Analisis : Kenapa Barca Perlu Menandatangani Coutinho

Semestinya, sesuatu yang sangat-sangat pasti, Coutinho merupakan seorang pemain yang hebat, begitu cemerlang.

Tetapi, setakat itu sahaja tidak cukup, disini pakar bolasepak Sky Sports di Sepanyol Guillem Balague, telah mendedahkan kesemuanya.

Yang mana menurutnya …

Iniesta semakin tua. Dan dia telahpun dicadangkan yang musim ini adalah musim terakhirnya di Barcelona, dalam masa yang sama telah ada satu tawaran yang hebat dari China untuknya.

Barcelona sangat memerlukan pemain tengah yang berkualiti tinggi.

Walaupun Coutinho bukanlah setanding Iniesta, tetapi Barca melihat Coutinho banyak peningkatan pada masa ini, dan tidak mustahil bekas PC10 bagi Liverpool ini, boleh untuk mengembangkan lagi ‘skill’ yang diperlukan.

Pada awalnya Coutinho tidak akan banyak dipertanggungjawabkan sebagai pertahanan ketika tidak mempunyai bola, tetapi dia harus belajar mengenainya, kerana Barca melihatnya kini berada di kelas pertengahan, sebagai pemain tengah.

Barca mengharapkan Coutinho akan mengikut perancangan mereka, dengan itu dia perlu memahami corak kedudukan pemain dalam taktikal permainan Barcelona.

Ini untuk tujuan, melakukan perubahan yang lebih besar apabila tanpa bola.

Buat masa ini, apa yang Barcelona lebih perlukan adalah pengganti Neymar, yang mereka tidak dapat pada musim panas yang lalu.

Admin : 

Kenapa ya admin kongsilah ini. Entah, rasa macam menarik. Kita harapkan kerjaya Coutinho semakin cemerlang di Barcelona ya …

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Related posts