun ianya bukanlah berkaitan dengan apa yang beliau lakukan dalam menjaga gawang tetapi ianya menerangkan apa yang beliau lakukan sepanjang perlawanan yang menarik untuk disaksikan dalam imbasan semula perlawanan selepas itu.

Ianya lebih kepada penjelasan bagaimana gaya permainan dan hantaran beliau yang mendorong Liverpool membayar £66.7 juta kepada Roma untuk beliau, selain daripada penjaga gol berprofil tinggi dan di kalangan terbaik di dunia buat masa sekarang.

Visi dan teknik beliau amat memainkan peranan dalam perlawanan di Selhurst Park, dengan Alisson begitu tenang di posisinya dan sentiasa mencari ruang untuk melancarkan serangan ke arah kubu lawan.

Data rajah daripada Stats Zone mendedahkan bagaimana Alisson melakukan 21 hantaran sempurna daripada 23 hantaran yang dilakukan. Ia bukan sahaja meliputi hantaran pendek kepada pemain pertahanan, namun ada di antara hantaran itu sejauh 25 ela atau lebih kepada barisan pemain tengah dan juga serangan.

Tatarajah keseluruhan hantaran Alisson ketika menentang Crystal Palace. Imej dari Statzone.

Secara faktanya, 6 hantaran jauh itu menuju ke bahagian lawan, manakala 11 hantaran untuk pemain di bahagian pertahanan dan 12 hantaran kepada pemain di bahagian serangan.

11 hantaran ke pemain bahagian pertahanan itu dilakukan dengan sempurna.

16 daripada hantaran yang sempurna ( Passing Successful ) itu diterima oleh pemain pertahanan, manakala selebihnya ditujukan kepada beberapa pemain di bahagian tengah dan serangan seperti Naby Keita, Jordan Henderson, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Itu hanya satu gambaran dalam satu perlawanan sahaja. Namun Jurgen Klopp menggunakan pendekatan berbeza terhadap Alisson dalam perlawanan ke atas West Ham United.

Tatarajah keseluruhan hantaran Alisson ketika menentang West Ham. Imej dari Statzone.

Seperti perlawanan menentang Palace, Alisson hanya gagal melakukan hantaran sempurna sebanyak 2 kali sahaja, daripada 31 hantaran yang dilakukan.

Hanya tiga hantaran yang dilakukan menuju ke kawasan lawan, 27 hantaran daripadanya ke arah kawasan sendiri dengan 1 hantaran gagal dilakukan dengan sempurna. Joe Gomez menerima hantaran dari Alisson lebih banyak dengan 9 kali, diikuti dengan Virgil Van Dijk sebanyak 5 kali. Kesemua pemain pertahanan menerima 23 hantaran dari Alisson.

Kesimpulan

Ianya menjelaskan Alisson akan bermain dalam kawalan bola yang lebih kerap di halaman sendiri, namun pendekatan yang lebih banyak berpaksikan kepada hantaran tepat untuk melancarkan serangan mengejut.

Liverpool berkemungkinan lebih bersedia untuk mengawal keseluruhan perlawanan di halaman sendiri, manakala di halaman lawan pendekatan lebih kepada hantaran jauh dan serangan mengejut dengan hantaran dari bahagian pertahanan kepada penyerang.

ADMIN

Dua pendekatan “ball playing goalkeeper” dalam dua perlawanan berbeza, dan ini mungkin satu jawapan jelas mengapa Jurgen Klopp mahukan khidmat Alisson musim ini.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman